KOTA KINABALU: Kerajaan negeri Sabah dan Sarawak bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Perundingan Bersama bagi mengkaji peruntukan undang-undang berkenaan hal-hal kewangan di bawah Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata jawatankuasa itu akan ditugaskan untuk meneliti pengiraan dan pembayaran geran tahunan dan geran lain seperti yang termaktub di bawah MA63 termasuk pembayaran sebelumnya.
Beliau berkata mengkaji semula geran khas termasuk bayaran balik 40 peratus hasil kepada Sabah seperti yang ditetapkan di bawah Perkara 112 (D) Perlembagaan Persekutuan, juga akan menjadi tumpuan jawatankuasa itu.
"Jawatankuasa ini turut diamanahkan untuk mencari penyelesaian kepada pembayaran geran tahunan yang diminta oleh Sabah dan Sarawak sebagaimana yang ditetapkan di bawah Majlis Khas mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MKMA63).
"Saya telah mengadakan beberapa mesyuarat dengan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengenai hal itu dan kami bersetuju dengan terma rujukan (TOR) (jawatankuasa itu) termasuk senarai ahli," katanya dalam kenyataan di sini.
Selain daripada itu, beliau berkata jawatankuasa berkenaan juga ditugaskan untuk mewujudkan formula pembayaran seimbang, adil dan saksama yang sesuai dengan status dan sumber kewangan negara.
Ongkili berkata beliau akan mempengerusikan jawatankuasa itu bagi pihak MKMA63 dan mengemukakan resolusi untuk keputusan kepada majlis.
Beliau berkata dalam jawatankuasa itu, Menteri Kewangan II Datuk Masidi Manjun akan mengetuai pasukan Sabah yang turut dianggotai Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Safar Untong, Peguam Besar Sabah Datuk Nor Asiah Mohd Yusof dan Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Sabah Rusdin Riman.
Pasukan Sarawak pula akan diketuai oleh Timbalan Ketua Menterinya Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan, Peguam Besar Sarawak Datuk Talat Mahmood Abdul Rashid dan Setiausaha Kewangan Sarawak Datuk Amar Ahmad Tarmizi Sulaiman sebagai ahli.
Kementerian Kewangan diketuai oleh Tengku Zafrul, yang turut merangkumi beberapa pegawai atasan kementerian itu.
"Jawatankuasa itu juga dijangka mengadakan pertemuan segera selepas mesyuarat MKMA63 pada 13 April yang akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin," kata Ongkili.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 07 2021

Ongkili akan mempengerusikan jawatankuasa itu bagi pihak MKMA63 dan mengemukakan resolusi untuk keputusan kepada majlis. - Foto BERNAMA

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Ambilan kohort pertama program DBA pada Julai depan - Ewon
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) akan memulakan pengambilan kohort pertama program Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) pada Julai depan.

FGV sasar pasaran eksport China menerusi PIP
FGV menyasarkan untuk mengeksport hasil pertanian ke China menerusi projek perladangan bersepadu bernilai tinggi berskala besar Lembah Agro Chuping FGV (FCAV).

Kutipan zakat di Kelantan meningkat 15 peratus pada 2024 - MAIK
Jumlah kutipan zakat di Kelantan tahun lepas meningkat 15 peratus kepada RM296.52 juta, berbanding RM257.09 juta pada 2023.

Ongkili bercuti, Joachim pemangku Presiden PBS bermula 1 Jun
Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili akan mula bercuti daripada memegang jawatan tertinggi parti itu bermula 1 Jun.

Maximus Ongkili dilantik Pengerusi Suruhanjaya Tenaga Sabah
Datuk Seri Maximus Ongkili dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Tenaga Sabah, berkuat kuasa hari ini.

Maximus Ongkili kekal sebagai Presiden PBS
Mesyuarat Majlis Tertinggi Parti Bersatu Sabah (PBS) hari ini sebulat suara mengundi untuk mengekalkan Datuk Seri Maximus Ongkili bagi terus menerajui parti itu sebagai Presiden.

PBS, PH sokong rang undang-undang antilompat parti di DUN Sabah
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Pakatan Harapan (PH) akan menyokong rang undang-undang anti lompat parti apabila ia dibentangkan pada Persidangan DUN Sabah.

Hanya EGM yang boleh tentukan keabsahan Hajiji sebagai Pengerusi GRS - Penganalisis
Jelas Syahruddin keabsahan kedudukan Hajiji perlu dijustifikasikan melalui Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) bagi mengembalikan keyakinan dalam anggota gabungan dan rakyat negeri itu.

GRS gugurkan keanggotaan Bersatu pada 9 Dis lalu, putuskan Hajiji kekal Pengerusi
Mesyuarat turut memutuskan gabungan itu menyertai Kerajaan Perpaduan atas komitmen membina kerajaan yang stabil.

Penstrukturan semula PBS, fokus ke arah generasi muda
Parti bercadang untuk melaksanakan program secara penglibatan langsung golongan muda dalam peranan sebagai pemimpin.

PRU15: PBS akan terus perjuang nasib rakyat, walau hanya menang satu kerusi
Datuk Seri Maximus Ongkili berkata, PBS akan terus bersama-sama menjadikan Dewan Rakyat sebagai platform untuk memajukan Sabah.

PRU15: Selepas 27 tahun, Maximus Ongkili tewas di Kota Marudu
Wetrom memperolehi undi sebanyak 24,318, sementara Ongkili meraih 16,144 undi dalam saingan enam penjuru.

PRU15: Saya telah tunaikan tanggungjawab, kini giliran anda - Ongkili
Ongkili yang juga merupakan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) dalam misi mempertahankan kerusi Kota Marudu bagi penggal ketujuh kali ini atas tiket Gabungan Rakyat Sabah (GRS).