KUALA LUMPUR: Dunia kewartawanan hiburan pada Sabtu kehilangan sebutir permata yang mewarnai industri seni tempatan.
Pemergian Kamal Huzaini Kamaludin atau lebih popular dengan panggilan Huzz pada usia 58 tahun tepat 6.10 petang semalam, mengakhiri derita ditanggung Allahyarham akibat kanser usus tahap empat sejak Mac lepas.
Khabar duka pemergian Huzz meninggalkan kesan cukup mendalam bukan sahaja rakan-rakan wartawan tetapi juga dalam kalangan artis dan selebriti.
Allahyarham Huzz memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 1980-an bersama akhbar Harian Nasional, sebelum menjadi Pengarang Majalah URTV di Utusan Karya Sdn Bhd sekitar awal 1990.
Selain itu, Huzz juga pernah menyertai majalah Media Hiburan milik Kumpulan Karangkraf sebelum 'berhijrah' ke Utusan Malaysia serta pernah bergandingan dengan Allahyarham Juwie, seorang lagi wartawan hiburan popular seangkatannya di majalah Mangga, juga terbitan Utusan Karya.
Allahyarham terkenal dengan perwatakan ceria dan ramah, selain sikap profesional dalam melaksanakan tugas sehingga amat disenangi rakan seperjuangan dan artis.
Penulisan Huzz yang bersifat kritikan, teguran serta pandangannya dalam industri hiburan tempatan amat signifikan malah beliau dianggap antara sosok penting dalam perjalanan kerjaya seni ramai artis hebat seperti Biduwanita Sharifah Aini, Ramlah Ram dan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Sekitar 2006, Huzz pernah menggegarkan industri hiburan negara apabila menjadi wartawan pertama mendedahkan kisah cinta Siti Nurhaliza bersama usahawan Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa dan hasil penulisan beliau yang menggunakan julukan nama 'Datuk K' terus menjadi fenomena dan kekal sehingga kini.
Selain hebat dalam penulisan berita hiburan, bakat Huzz turut menyinar dalam penulisan lirik menerusi lagu Keangkuhanmu dendangan Ramlah Ram.
Rakan seperjuangan Allahyarham yang juga Presiden Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM), Tengku Datuk Khalidah Tengku Bidin berkata, walaupun Allahyarham berkhidmat dalam bidang kewartawanan hiburan namun hasil kerja Huzz amat berimpak tinggi dalam industri itu malah disifatkan sebagai pemula trend di kemuncak kerjayanya.
"Walaupun dia merupakan wartawan hiburan tetapi peranan dia dalam dunia kewartawanan Malaysia sangat besar dan merupakan pemula trend kepada industri ini. Dia kalau nak sesuatu berita, dia akan cari sampai ke lubang cacing... begitu semangat arwah.
"Berita-berita yang dibuat banyak beri impak kepada masyarakat terutama kepada individu yang berada dalam industri seni. Ada satu berita dia tulis elok-elok daripada artis itu nak cerai tiba-tiba terus tak jadi," katanya kepada Bernama.
Beliau yang mengenali arwah sejak tahun 90an berkata, Huzz juga antara individu terakhir yang mempertahankan Utusan Melayu Berhad sehingga syarikat penerbitan itu ditutup pada 2019.
Sementara itu, teman rapat arwah yang juga merupakan pelakon veteran, Fauziah Datuk Ahmad Daud atau lebih mesra disapa Kak Ogy berkata, arwah seorang wartawan yang sangat amanah dalam menjaga rahsia selain suka membantu selebriti ketika itu.
"Dia memang seorang yang jaga rahsia. Kalau dia nak buka cerita buruk mengenai artis boleh tulis, tetapi dia bukan orang seperti itu. Malah Huzz sentiasa memberi sokongan banyak kepada rakan artis dan juga bukan jenis yang suka menunjuk-nunjuk bila tolong orang," katanya.
Turut berkongsi kenangan bersama arwah, Siti Nurhaliza yang mengenali Huzz sejak dari awal bergelar artis selepas memenangi pertandingan Bintang HMI pada 1995.
Menurut penyanyi itu, beliau dan suami sempat menziarah Allahyarham di hospital sebelum ini dan Huzz bercerita tentang kisah dan pengalaman dilalui bersama sepanjang kerjasama antara artis dan wartawan.
"Sewaktu melawat beliau, kami juga sempat memberi khabar bahawa pihak Yayasan Nurjiwa akan menunaikan (upah) badal haji buat Allahyarham. Doakan agar urusan badal haji Allahyarham dapat kami sempurnakan," katanya menerusi hantaran di Instagram.
Pemergian Huzz tentunya ditangisi namun jasa, semangat dan kecintaan Allahyarham dalam merancakkan industri hiburan tanah air pastinya akan diingati dan terpahat dalam dunia seni tempatan. - BERNAMA
Bernama
Sat Jun 08 2024

Anggota keluarga serta penduduk setempat menunaikan solat jenazah wartawan hiburan terkenal era 1980-an hingga 1990-an, Huzz, 58, di Masjid Abdullah Fahim, Kepala Batas, Pulau Pinang, malam tadi. - Gambar Bernama
UMNO setengah calon miliki ciri 'wali' - Ahmad Zahid
UMNO akan mengetengahkan calon yang memiliki kriteria dan ciri 'WALI' yang boleh menang, diterima dan disenangi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.
ASEAN 25: Pemukiman ADMM tumpu kerjasama pertahanan serantau
Mesyuarat Pemukiman Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) 2025 di Pulau Pinang berlangsung hari ini dengan tumpuan diberikan terhadap kerjasama pertahanan serantau.
Wujud kes hospital swasta caj tinggi pesakit guna GLC - GLC
Kementerian Kewangan mengesahkan, terdapat kes tertentu menunjukkan kos rawatan lebih tinggi dikenakan ke atas pesakit yang menggunakan surat jaminan (GL), berbanding pesakit membayar dahulu dan membuat tuntutan kemudian (pay-and-claim).
Jasad hud Aryan ditemukan tujuh kilometer dari rumah
Mayat terbabit ditemukan selepas 45 jam kanak-kanak terbabit dilaporkan hilang dengan lokasi penemuan kira-kira tujuh kilometer dari rumah keluarga mangsa.
Sanusi mohon maaf kepada Amirudin, saman RM10 juta selesai
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, memohon maaf kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari di Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu berhubung kes saman fitnah RM10 juta berkaitan kenyataan mengenai Projek Gerbang Maritim Selangor (SMG).
Agenda AWANI: Tingkat kerjasama Malaysia-Vietnam
Sejauh mana lawatan kerja rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Vietnam (25-26 Feb) bukan hanya dapat meningkatkan hubungan kerjasama Malaysia-Vietnam, bahkan juga perkukuh kedudukan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025? Diskusi 8.30 malam
AWANI Ringkas: Mayat Hud Aryan ditemukan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 26 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 26 Februari 2025
1️⃣ Mayat Hud Aryan ditemukan
2️⃣ UMNO ketengah calon miliki ciri wali
3️⃣ Yayasan Peneraju sasar lahir 100,000 profesional Bumiputera
#awaniringkas
1️⃣ Mayat Hud Aryan ditemukan
2️⃣ UMNO ketengah calon miliki ciri wali
3️⃣ Yayasan Peneraju sasar lahir 100,000 profesional Bumiputera
#awaniringkas
Pantau Agenda Reformasi: RUU Majlis Media Malaysia mengangkat martabat kewartawanan parlimen
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 disifatkan 'game changer' (pengubah keadaan) untuk media di negara ini beralih daripada campur tangan atau pergantungan kepada kerajaan kepada kawalan dalam kalangan pengamalnya sendiri.

PDRM umum pertukaran 13 pegawai kanan
Pertukaran itu antaranya melibatkan Timbalan Pengarah Cawangan Khas II Bukit Aman Datuk Ibrahim Darus yang dilantik sebagai Timbalan Pengarah Cawangan Khas E1 Bukit Aman.

Ibu wartawan hiburan Huzz layak terima faedah Perkeso
Ibu kepada wartawan hiburan, Huzz yang meninggal dunia pada 8 Jun lepas, layak menerima dua faedah daripada Perkeso.

Jasa dan kebaikan Huzz kekal terpahat dalam industri hiburan
Dunia kewartawanan hiburan kehilangan sebutir permata yang mewarnai industri seni tempatan.

Jenazah wartawan hiburan popular Huzz selamat dikebumikan
Jenazah wartawan hiburan popular era 80-an hingga 90-an, Huzz atau nama sebenarnya Kamal Huzaini Kamaludin selamat dikebumikan malam ini.

Juwie minta saya jangan tulis belasungkawa mengenainya - rakan wartawan
Rakan-rakan wartawan bercerita mengenai keperibadian, amanat dan pesanan Allahyarham Abdul Jalil Salleh atau Juwie.

Sharifah Aini, artis yang selalu raikan wartawan - Reaksi wartawan veteran
Allahyarham Datuk Sharifah Aini disebut sebagai artis yang selalu meraikan wartawan malah sentiasa menjemput wartawan ke rumahnya.