ALOR SETAR: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah menahan operasi sebuah kilang yang menghasilkan arang briket di Sungai Petani susulan Op Kabut yang dilaksanakan baru-baru ini.
Pengarah JAS Kedah Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata pihaknya menerima aduan orang awam berhubung masalah bau dan asap di beberapa kawasan di Sungai Petani sebelum melaksanakan operasi berkenaan bermula Khamis lepas sehingga semalam.
"Operasi dijalankan bagi mencari punca pencemaran serta memeriksa premis-premis yang berpotensi menjadi punca pencemaran berkenaan dan orang awam memaklumkan pencemaran itu sering berlaku pada awal pagi.
"Dalam operasi itu, JAS Kedah mengenakan tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) di bawah Seksyen 38 (1)(a) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 terhadap sebuah kilang produk arang briket kerana gagal menyelenggara sistem kawalan pencemaran udara sehingga menyebabkan berlaku pencemaran di kawasan sekitar," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata Op Kabut itu dilaksanakan bertujuan memantau aktiviti kilang-kilang yang terletak di Kawasan Perindustrian Bukit Selambau, Sungai Petani terutama punca yang berpotensi menghasilkan pelepasan bendasing ke udara dan keberkesanan sistem kawalan pencemaran udara di kilang berkenaan.
Sharifah Zakiah berkata tindakan POK itu diambil bagi menghentikan operasi yang menyebabkan pencemaran udara dan pihak kilang juga diarahkan menjalankan kerja-kerja pembaikan serta penambahbaikan bagi menangani masalah berkenaan.
"Kilang itu juga didapati tidak mempunyai Orang Yang Berwibawa (OYB) untuk menjalankan kerja pemantauan dan pengendalian kelengkapan kawalan pencemaran. OYB penting untuk membantu dalam aspek kawalan pencemaran kepada alam sekitar terutamanya pelaksanaan pematuhan kendiri di premis.
"JAS mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang menyalurkan maklumat dan menyeru orang ramai terus bekerjasama melaporkan sebarang aktiviti mencemarkan alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 atau http://easyan.doe.gov.my," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 10 2024

Tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan diambil bagi menghentikan operasi yang menyebabkan pencemaran udara dan pihak kilang juga diarah menjalankan kerja-kerja pembaikan serta penambahbaikan bagi menangani masalah itu. - Foto JAS Kedah

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.

JAS Kedah tahan operasi kilang arang briket
Sharifah Zakiah berkata, JAS Kedah menerima aduan orang awam berhubung masalah bau dan asap di beberapa kawasan di Sungai Petani.