BIARPUN anak kita masih kecil namun apabila kita berkeras dengan anak, mereka akan turut merasa kesannya pada emosi mereka.
'Merampas' barang dari tangan anak misalnya, perlu dilakukan dengan baik.
Minta dengan cara berhemah dan lembut, barulah anak pun ikhlas memberi. Elakkan sama sekali merampas barang dari tangan anak. Ini tip yang dikongsikan oleh Teacher Nizam.
ADAB MINTA BARANG DARI KANAK-KANAK?
Pelik bunyinya kan? Pernah tidak apabila kita minta barang atau mainan yang anak atau murid kita sedang bermain, dia pura-pura tidak dengar? Tidak melayan permintaan kita. Tidak mahu berikan walaupun itu bukan mainan dia.
Bahasa mudahnya tidak mahu bagi kerjasama. Lebih-lebih lagi yang berusia antara 2 dan 7 tahun.
Rasa pening kepala mahu melayan? Kalau rampas dari tangan anak, mengamuk pulak nanti. 'Tantrum' tidak sudah.
Apa yang kita boleh buat?
✅ Betukar dengan barang lain. Sebagai contoh, anak kita sedang pegang sesuatu barang atau mainan yang kita mahu atau perlu simpan atas pelbagai faktor. Kita sediakan barang atau mainan yang lain untuk ditukar.
InsyaAllah lebih mudah berbanding kita terus ambil dan rampas. Buat sistem pertukaran.
✅ Sediakan bekas dan gunakan pemasa. Kenapa bekas? Saya sudah praktikkan. Cara ini dengan izin Allah, lebih sesuai berbanding kita minta menggunakan tangan. Bagi jangakaan kepada anak dengan menggunakan pemasa (contoh pemasa di telefon pintar).
Tetapkan dalam 5 minit, beritahu kepada anak, selepas loceng berbunyi, adik/abang/kakak harus simpan mainan dalam bekas ini. Bunyi sahaja loceng, kita perlu tegas minta anak simpan.
Waktu ini boleh menjadi tegas atau garang sedikit sebab kita sudah berikan amaran dari awal (untuk anak yang sudah boleh memahami). Pada anak-anak yang belum, minta ibu bapa lebihkan bersabar. Perkara ini perlukan masa.
Amalkan dua kaedah ini secara konsisten, insyaAllah akan nampak hasilnya.
Semoga bermanfaat.
Teacher Nizam.
* Artikel asal disiarkan di Pa&Ma.
Pa and Ma
Thu Sep 23 2021

'Merampas' barang dari tangan anak misalnya, perlu dilakukan dengan baik. - Gambar hiasan

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.

Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi
FAM pernah berusaha memujuk Kim Pan-gon untuk terus mengemudi skuad Harimau Malaya hingga kontraknya tamat secara rasmi pada akhir tahun depan.

Jangan main rampas, minta barang dari tangan anak perlu ada adabnya!
Minta dengan cara berhemah dan lembut, barulah anak pun ikhlas memberi. Ikuti tip yang dikongsikan oleh Teacher Nizam.

Bomba berjaya pujuk wanita murung mahu terjun jambatan
Tindakan cekap anggota bomba berjaya menyelamatkan nyawa seorang wanita terjun dari Jambatan Tok Pasai, Kuala Kedah, pada Sabtu.

Saya sudah cuba pujuk Kompany - Guardiola
Kompany mengakhiri 11 tahun bersama kelab yang diketuainya musim lalu.

Anggota bomba pujuk lelaki cuba kerat tangan sendiri
Mangsa, berumur dalam lingkungan 46 tahun, berjaya diselamatkan anggota bomba yang menerima panggilan berhubung kejadian tersebut pada pukul 5.52 pagi.