KUALA LUMPUR: Orang ramai diingatkan supaya tidak terpedaya dengan gimik jualan murah yang terdapat dalam Internet kerana kebanyakan produk yang dijual adalah daripada laman sesawang atau aplikasi yang tidak berdaftar.
Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), produk yang dijual juga tidak tertakluk kepada akta dalam negara selain sesetengah daripadanya mempunyai kecenderungan untuk menyerupai produk berjenama.
"Pengguna akan menghadapi masalah untuk mendapatkan hak mereka daripada platform berkenaan jika kualiti produk yang dibeli melalui gimik jualan murah tersebut gagal memenuhi jangkaan yang dikehendaki oleh pengguna," demikian menurut kenyataan itu hari ini.
Sehubungan itu, MCMC menasihati sebagai langkah yang lebih selamat, orang ramai digesa untuk lebih bijak menilai jualan dan promosi dalam platform e-dagang sedemikian.
Orang ramai juga dinasihati sentiasa berwaspada dengan promosi yang dijalankan dan platform digunakan ketika melakukan transaksi, selain perlu meneliti syarat-syarat perkhidmatan dan polisi berkaitan dengan pembayaran balik serta pampasan yang ditetapkan oleh penyedia platform e-dagang.
Menurut MCMC, ia penting bagi melindungi diri mereka daripada terdedah kepada risiko yang tidak diingini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 23 2021

Orang ramai juga dinasihati sentiasa berwaspada dengan promosi yang dijalankan dan platform digunakan ketika melakukan transaksi. - Gambar hiasan/Unsplash

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Nikmati 'daging' berasaskan tumbuhan keluaran GoodMorning
WonderMeat merupakan sebuah produk inovatif bioteknologi buatan tempatan itu mempunyai nutrisi yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan daging haiwan.

Jualan produk dihasilkan penghuni penjara cecah RM20 juta setahun
Produk-produk berkenaan ternyata mempunyai kualiti tersendiri dan berupaya menjadi yang terbaik sekiranya diketengahkan.

UMK komersialkan tanaman, produk berasaskan kunyit hitam
Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menerusi Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi (FBKT) sedang membangunkan projek perintis ladang agroforestry atau perhutanan tani dan produk kesihatan berasaskan ku

Jangan terpedaya gimik jualan murah produk di internet - MCMC
Produk yang dijual juga tidak tertakluk kepada akta dalam negara selain sesetengah daripadanya mempunyai kecenderungan untuk menyerupai produk berjenama.

Produk rawatan jangkitan COVID-19 bernilai RM2,500 dirampas
Produk berjenama 'Lianhua Qingwen Jiaonang' disyaki tidak bernotifikasi dengan Kementerian Kesihatan.

Juruvideo bebas tawar khidmat percuma, bantu golongan terjejas pandemik COVID-19
"Pilihan yang mereka ada ialah berniaga barang atau makanan yang dimasak sendiri. Namun, biasanya mereka tidak mempunyai gambar atau video produk yang cantik."

Tidak salah jika petugas bantu promosi produk Perkeso
Seluruh warga Perkeso digalakkan menjadi duta kehormat kepada produk dan perkhidmatan yang disediakan pertubuhan itu.

Apple Event 2021: Ini antara produk yang boleh kita jangkakan
Apa agaknya produk baharu yang akan diumumkan Apple dalam acara yang diadakan secara atas talian pada tahun ini?

Empat produk turun berat badan di Singapura mengandungi sibutramine
Produk itu mengandungi bahan terlarang sibutramine; sama sekali berbeza daripada senarai ramuan yang tertera pada bungkusan produk itu.

Tekun Nasional sasar buka 15 Tekun Mart seluruh negara tahun ini
TEKUN Mart memasarkan produk usahawan TEKUN secara terus tanpa orang tengah sekali gus mengatasi masalah usahawan mikro dalam memasarkan produk mereka ke pasar raya besar.