PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menempelak pendirian pemimpin yang memilih merengek dan mencaci usaha kerajaan membantu semua kaum, yang hanya merugikan rakyat.
Beliau berkata sebaliknya pemimpin harus memilih untuk berunding dengan kerajaan, agar dapat bekerjasama membantu rakyat tanpa mengira kaum dan bersama membangunkan negara.
Katanya pendekatan terbaik ialah bekerjasama dan berunding dengan baik, agar mendapat perhatian kerajaan untuk bersama mengangkat martabat semua suku kaum dan wilayah.
"Ada (pemimpin) memilih untuk bekerjasama (dengan kerajaan) dan ada yang memilih untuk hanya mencaci dan melihat semuanya tak betul. Akhirnya masyarakat marah-marah, guna media sosial maki hamun," katanya pada majlis penyampaian sumbangan Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED), di sini hari ini.
Dalam hal ini, Anwar berkata beliau menghormati pandangan Presiden MIC Tan Sri S. Vigneswaran yang memilih untuk datang berdepan dengannya dengan membawa masalah masyarakat India, demi mendapat perhatian kerajaan bagi membantu golongan tersebut.
Beliau berkata pemimpin sama ada dari PKR, MIC dan DAP memilih berunding untuk membantu dan meningkatkan mutu hidup rakyat dari semua kaum.
"Ini cara yang harus dipilih. Membina negara dan bekerja sebagai satu pasukan, bukan menggunakan forum untuk mengutuk dan memfitnah dan menafikan sebarang sumbangan positif oleh kerajaan," katanya.
Anwar berkata selepas menempuh pelbagai cabaran hidup dan apabila menjadi perdana menteri, beliau memberi jaminan kepada semua kaum untuk berkhidmat dan menjadi pemimpin kepada rakyat Malaysia.
Beliau juga mengingatkan agar bibit-bibit perkauman disingkirkan dan semua kaum harus diangkat martabatnya untuk menjadikan Malaysia berjaya, gagah dan hebat semula.
Perdana Menteri berkata pemimpin yang melaga-lagakan antara kaum, hanya mendatangkan keuntungan kepada mereka sendiri, mendatangkan undi tambahan dan kekayaan tetapi akhirnya merugikan rakyat.
"Pergaduhan antara kaum untungkan kelas atasan, miskinkan golongan bawah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 26 2024

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan semasa hadir pada Majlis Penyerahan Sumbangan Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) hari ini. - Foto BERNAMA

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Malaysia, Bahrain bersedia teroka bidang kerjasama baharu - PM Anwar
Malaysia dan Bahrain bersedia untuk meneroka bidang kerjasama baharu termasuk dalam sektor semikonduktor, berikutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik kedua-dua negara tahun lepas.

Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar
Pertumbuhan kukuh Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang mencatatkan 5.1 peratus pada 2024 membuktikan keberkesanan dasar Ekonomi MADANI, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

PM Anwar bantu tampung sebahagian kos rawatan bayi 10 bulan hidap mutasi genetik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan bantuan bagi menampung sebahagian kos rawatan Sophie Abdul Raof, bayi berusia 10 bulan yang menghidap komplikasi mutasi genetik SCN8A.

PM Anwar adakan pertemuan dengan Menteri Luar Cuba
Anwar berkata pertemuan itu juga bersempena dengan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dengan Cuba yang terjalin sejak 6 Feb 1975.

SPRM jadi tonggak utama kerajaan pertahan sistem tadbir urus berintegriti - PM Anwar
SPRM menjadi antara tonggak utama kerajaan untuk mempertahankan sistem tadbir urus yang bersih dan berintegriti sekali gus menyelamatkan negara daripada masalah rasuah.

PM Anwar lawat Batu Caves esok, tinjau persiapan Thaipusam - Ramanan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan ke Batu Caves, petang esok menjelang Thaipusam yang akan disambut penganut Hindu pada Selasa ini.

Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar
Anwar turut menzahirkan keyakinan bahawa lawatan Mirziyoyev itu mampu memberi manfaat yang maksimum kepada Malaysia serta rakyat.

PM Anwar, Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan hadir taklimat prapersidangan Dewan Rakyat
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri sesi taklimat prapersidangan Dewan Rakyat bersama Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan di Kompleks Seri Perdana.

PM Anwar harap sambutan Tahun Baharu Cina jadi titik mula kukuhkan semangat kebersamaan
Perdana Menteri berharap ia menjadi satu titik permulaan baharu dan segar untuk terus memperkukuh semangat kebersamaan dan kekeluargaan demi negara.

Keutuhan maruah, kekuatan kaum Melayu dibina atas asas nilai Islam - PM Anwar
Keutuhan maruah dan kekuatan sedia ada masyarakat Melayu dibina atas asas nilai Islam, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.