Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini menarik balik permohonannya supaya kes saman fitnah yang difailkan dua bekas menteri terhadapnya berhubung dana Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) dibicarakan bersama.
Bekas Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin dan bekas Menteri Industri Utama Teresa Kok Suh Sim memfailkan saman itu secara berasingan pada 2017 selepas mendakwa Jamal mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap mereka berhubung penyalahgunaan dana Yawas.
Peguam Mohammed Nasser Yusof yang mewakili Jamal memberitahu Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Rozana Ali Yusoff bahawa anak guamnya mengarahkan permohonan itu ditarik balik atas alasan perkembangan terbaru dalam pentadbiran negara menyebabkan saksi-saksi defendan (Jamal) ditukar daripada saksi sepina kepada saksi berpenyata atau sukarela.
Peguam Tan Han Sam yang mewakili Yeo, tidak membantah permohonan berkenaan.
Mahkamah kemudian membenarkan permohonan Jamal dan menetapkan 21 April ini untuk pengurusan kes bagi menetapkan tarikh perbicaraan kes saman Yeo terhadap Jamal.
Hari ini sepatutnya ditetapkan untuk keputusan permohonan Jamal supaya kedua-dua kes saman fitnah yang difailkan dua bekas menteri itu terhadapnya dibicarakan bersama atau sebaliknya.
Kes saman difailkan Yeo didengar di hadapan Hakim Rozana manakala kes saman difailkan Kok didengar di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Quay Chew Soon.
Peguam Mohammed Nasser yang ditemui Bernama selepas prosiding berakhir memberitahu tujuan anak guamnya sebelum ini memohon dua kes itu dibicarakan bersama bagi menjimatkan kos dan masa mahkamah dan berikutan saksi sepina ditukar menjadi saksi berpenyata, isu kos sudah tidak timbul lagi.
Yeo dan Kok selaku plaintif memfailkan saman itu, masing-masing pada 14 Jun dan 6 April 2017 dengan menamakan Jamal selaku defendan tunggal.
Dalam kedua-dua saman itu, Yeo dan Kok mendakwa Jamal telah mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap mereka berkaitan dana Yawas dan kenyataan berkenaan disiarkan oleh media cetak dan elektronik termasuk di laman sosial Facebook milik Jamal.
Kedua-dua plaintif mendakwa kenyataan fitnah itu antara lain memberikan gambaran bahawa mereka telah menyalahgunakan dana tersebut untuk kegunaan sendiri dan seorang yang tidak beretika serta tidak boleh dipercayai.
Yeo dan Kok, masing-masing menuntut ganti rugi am RM5 juta dan RM1 juta, ganti rugi pampasan, ganti rugi teruk dan teladan serta perintah injunksi bagi menghalang defendan atau mana-mana ejennya daripada menerbitkan semula kenyataan fitnah berkenaan.
Bernama
Fri Mar 06 2020

Yeo dan Kok selaku plaintif memfailkan saman itu, masing-masing pada 14 Jun dan 6 April 2017 dengan menamakan Jamal selaku defendan tunggal. - Gambar fail

Doktor berkelakuan tidak senonoh ditahan semula susulan laporan polis ketiga
Tempoh tahanan reman lelaki berusia 43 tahun itu tamat hari ini, namun suspek ditahan semula susulan laporan polis ketiga dibuat terhadapnya Jumaat lepas.

Keputusan representasi Najib gugur tuduhan kes dana SRC RM27 juta diketahui 6 Mei
Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, akan menyerahkan surat tambahan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk mendapatkan maklum balas mengenai representasi tersebut.

KKM tidak bercadang perluas pelaksanaan pemanjangan waktu operasi klinik kesihatan
Berdasarkan pelaksanaan EH di beberapa klinik terpilih ketika ini, didapati langkah itu tidak banyak menyelesaikan masalah kesesakan terutama di zon hijau.
Malaysia bakal punyai syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways
Malaysia bakal menyaksikan kemunculan syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways Malaysia, yang dijangka memulakan operasi menjelang akhir 2025 dengan enam pesawat Boeing.
[TERKINI] Gaji parlimen RM40,000 tak kan boleh miskin
Perdana Menteri menyifatkan pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Seri Muhyiddin Yassin sebagai hero jalanan yang hanta pandai mencetuskan sesuatu isu.

Sekolah di China mula perkenal mata pelajaran kecerdasan buatan tahun ini
China akan memperkenalkan mata pelajaran AI di sekolah mulai September untuk menjadi peneraju teknologi.

'Ada pendedahan nanti' - Along Cham mahu sahkan lafaz cerai taklik, Afreena enggan tangguh
Along enggan mengulas lanjut mengenai pelanggaran taklik untuk tidak membuka aib rumah tangga, sementara Afreena berharap proses berjalan lancar tanpa penangguhan.
AWANI Ringkas: Kerjasama Institusi Pondok
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

'Saya dah tunggu setahun untuk keputusan ini' - Sarah Yasmine tuntut RM875,000 daripada Aliff Aziz
Sarah juga memberi tempoh tujuh hari kepada Aliff untuk melunaskan jumlah yang diminta atau bersedia menghadapi tindakan lanjut.
Tangan wanita melecur 'power bank' meletup dalam MRT
Alat pengecas telefon bimbit atau 'power bank' meletup sebelum terbakar dalam Transit Aliran Massa (MRT) di Singapura hingga menyebabkan tangan seorang wanita melecur.

Operasi LRA Bukit Pinang dihenti, 65,000 di Kota Setar, Kubang Pasu terjejas
Kira-kira 65,000 akaun pengguna Syarikat Air Darul Aman (SADA) mengalami gangguan bekalan air selepas operasi Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Pinang Fasa 1, 2, dan 3 dihentikan.

202 lokasi PJRM di Negeri Sembilan sempena Ramadan - KPDN
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan melaksanakan Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) di 202 lokasi di seluruh negeri sempena Ramadan.

Tujuh perubahan, lantikan baharu pengurusan tertinggi perkhidmatan awam - KSN
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar hari ini mengumumkan tujuh perubahan penempatan dan pelantikan baharu bagi jawatan pengurusan tertinggi perkhidmatan awam.

Istana Pahang nafi kewujudan akaun TikTok Tengku Afzan tawar 'Bantuan Ramadan'
Istana Pahang menafikan kewujudan akaun TikTok yang menggunakan nama anakanda Sultan Pahang Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah, yang menawarkan 'Bantuan Ramadan'.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 5 Mac 2025.

PM Anwar beri sumbangan kepada keluarga nelayan di Pahang
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan wang tunai kepada sebuah keluarga nelayan di Pahang, bagi meringankan beban mereka yang diuji dengan pendapatan terhad.

MCMC giat perluas pendidikan, kempen kesedaran keselamatan dalam talian
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan memperluas modul latihan keselamatan dalam talian ke seluruh negara dalam usaha meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai perkara berkenaan.

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan selamat menyambut Ramadan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Ramadan kepada seluruh umat Islam di Malaysia.

Polis kemas kini kertas siasatan kes gaduh pertandingan seni bela diri
Polis kemas kini kertas siasatan kes gaduh pertandingan seni bela diri

Pertemuan dengan Sheikh Dr Ekrima pahat usaha perjuangkan Masjid Al-Aqsa - PM Anwar
Anwar Ibrahim menyifatkan pertemuan beliau dengan Sheikh Dr Ekrima sebagai sangat bermakna dalam memahat usaha berterusan memperjuangkan kedudukan Masjid Al-Aqsa.