SEPANG: Kempen seperti "Do Not Donate Here", yang mengajak orang ramai supaya tidak menderma kepada tabung bencana di bawah kerajaan, adalah tidak wajar dalam keadaan negara dilanda bencana sekarang, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun.
Rina berkata keutamaan sekarang adalah mangsa bencana serta beliau memberi jaminan sumbangan yang diterima tabung bencana kerajaan akan disalurkan kepada kumpulan sasar.
"Apa yang kita laksanakan (tabung bencana), donation (sumbangan) yang kita dapat kita sumbang balik kepada rakyat," katanya kepada media selepas melawat pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Kota Warisan di sini hari ini.
Dalam keadaan sekarang tidak perlu ada 'hashtag' (tanda pagar) sebegitu. Tak kira sesiapa pun, sesiapa boleh membantu asalkan matlamat tercapai dan penerima bantuan dapat manfaat, itu yang penting," kata Rina.
Dalam perkembangan lain, Rina yang dikecam kerana dirakamkan memakai kasut bertumit tinggi semasa membuat lawatan ke PPS Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Saraswathy, Jalan Klang Lama, Ahad lepas, berkata penampilan beliau sepatutnya tidak perlu dijadikan isu.
Pada hari kejadian, katanya beliau sedang menghadiri Perhimpunan Agung Tahunan Keempat Bersatu di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur, dan bergegas keluar dari situ sejurus tamat ucapan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Semasa dalam perhimpunan, saya terima banyak mesej mengenai kawasan-kawasan terlibat banjir dan saya kira perlu saya turun untuk lihat keadaan. Masa itu saya hanya sempat tukar baju kurung kepada seluar dan baju, saya tidak sempat tukar kasut dalam keadaan kelam-kabut.
Apa yang penting keberadaan saya di tempat tersebut untuk melihat kebajikan mereka terjaga dan apa lagi keperluan mereka yang boleh saya bantu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 23 2021
Rina berkata keutamaan sekarang adalah mangsa bencana serta beliau memberi jaminan sumbangan yang diterima tabung bencana kerajaan akan disalurkan kepada kumpulan sasar. - Foto BERNAMA
Syarikat subsidiari tidak berfungsi akan digabung atau ditutup
Syarikat subsidiari Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) akan distruktur semula melalui proses penggabungan bagi meningkatkan kecekapan operasi dan penjimatan kos.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Arthur Joseph Kurup berkata penutupan syarikat yang tidak berdaya maju serta membebankan akaun kumpulan NAFAS juga akan dilaksanakan.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Arthur Joseph Kurup berkata penutupan syarikat yang tidak berdaya maju serta membebankan akaun kumpulan NAFAS juga akan dilaksanakan.
Kerajaan terus perkasa kesiapsiagaan ASEAN bagi muktamadkan DEFA
Malaysia, menerusi kepengerusian ASEAN pada tahun ini akan meneruskan usaha strategik untuk memastikan tahap kesiapsiagaan negara-negara ASEAN dalam memuktamadkan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital (DEFA).
Parlimen: Kerajaan belum muktamad projek LPT3
Cadangan projek pembinaan Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT 3) dengan anggaran kos RM9.8 billion masih belum dimuktamadkan, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata lebuh raya bertol penuh yang menghubungkan Kampung Gemuroh, Kuala Terengganu ke Kampung Tunjong, Kota Bharu, Kelantan itu memerlukan penelitian mendalam, termasuk aspek kemampuan pihak konsesi.
Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata lebuh raya bertol penuh yang menghubungkan Kampung Gemuroh, Kuala Terengganu ke Kampung Tunjong, Kota Bharu, Kelantan itu memerlukan penelitian mendalam, termasuk aspek kemampuan pihak konsesi.
2025 bukan tahun yang mudah - Khazanah
Khazanah Nasional menjangka tahun 2025 sebagai tahun mencabar dengan ketidaktentuan global dan kadar faedah tinggi, namun pelaburan jangka panjang dan inovasi akan menjadi tumpuan.
Pendirian Malaysia sama dengan negara Islam lain - PM
Pendirian Malaysia sama seperti negara Islam lain mengenai situasi semasa di Gaza, Palestin.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan meneliti terlebih dahulu kenyataan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump sebelum mengulas lanjut.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan meneliti terlebih dahulu kenyataan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump sebelum mengulas lanjut.
Op Sky: Tiga selebriti hadir ke SPRM esok
Tiga selebriti akan hadir memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis, bagi membantu siasatan membabitkan sindiket syarikat perunding kewangan.
MBSA benar jualan mercun, bunga api di empat bazar Ramadan
MBSA hanya membenarkan jualan mercun dan bunga api di empat bazar Ramadan di bawah kendaliannya sepanjang Ramadan kali ini.
Dakwaan fitnah terhadap bekas Naib Canselor UKM: Polis rakam keterangan dua individu
Polis merakam keterangan dua individu daripada pengurusan tertinggi sebuah universiti awam tempatan berhubung dakwaan fitnah dan tohmahan membabitkan bekas Naib Canselor UKM.
Pendirian Malaysia terhadap Gaza sama dengan negara Islam lain - PM Anwar
Pendirian Malaysia sama seperti negara Islam lain mengenai situasi semasa di Gaza, Palestin.
Niaga AWANI Khas: Mencorak pelaburan mampan negara
Dinamik geoekonomi dan geopolitik menuntut syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) mempelbagaikan portfolio selain mencari alternatif dalam menampan ketidaktentuan tersebut.
KKM sedia isytihar 'perang' terhadap garam - Dzulkefly
Kementerian Kesihatan (KKM) bersedia melancarkan kempen 'perang' terhadap garam yang bertujuan mengurangkan pengambilan bahan itu dalam kalangan rakyat Malaysia.
ABBA mangsa baharu kempen politik Donald Trump
Universal Music mengarahkan pasukan kempen Trump supaya tidak lagi menggunakan lagu serta video mereka untuk berpolitik.
Zoo Johor alu syarikat, NGO sertai program haiwan angkat - Exco
Kempen mengenai program itu sudah dimulakan beberapa bulan lepas sebagai antara usaha memastikan kebajikan dan pengurusan haiwan.
PRK DUN Mahkota: DAP sedia bantu kempen calon UMNO - Teo
DAP bersedia membantu kempen calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota di Kluang, kata Ketua Wanita DAP Teo Nie Ching.
MOTAC giat jalankan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026
Produk pelancongan disesuaikan mengikut segmen khusus seperti ekopelancongan, kebudayaan dan warisan, keluarga dan rekreasi serta pelancongan kesihatan.
PRK Sungai Bakap: Jentera Selangor turun padang bantu kempen calon PH
Amirudin berkata jentera PH Selangor dipertanggungjawabkan menjaga kawasan daerah mengundi di Puteri Gunung dan Sungai Duri.
"Tidak turun PRK Sungai Bakap kerana mahu fokus masalah rakyat" - PM Anwar
Anwar menjelaskan bahawa beliau tidak turun berkempen bagi PRK Sungai Bakap kerana ingin menumpukan kepada masalah ekonomi negara dan usaha membangunkan rakyat.
PRK DUN Sg Bakap: Sembilan lagi permit diluluskan hari keenam kempen
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad berkata ia menjadikan 34 permit telah diluluskan sejak bermula kempen bagi PRK itu pada 22 Jun lepas.
PRK Sungai Bakap: Fahmi harap kempen kedua-dua calon berjalan secara berhemah
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berharap kempen kedua-dua calon yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap berjalan secara berhemah.
Myanmar lancarkan kempen 'Seorang Pelancong, Sebatang Pokok'
Kempen itu menggalakkan sektor pelancongan menyumbang kepada pemeliharaan alam semula jadi dan pengurangan kesan pelepasan gas rumah hijau.