KUALA LUMPUR: Orang ramai diminta untuk tidak menjawab sebarang panggilan telefon daripada Pusat Respon Scam Kebangsaan (NSRC).
Menurut Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Polis Diraja Malaysia (PDRM), ASP Rahmat Fitri Abdullah, panggilan telefon tersebut merupakan kaedah terbaharu scammer untuk menjerat individu ke dalam jenayah scam.
NSRC, kata beliau, diwujudkan untuk menerima panggilan daripada pengadu yang dikhuatiri terjerumus dalam jenayah scam.
Justeru, badan berkenaan, tegas Rahmat Fitri, tidak akan sesekali melakukan panggilan telefon kepada sesiapa.
Selain PDRM, Kewujudan NSRC juga, jelasnya, merupakan inisitiaf bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta Bank Negara Malaysia (BNM).
“PDRM, SKMM, Bank Negara dan ahli jawatankuasa terlibat telah mewujudkan kemudahan kepada seluruh masyarakat, di luar sana, bagi mana-mana individu yang pernah menajdi mangsa scam untuk menghubungi NSRC.
“Sekarang ini scammer telah menggunakan nama NSRC ini untuk scam mangsa. Jadi jika anda menerima sebarang panggilan telefon daripada NSRC dan kata dia mewakili NSRC, itu adalah scam,” ujarnya dalam satu perkongsian di platform TikTok.
Selain itu, beliau berkata, nombor talian aduan kepada NSRC hanya mempunyai tiga digit sahaja iaitu 997.
“NSRC hanya berfungsi untuk anda menghubungi mereka dan bukan mereka menghubungi anda. Petanda yang paling mudah untuk anda tahu itu adalah scam, sangat mudah kerana NSRC ini, nombor taliannya hanya tiga digit sahaja, iaitu 997.
“Dan jika yang hubungi anda itu berkata mereka mewakil NSRC keluar nombor lain, selain daripada tiga digit tersebut, itu adalah panggilan dari scammer,” tambahnya.
Justeru, beliau memohon mana-mana individu untuk sentiasa peka dan menghebahkan fungsi sebenar NSRC ini kepada orang lain bagi mengelakkan risiko menjadi mangsa jenayah scam.
Fahmi Izuddin
Mon Nov 20 2023

Orang ramai diminta untuk tidak menjawab sebarang panggilan telefon daripada Pusat Respon Scam Kebangsaan (NSRC) kerana ia merupakan kaedah terbaharu scammer untuk menjerat individu ke dalam jenayah scam. - Gambar hiasan

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.
Pemimpin masyarakat disaran bantu perjelas dasar kerajaan
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.
Satu daripada 3 kanak-kanak Malaysia alami masalah obesiti
Laporan NHMS menunjukkan satu daripada tiga kanak-kanak Malaysia mengalami masalah lebihan berat badan atau obesiti.
Elaun pelatih PLKN digantikan elaun perjalanan berstruktur
Kerajaan telah memutuskan untuk menggantikan pemberian elaun harian sebanyak RM8 kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan elaun perjalanan yang lebih berstruktur.
Jho Low masih dalam senarai permohonan notis merah INTERPOL
Kementerian Dalam Negeri menegaskan permohonan notis merah kepada Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Jho Low masih lagi aktif dan berkuat kuasa sehingga hari ini.

Jangan jawab panggilan telefon dari Pusat Respon Scam Kebangsaan - PDRM
Ingatlah bahawa NSRC hanya menerima panggilan, tidak akan sesekali menghubungi pengadu dan nombor talian hanya tiga digit sahaja iaitu 997.