Kekebalan seseorang Ahli Parlimen itu tertakluk kepada empat perkara seperti yang termaktub dalam Perkara 63 Perlembagaan Persekutuan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, di bawah peruntukan tersebut secara jelas menyatakan perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh dipersoalkan semasa dalam sidang Dewan Negara atau Dewan Rakyat.
"Justeru, Ahli-Ahli Parlimen tidak boleh bercakap atau bertindak sesuka hati sehingga mencemar nama baik dan prestij Dewan yang mulia ini.
"Setiap Ahli Parlimen, perlu bertanggungjawab atas segala kenyataan yang mereka buat dan tidak sesekali menyalah gunakan kekebalan yang dimiliki oleh Ahli Parlimen.
"Lebih mengecewakan lagi apabila ada ahli-ahli Parlimen yang turut memperlekehkan dan tidak menghormati kedudukan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, sekaligus boleh disifatkan menghina Majlis," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Sebelum ini, Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia menganggap mana-mana bekas menteri yang mendedahkan maklumat sulit kerajaan kepada umum dianggap melanggar sumpah kerahsiaan.
Tegasnya, ia termasuk sebarang pendedahan semasa membentangkan hujah di dalam Dewan Rakyat.
Jelas Azalina lagi, setiap ahli seharusnya menggunakan Dewan yang mulia ini membahaskan perkara-perkara memberi manfaat kepada rakyat termasuk isu-isu di kawasan mereka.
"Selain itu, mana-mana Ahli Parlimen yang pernah berada di dalam Kabinet perlu berpegang kepada integriti di atas prinsip yang mereka pernah membuat Aku Janji di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.
"Pembangkang tidak perlu melatah apabila pihak polis mahu menyiasat mana-mana Ahli Parlimen di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 atau mana-mana akta lain.
"Tindakan pihak berkuasa itu dibuat berdasarkan laporan polis yang telah diterima. Sama ada pihak yang dipanggil itu telah melakukan kesalahan atau tidak tertakluk kepada penyiasatan pihak berkuasa," jelasnya.
Katanya, adalah pra matang untuk mana-mana pihak untuk membuat kesimpulan terhadap perkara tersebut.
Sebelum ini juga, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menyifatkan tindakan bekas menteri yang mempersoalkan isu 1MDB sebagai menyalahgunakan fungsi Dewan Rakyat.
Astro Awani
Tue Nov 01 2016

Kekebalan seseorang Ahli Parlimen itu tertakluk kepada empat perkara seperti yang termaktub di dalam Perkara 63 Perlembagaan Persekutuan.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.

Jangan salah guna kekebalan Dewan Rakyat - Azalina
Kekebalan seseorang Ahli Parlimen itu tertakluk kepada empat perkara seperti yang termaktub di dalam Perkara 63 Perlembagaan Persekutuan.