KUALA LUMPUR : Pembinaan jambatan gantung buat masyarakat di Kampung Mansiang Baru Keningau di Sabah akan dilaksanakan dalam waktu terdekat.
Tanpa mendedahkan masa yang spesifik, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tulid, Flovia Ng memberitahu kemudahan jambatan buat penduduk di kampung itu sudah pun mendapat kelulusan daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).
Jawapan ini diberikan susulan daripada kekangan murid dari kampung itu yang terpaksa berhadapan dengan bahaya menyeberang sungai dengan berpaut pada batang paip besi yang licin untuk ke sekolah, seperti yang tular di media sosial.
BACA: Berpaut pada batang paip, terpaksa rentas arus deras untuk timba ilmu
"Terima kasih kerana bertanya, sememangnya jambatan gantung untuk Kampung Mansiang sudah tersenarai dalam pelaksanaan melalui peruntukan ADUN.
"Kelulusan dari KPLB sudah dikeluarkan dan dalam masa terdekat ini akan dilaksanakan," katanya ringkas kepada Astro AWANI.
Baru-baru ini tular video berdurasi 35 saat yang memaparkan kepayahan murid-murid dari kampung itu untuk ke sekolah.
Mereka dilihat berpaut pada batang paip menyeberang arus deras di laluan yang sama.
Penduduk mendakwa, mereka dijanjikan jambatan baharu pada April yang lalu, namun kelibat pembinaan masih belum ada.
Nickyson Nyambar
Thu Jul 28 2022

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tulid, Flovia Ng ketika dihubungi Astro AWANI berkata, pembinaan jambatan itu sudah tersenarai dalam peruntukan ADUN.- Gambar Fail

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.

Anak syarikat AZRB terima projek bina jambatan bernilai RM63.5 juta
Ia satu lagi pencapaian penting kumpulan selain merupakan bukti rekod prestasi cemerlang AZRB dalam menyiapkan projek seumpamanya.

Jambatan runtuh: Hampir 2,000 penduduk di sembilan kampung di Pasir Mas terkesan
Jambatan berdekatan Kampung Rong Chenok di Pasir Mas yang menjadi laluan utama menghubungkan penduduk ke pusat bandar runtuh akibat arus deras.

MTL: Jambatan ditenggelami air, 200 penduduk terputus hubungan
Jambatan itu tenggelam akibat peningkatan mendadak paras air Sungai Galas.

Vokalis Bon Jovi pujuk wanita usah teruskan niat terjun jambatan
Vokalis Bon Jovi itu menghampiri wanita tersebut yang dilihat berdiri di tebing jambatan merentasi Sungai Cumberland.

Thailand dijangka mulakan pembinaan jambatan kembar di sempadan Rantau Panjang-Sungai Golok pada April 2025
Gabenor Wilayah Narathiwat Trakul Thotham berkata sebelum projek pembinaan jambatan itu bermula, penaksiran kesan persekitaran (EIA) perlu dijalankan.

RM178.7 juta diperuntukkan bagi pembesaran jambatan, jalan di Pontian
Antaranya, pembesaran Jambatan Sungai Pontian Kecil dengan kos RM23.1 juta dan naik taraf Jalan Pekan Nanas ke Tanjung Piai (RM65.6 juta).

Jambatan runtuh, kereta api bawa asfalt terhumban dalam sungai
Ketika kejadian, tujuh gerabak kereta api terbabit kesemuanya membawa bahan campuran asfalt panas dengan belerang cair.

Remaja lelaki maut kemalangan, tercampak dari jambatan
Mangsa berusia 18 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederan parah di badan dan kepala.

Banjir Baling: Penduduk lega jambatan sementara siap sebelum Aidiladha
Pembinaan jambatan itu juga jelasnya akan memberi manfaat kepada hampir 3,000 penduduk di kawasan sekitar.

Isu jambatan gantung putus di Nabawan bukan dalam kawasan sekolah
Jambatan gantung itu adalah jambatan awam manakala alat yang dinaiki murid berkenaan sebenarnya untuk menghantar barang penduduk kampung.