KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen Ampang hari ini melepas dan membebaskan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos daripada dua pertuduhan memuat naik video dengan kenyataan jelik di laman Facebook, dua tahun lepas.
Hakim Wan Mohd Norisham Wan Yaakob memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Jamal di akhir kes pendakwaan.
Jamal, 52, dituduh dengan sengaja memuat naik dua video dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain, yang telah dilihat pada tengah hari, 20 Ogos 2020, di Taman Dagang Avenue, Ampang dekat sini.
Perbuatan itu didakwa dilakukan melalui laman Facebook menggunakan profil Datuk Sri Jamal Yunos di pautan www. facebook.com/watch/live masing-masing pada 10 pagi dan 3 petang, 19 Ogos 2020.
Pertuduhan mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233 (3) akta yang sama, yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Aiza Ali Raman manakala peguam Mohd Hafizuddin Khan Norkhan mewakili Jamal.
Pihak pendakwaan menutup kesnya pada Julai lepas selepas mengemukakan tiga saksi sepanjang perbicaraan yang bermula Mei tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 10 2022

Hakim memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Jamal di akhir kes pendakwaan. - Gambar fail

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Titah Adendum: 'Jika benar wujud, laksanakanlah'
Jika benar Titah Adendum itu wujud, Kerajaan perlu bertanggungjawab dan mereka yang bertindak menyembunyikannya perlu menerima hukuman setimpal.

Kebenaran rayu penghakiman Jamal ditolak, perlu bayar Kok RM300,000
Hal itu susulan keputusan panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan hari ini yang menolak permohonan Jamal untuk kebenaran merayu penghakiman dalam saman libel yang difailkan Kok.

KJ saman Jamal Yunos, tuntut RM1 juta
Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memfailkan saman fitnah di Mahkamah Tinggi di sini terhadap Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar. Datuk Seri Jamal Md Yunos berhubung sidang media semasa PAU 202

Mahkamah tolak permohonan Jamal gantung penghakiman saman fitnah Teresa Kok
Mahkamah Tinggi menolak permohonan Jamal untuk menggantung perlaksanaan penghakiman yang memerintahkannya membayar ganti rugi RM300,000 kepada Teresa Kok

Pengundi hantu: Jamal Yunos tuduh perbuatan 'orang upahan' KJ
Khairy berkata beliau difahamkan tag kedudukan perwakilan yang sebelum ini diletakkan di kerusi Dewan Merdeka telahpun ditanggalkan.

Najib sihat, mahu BN menang PRU15 - Nooryana
Nooryana Najwa berkata, bapanya itu yakin dan percaya hanya BN sahaja sebuah parti yang mampu memperjuangkan nasib rakyat dan boleh transformasi negara lebih maju pada masa depan.

PRU15: Jamal belum diisytihar bankrap, masih boleh jadi calon - Peguam
Peguamnya berkata, anak guamnya boleh mengemukakan borang pencalonan tanpa sebarang masalah dan beliau layak menjadi calon.

Jamal Yunos keluar hospital, bebas kanser paru-paru
Jamal memaklumkan dirinya pulih sepenuhnya dari penyakit kanser paru-paru tahap empat yang dihidapi sebelum ini berdasarkan pemeriksaan susulan oleh pihak hospital.

Tak pernah berhasrat jadi calon PRU15 - Naib Canselor UUM
Menurutnya, proses untuk membangunkan dan memajukan UUM adalah fokus utama beliau ketika ini.

Jamal Yunos bebas tuduhan muat naik video kenyataan jelik di Facebook
Mahkamah melepas dan membebaskan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos daripada dua pertuduhan memuat naik video dengan kenyataan jelik di laman Facebook.