KUALA LUMPUR: Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) Tan Sri Muhyiddin Yassin menasihati rakyat Malaysia supaya mengamalkan kawalan kendiri serta tidak leka dan alpa walaupun telah dibenarkan rentas negeri bermula hari ini.
Beliau juga mengingatkan orang ramai untuk melakukan ujian kendiri bagi mengesan jangkitan COVID-19 dengan lebih cepat supaya isolasi boleh dilakukan dengan lebih efektif dalam usaha memutuskan rangkaian jangkitan virus itu dalam komuniti.
"Jika berkemampuan, kerap lakukan ujian kendiri COVID-19 terutamanya dengan kit di rumah sendiri yang dijual dengan harga berpatutan di farmasi dan dalam talian," katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.
Bekas perdana menteri itu juga memuji pendirian kerajaan yang terus konsisten untuk memberi vaksin kepada seramai mungkin penduduk di negara ini sekali gus mengurangkan beban ke atas sektor kesihatan awam dan membolehkan lebih banyak sektor ekonomi dan sosial dibuka.
"Kelonggaran hanya diberikan apabila risiko sektor dinilai, dan kerajaan sudah melaksanakan tanggungjawab sebaik mungkin dalam memberi suntikan vaksin kepada seramai mungkin penduduk di Malaysia," katanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media khas semalam berkata kerajaan bersetuju membenarkan individu yang sudah lengkap vaksinasi COVID-19 melakukan pergerakan rentas negeri tanpa perlu mendapatkan kebenaran polis bermula hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 11 2021

Tan Sri Muhyiddin Yassin menasihati rakyat Malaysia supaya mengamalkan kawalan kendiri serta tidak leka dan alpa walaupun telah dibenarkan rentas negeri bermula hari ini. - Gambar fail

Satu dunia merasai inflasi, Singapura tidak terkecuali
Singapura berdepan cabaran ekonomi global yang kompleks, tetapi kerajaan bertekad untuk terus menyokong rakyat.

Paus Francis alami dua ‘kegagalan pernafasan akut’, sudah sedar dan sedang berehat - Vatican
Awal pagi Isnin, Paus Francis menjalani dua prosedur bronkoskopi dan doktor telah mengeluarkan lendir yang terkumpul.

MNKT lulus garis panduan perancangan bandar rendah karbon
Garis panduan itu akan menjadi dokumen penting dalam perancangan bandar serta membantu aspirasi negara mencapai status GHG Sifar Bersih menjelang 2050.
Lebih 35,000 kes penipuan direkod tahun lepas, rugi RM1.6 bilion
Negara mencatatkan sejumlah 35,368 kes penipuan tahun lepas dan mengakibatkan kerugian RM1.6 bilion.
Perlu ada 30 peratus wakil wanita di peringkat DUN, Parlimen
Sementara itu, pengarah negara bagi Westminster Foundation for Democracy (WFD) di Malaysia, Ooi Kok Hin berpendapat perwakilan wanita dalam politik memerlukan inisiatif yang lebih konkrit dan bukan hanya bersifat retorik semata-mata.
Negara perlu lebih ramai wanita dalam bidang politik - ADUN KKB
Negara memerlukan lebih ramai wanita melibatkan diri dalam politik bagi memastikan suara serta kepentingan mereka diwakili secara lebih menyeluruh dalam proses pentadbiran dan pembuatan dasar.

Trump kritik Zelenskyy keluar ‘kenyataan terburuk’ mengenai perang Ukraine
"Ini adalah kenyataan terburuk yang boleh dibuat oleh Zelenskyy dan Amerika tidak akan bertolak ansur dengannya lebih lama lagi!"
Menang Oscar, Pengarah 'No Other Land' seru henti kezaliman terhadap Palestin
Pengarah "No Other Land", sebuah dokumentari yang menggambarkan kehidupan di sebuah perkampungan Tebing Barat di bawah pendudukan tentera Israel dan memenangi Anugerah Oscar bagi kategori Dokumentari Terbaik ke-97 pada Ahad, menyeru dunia mengambil tindakan tegas bagi menghentikan kekejaman terhadap rakyat Palestin.
Seorang maut, beberapa individu cedera dirempuh kereta
Sekurang-kurangnya seorang maut manakala beberapa orang lagi cedera selepas sebuah kereta merempuh pejalan kaki di bandar Mannheim pada Isnin.
Trump akan maklum mengenai perbincangan galian Ukraine
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump akan memberikan maklumat terkini mengenai perjanjian galian Ukraine pada Selasa.

Majlis Pemulihan Negara dibatalkan - PM
Kerajaan tidak memerlukan lagi MPN kerana fungsinya bertindih dengan fungsi agensi dan badan kerajaan yang lain.

"Kenyataan Puad Zarkashi dangkal, saya jalan tugas pro bono sahaja" - Muhyiddin
Mantan Pengerusi MPN, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebaliknya berkata, pihaknya tidak menerima sebarang peruntukan mahupun elaun ketika beliau memegang jawatan berkenaan.

MPN syor tingkatkan inisiatif penggalakan pelancongan
Majlis Pemulihan Negara (MPN) mengesyorkan supaya kerajaan mempertingkatkan inisiatif penggalakan pelancongan dan penambahbaikan infrastruktur negara.

Rakyat sambut baik cadangan dikemukakan MPN
Seminar tersebut menggesa agar kerajaan segera memulihkan negara melalui 10 penekanan aspek keterangkuman sosial dan bermaruah (dignity).

Syor kerajaan wujudkan Polisi Laluan Hijau khas PMKS - MPN
Ia akan membantu mengurangkan pelbagai kerenah birokrasi yang perlu dihadapi PMKS dalam membuat sebarang permohonan.

MPN perlu jadi kementerian penuh, diterajui Perdana Menteri - Muhyiddin
Kementerian mempunyai lebih kuasa dalam membuat keputusan berhubung soal pengurusan ekonomi serta kebajikan rakyat berbanding majlis.

Segera selesaikan isu pengambilan pekerja asing - MPN
Isu ini akan merencatkan proses pemulihan negara terutama yang membabitkan sektor dan industri pembinaan.

Laporan situasi terkini COVID-19 dibentang kepada MPN 26 Julai
Pengerusinya Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata walaupun kes COVID-19 dalam negara menunjukkan peningkatan ketara sejak kebelakangan ini, beliau yakin keadaan adalah terkawal.

Biar kerajaan, rakyat tentukan MPN gagal atau sebaliknya - Muhyiddin
Dakwaan Ahmad Zahid terhadap MPN bersifat muslihat politik, kata Muhyiddin.

Majlis Pemulihan Negara gagal, bubarkan sahaja - Zahid Hamidi
Katanya, kewujudan MPN sejak dari awal lagi tidak membuahkan hasil.