ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor memberi amaran terakhir kepada kerajaan negeri Pulau Pinang dan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) untuk tidak mencampuri urusan negeri itu khususnya berkaitan kawasan tadahan air di Ulu Muda.
Menurut beliau, kerajaan negeri membantah sekeras-kerasnya cadangan penubuhan Lembaga Lembangan Ulu Muda (LLUM) oleh Pulau Pinang bagi menguruskan sumber air Sungai Muda.
Tegas beliau, perkara itu dianggap telah melanggar kedaulatan negeri Kedah, yang mempunyai wilayah yang ditadbir Sultan dan kerajaan serta berpegang kepada Undang-Undang Tubuh Negeri.
Jelasnya, cadangan penubuhan LLUM oleh PBAPP yang dikatakan bertujuan untuk mengawal Sungai Muda sehingga ke kawasan hulu termasuk di Empangan Muda, Pedu dan Ahning, dilihat tidak selari dengan cadangan penubuhan Lembaga Lembangan Sungai Muda (LLSM) oleh Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA).
Tegas Sanusi, kekerapan negeri jiran itu dalam menyentuh dan 'berminat' untuk bercakap mengenai kawasan Ulu Muda adalah bukti bahawa negeri itu bergantung kepada sumber air Kedah.
"Pulau Pinang melalui kenyataan PBAPP mencadangkan Rancangan Lembangan Ulu Muda yang dia nak ambil kira sampai ke hulu sampai ke kawasan (yang berada di bawah wilayah) negeri Kedah,
"Saya ingin nasihatkan PBA (Pulau Pinang) untuk tidak mencampuri urusan dalaman negeri Kedah, (Kedah adalah) sebuah negeri berdaulat ada kerajaan, ada rakyat, ada sultan, ada menteri besar, ada exco ada wilayah berdaulat ada undang-undang tubuh kita, jadi jangan suka suka campur tangan dalam Wilayah Kedah, Ulu Muda adalah Wilayah Kedah," tegas Menteri Besar itu lagi.
Sanusi berkata demikian ketika sidang media selepas Mesyuarat Mingguan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Wisma Darul Aman, di sini pada Rabu.
Dalam perkembangan sama, beliau turut mengumumkan, dua daripada 14 projek Projek Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) di Sungai Muda sudah diluluskan pembinaannya dengan salah satu daripadanya sedang dibina di Kampung Ekor Kucing, Pantai Perai.
Pada Isnin, Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP, Datuk Jaseni Maidinsa berkata, pihaknya menyokong cadangan KASA untuk menubuhkan LLSM.
Penubuhan lembaga berkenaan, kata beliau, dilihat akan menyelesaikan pertelingkahan antara Kedah dan Pulau Pinang ke atas Sungai Muda seperti dinyatakan Ketua Setiausaha KASA, Datuk Seri Zaini Ujang.
Bagaimanapun, beliau berkata, terdapat perbezaan dari segi konsep membabitkan penubuhan LLUM dan LLSM yang mana cadangan yang dibuat KASA itu hanya terbatas kepada melindungi lembangan Sungai Muda.
Sebaliknya, LLUM akan berperanan untuk melindungi tadahan air di Empangan Muda, Pedu dan Ahning.
Abd Hadi Che Awang
Wed May 05 2021

Kedah merupakan negeri berdaulat yang mempunyai sultan, menteri besar, ada exco dan ada rakyat, tidak memerlukan campur tangan orang lain dalam membuat keputusan, kata Muhammad Sanusi Md Nor. - Gambar fail BERNAMA

Jemaah menteri perlu terbuka terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
Anwar turut mengingatkan Jemaah Menteri mengenai perlunya kesatuan dan kebersamaan sekali gus berfungsi sebagai sebuah kerajaan MADANI.

Sidang kemuncak pemimpin Arab bermula di Riyadh di sebalik perancangan pembangunan semula Gaza
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh.

TFC, Kuching City seri 2-2 di SSMZA
TFC terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat 2-2 oleh Kuching City FC dalam aksi Liga Super 2024/2025.

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

Amuk: Empat anggota polis cedera dilibas dengan parang
Empat anggota polis cedera dilibas dengan parang Ketika cuba menahan seorang lelaki yang mengamuk di Taman Seri Astana, Sungai Petani petang semalam.

Putrajaya, 3 negeri catat sifar miskin tegar tahun lepas
Usaha Kerajaan MADANI untuk menoktahkan kemiskinan tegar menunjukkan kemajuan yang sangat memberangsangkan, dengan tiga negeri dan satu Wilayah Persekutuan berjaya mencatatkan sifar miskin tegar.

Kedah umum 11 Feb cuti peristiwa sempena Thaipusam
Cuti peristiwa sempena sambutan Thaipusam adalah selaras dengan Seksyen 9(1) Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369).

Victor Andrag harap rentak kemenangan KDA FC berterusan
Ketua Jurulatih Interim Kedah Darul Aman (KDA) FC Victor Andrag berharap rentak kemenangan pasukannya akan berterusan di sebalik isu tunggakan gaji yang dihadapi.

Kakitangan Parlimen Malaysia bantu mangsa banjir di Jeniang, Kedah
Mereka akan menyampaikan barangan keperluan harian serta membantu membersihkan kediaman mangsa yang terjejas akibat banjir.

Liga Super: Kedah nafi tarik diri, tiada hasrat ke liga amatur
KDA FC menegaskan bahawa mereka akan terus bersaing dalam Liga Super Malaysia dan menafikan segala khabar angin yang dimaksudkan sebelum ini.

Banjir: Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim kembali beroperasi hari ini
Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) yang ditutup akibat bencana banjir sejak 10 hari lalu, kembali beroperasi hari ini.

Amaran banjir di empat negeri dari 8 Disember sehingga 11 Disember - JPS
Ia berikutan amaran hujan berterusan yang dikeluarkan oleh Jabatan Metereologi Malaysia (METMalaysia), pada Khamis.

Sisa jerami padi hasilkan produk kelestarian industri di peringkat global
Penghasilan 'emas hijau' atau produk pembungkusan terbiodegradasi yang diproses daripada sisa jerami padi di Gurun, Kedah dianggarkan mencecah nilai pasaran RM60 juta.

Bin Zayed tarik diri projek Langkasuka: Sanusi bidas pihak salahkan kerajaan negeri
Muhammad Sanusi membidas pihak-pihak yang mengaitkan keputusan Bin Zayed International LLC menarik diri daripada projek Langkasuka di Langkawi dengan kegagalan kerajaan negeri.