KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan Dewan Rakyat mencadangkan kerajaan meningkatkan penyelidikan untuk antimikrob termasuk antibiotik dan antiviral generasi seterusnya bagi menghadapi cabaran kerintangan antimikrob (AMR).
Pengerusi jawatankuasa itu Suhaizan Kaiat berkata perkara itu perlu diberikan perhatian dalam Belanjawan 2025 dan penyediaan Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13).
Beliau berkata jawatankuasa itu turut mencadangkan kerajaan menyediakan dana mencukupi untuk langkah-langkah pencegahan AMR di Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES).
"Jawatankuasa ini juga mencadangkan langkah-langkah pengawalan pelepasan antibiotik yang tidak terkawal di sungai, kawasan sampan dan lain-lain tempat perlu disediakan selain meningkatkan kesedaran rakyat untuk menggunakan antimikrob dengan selamat dan bertanggungjawab," katanya dalam sidang media di bangunan Parlimen hari ini.
Beliau turut meminta KKM dan kementerian berkaitan bagi membentangkan strategi bersepadu untuk menangani cabaran AMR kepada jawatankuasa itu dalam masa terdekat.
Suhaizan berkata jawatankuasa itu berpendapat kerajaan khususnya KKM perlu mempertingkat usaha untuk mengekang, mengawal dan mencegah pola AMR sebelum ia menjadi malapetaka kesihatan awam.
"Usaha ini memerlukan pendekatan bersepadu pelbagai dimensi, contohnya mengekang penggunaan antibiotik yang tidak betul dalam bidang pertanian.
"Kegagalan untuk bertindak akan menyebabkan orang ramai terpaksa berhadapan risiko termasuk peningkatan kadar kematian, tempoh tinggal di hospital lebih lama, beban kewangan meningkat ke atas sistem penjagaan kesihatan, menjejaskan keupayaan memerangi pandemik dan ancaman terhadap keselamatan dan keterjaminan makanan," katanya.
Beliau berkata jawatankuasa itu dimaklumkan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad telah mempengerusikan Mesyuarat Pengesahan Kertas Pendirian Bersama tentang AMR pada Perhimpunan Kesihatan Sedunia di Geneva, Switzerland pada Mei lepas.
Kertas itu akan diangkat ke mesyuarat peringkat tinggi pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) pada September ini untuk dijadikan agenda kesihatan global.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 18 2024
![Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan cadang kerajaan tingkat penyelidikan antimikrob Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan cadang kerajaan tingkat penyelidikan antimikrob](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/71640163213_SuhaizanKaiat.jpg)
Suhaizan berkata perkara itu perlu diberikan perhatian dalam Belanjawan 2025 dan penyediaan RMK13. - Gambar fail/Bernama
'Kapal yang berlabuh tidak perlu serah dokumen secara fizikal'-Anthony
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah mengumumkan satu aplikasi di mana semua dokumen kapal yang berlabuh tidak perlu diserahkan secara fizikal dan akan dilakukan secara dalam talian. #AWANInews
![Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739944438_TBAhmadMaslan.jpg)
Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.
'Tapi sedih dia tak jemput' - Timbalan Yang di-Pertua
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan ucapan selamat pengantin baru kepada YB Sandakan dan Timbalan Yang di-Pertua berseloroh bahawa tidak dijemput ke majlis tersebut. #AWANInews
![Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739947622_TBrihanna.jpg)
Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api
Penyanyi Rap Amerika Syarikat, A$AP Rocky dibebaskan daripada pertuduhan serangan jenayah, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
PETRONAS masih di peringkat awal eksplorasi- Azalina
PETRONAS masih di peringkat awal aktiviti eksplorasi bagi Lembangan Langkasuka dengan perolehan data seismik 2D selesai pada 2024.
![Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739943892_TBACLE.jpg)
Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).
![Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739942446_TBAfdlinShauki.jpg)
Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki
Afdlin zahir rasa syukur selepas SPRM sahkan tiada elemen jenayah atas dakwaan salah laku perolehan projek bernilai RM4 juta di bawah DBKL.
![SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739946749_SaifuddinNasution.jpg)
SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap SOSMA adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius.
Polis siasat video tular anggota semasa ops tapis
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya telah terkesan satu kenyataan dan video tular menerusi Facebook pada jam 1 petang Selasa. #AWANInews
![Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739942321_tbPopeFrancis.jpg)
Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican
Paus Francis disahkan menghidap radang paru-paru, menurut kenyataan Vatican pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
![Vaksin influenza percuma untuk warga emas di Melaka mulai hari ini Vaksin influenza percuma untuk warga emas di Melaka mulai hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739865043_TBINFLUENZA.jpg)
Vaksin influenza percuma untuk warga emas di Melaka mulai hari ini
Vaksin influenza percuma untuk warga emas di Melaka mulai hari ini
![Vaksin influenza percuma untuk warga emas sakit kronik mulai 18 Feb - KKM Vaksin influenza percuma untuk warga emas sakit kronik mulai 18 Feb - KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739190937_KhaledNordin.jpg)
Vaksin influenza percuma untuk warga emas sakit kronik mulai 18 Feb - KKM
Warga emas, iaitu mereka yang berumur 60 tahun ke atas dan mempunyai sekurang-kurangnya satu penyakit kronik tersenarai, boleh mendapatkan vaksin influenza secara percuma bermula 18 Feb ini.
![Pengharaman penuh industri vape di Malaysia bukan penyelesaian yang adil - Nanostix Pengharaman penuh industri vape di Malaysia bukan penyelesaian yang adil - Nanostix](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738986835_tbnanostix.jpg)
Pengharaman penuh industri vape di Malaysia bukan penyelesaian yang adil - Nanostix
Nanostix Innovations Sdn Bhd dalam satu kenyataan mahu kerajaan menekankan pertimbangan utama bagi memastikan pelaksanaan yang lebih seimbang.
![Pengendali makanan di tapak pesta perlu dapatkan suntikan antitifoid - KKM Pengendali makanan di tapak pesta perlu dapatkan suntikan antitifoid - KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738927419_TBBAZAAR.jpg)
Pengendali makanan di tapak pesta perlu dapatkan suntikan antitifoid - KKM
Semua pengendali perlu dipastikan menghadiri Latihan Pengendali Makanan (LPM) di Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) yang diiktiraf.
![Tiada trend peningkatan influenza, tiada kes selesema burung - KKM Tiada trend peningkatan influenza, tiada kes selesema burung - KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738840255_TBINFLUENZA.jpg)
Tiada trend peningkatan influenza, tiada kes selesema burung - KKM
Malaysia tidak menunjukkan trend peningkatan kes influenza dan tidak merekodkan sebarang kes selesema burung (avian influenza) dalam kalangan manusia, demikian menurut Kementerian Kesihatan (KKM).
![Enam klinik kesihatan di Sarawak jalani transformasi digital tahun ini - Dr Dzulkefly Enam klinik kesihatan di Sarawak jalani transformasi digital tahun ini - Dr Dzulkefly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738838225_DzulkeflyAhmad.jpg)
Enam klinik kesihatan di Sarawak jalani transformasi digital tahun ini - Dr Dzulkefly
Enam klinik kesihatan (KK) di Sarawak antara 100 fasiliti kesihatan di seluruh negara yang akan menjalani transformasi digital tahun ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
![KKM batal notifikasi lima produk komestik mengandungi racun berjadual KKM batal notifikasi lima produk komestik mengandungi racun berjadual](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738771879_produkkomestik.jpg)
KKM batal notifikasi lima produk komestik mengandungi racun berjadual
Kementerian Kesihatan (KKM) membatalkan notifikasi lima produk kosmetik kerana dikesan mengandungi racun berjadual dan tidak lagi dibenarkan dijual di Malaysia.
![WBB: Cuepacs sokong langkah tubuh jawatankuasa khas kaji waktu kerja WBB: Cuepacs sokong langkah tubuh jawatankuasa khas kaji waktu kerja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41729725832_DatukAdnanMat.jpg)
WBB: Cuepacs sokong langkah tubuh jawatankuasa khas kaji waktu kerja
Cuepacs menyokong langkah Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mengkaji penjadualan waktu kerja dan pemerkasaan penyampaian perkhidmatan kesihatan.
![KKM terima aduan insiden buli berbaur perkauman, budaya kerja toksik KKM terima aduan insiden buli berbaur perkauman, budaya kerja toksik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51733475013_gaduh.jpg)
KKM terima aduan insiden buli berbaur perkauman, budaya kerja toksik
KKM memaklumkan isu berkenaan telah dirujuk kepada Unit Integriti untuk siasatan dan tindakan susulan akan diambil secepat mungkin.
![45 kamera badan untuk penguat kuasa KKM Sarawak 45 kamera badan untuk penguat kuasa KKM Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81725700261_LukanismanAwangSaun.jpg)
45 kamera badan untuk penguat kuasa KKM Sarawak
Penggunaan teknologi itu penting bagi memastikan ketelusan dalam pelaksanaan tugas serta menjaga kebajikan pegawai semasa menjalankan peranan mereka.