PUTRAJAYA: Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Wilayah Persekutuan (MTPWP) hari ini bersetuju mengaktifkan semula Jawatankuasa Rumah Ibadat Selain Islam (RISI) Peringkat Wilayah Persekutuan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa yang mempengerusikan mesyuarat itu berkata RISI Peringkat Wilayah Persekutuan itu akan bersidang dalam masa terdekat.
"Antara perkara yang dibangkitkan adalah RISI Peringkat Wilayah Persekutuan yang telah lama tidak bersidang bagi membincangkan isu-isu rumah ibadat selain Islam. Mesyuarat telah bersetuju agar Jawatankuasa RISI Peringkat Wilayah Persekutuan ini diaktifkan semula," katanya dalam kenyataan hari ini.
MTPWP adalah platform untuk menyelaras dan mengenal pasti inisiatif serta strategi bersesuaian, membincangkan hal ehwal pembangunan selain memastikan keputusan Majlis Tindakan Pembangunan Negara (MTPN) dan Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Negara (JTPN) dilaksanakan sepenuhnya pada peringkat Wilayah Persekutuan.
Beliau berkata antara perkara lain dibincangkan dalam MTPWP ialah perkembangan terkini mengenai Projek Rolling Plan 4 Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Wilayah Persekutuan.
Turut dibincangkan pelaporan e-Kasih, inisiatif berkenaan penoktahan kemiskinan tegar serta perkara-perkara berbangkit mengenai pembangunan dan kemajuan Wilayah Persekutuan.
"Saya juga telah mencadangkan agar satu bengkel diadakan Jabatan Wilayah Persekutuan bersama ahli-ahli Parlimen di Kuala Lumpur bagi meneliti dan memahami kehendak rakyat di Kuala Lumpur menjelang persediaan bagi pembangunan Rolling Plan ke-5 RMK12," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 13 2024

Dr Zaliha Mustafa yang mempengerusikan mesyuarat itu berkata RISI Peringkat Wilayah Persekutuan itu akan bersidang dalam masa terdekat. - Gambar fail

Kebakaran kedai karpet Nilai 3: 'Tak logik bakar semata-mata nak tuntut insurans'
J Rajesh, 40-an berkata, tuduhan itu sangat tidak berasas, lebih-lebih lagi pihaknya baru sahaja membawa masuk stok bagi jualan Aidilfitri.

Ismail Sabri dikejar ke hospital, kini dalam keadaan stabil
Difahamkan, Ismail Sabri dikejarkan ke hospital pada jam 2.30 pagi tadi selepas rebah di kediamannya.

Lebih 19,000 KIR terima manfaat Kad Perak Sejahtera - MB
Penyaluran bantuan yang diperkenalkan sejak 2019 itu bertujuan memastikan golongan B40, miskin dan miskin tegar dapat memenuhi keperluan asas makanan.

90 peratus kediaman di Gaza musnah - IOM
Sejak 19 Jan, IOM menyalurkan bantuan merangkumi tempat perlindungan, bekalan air, alatan kebersihan serta barangan bukan makanan bagi menyokong penduduk Gaza.

Kejam! Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang oleh tentera zionis
Kumpulan hak asasi kanak-kanak, Defense for Children mendedahkan mangsa telah ditembak di bahagian belakang.

Mangsa banjir di Pahang meningkat tengah hari ini
Kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan, Temerloh sejak Khamis.
AWANI Ringkas: Meninggal dunia serta merta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Astro Shaw perkenal filem 'survival thriller' pertama Malaysia 'Wantugo'
Filem Wantugo dijangka menemui peminat filem tempatan pada penghujung tahun 2025.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.

Perlu ada jawatankuasa selaras misi bantuan kemanusiaan ke luar negara
Ia untuk mengawal selia misi kemanusian yang akan memudahkan gerak kerja NGO serta memastikan tidak berlaku sebarang ketirisan.

PM Singapura tubuh Jawatankuasa Semakan Sempadan Pilihan Raya
Ini sekaligus merupakan satu petunjuk pilihan raya umum di negara itu mungkin diadakan tidak lama lagi.

Jawatankuasa Rumah Ibadat Selain Islam Wilayah Persekutuan diaktifkan semula
Dr Zaliha Mustafa yang mempengerusikan mesyuarat itu berkata RISI Peringkat Wilayah Persekutuan itu akan bersidang dalam masa terdekat.

PRK Sg Bakap: Jawatankuasa khas tangkis berita palsu mungkin diwujudkan - Fahmi
Kerajaan tidak menolak kemungkinan akan menubuhkan jawatankuasa khas bagi memantau dan menangkis penyebaran berita palsu semasa PRK Sungai Bakap.

KKM tubuh jawatankuasa rangka mekanisme bangun semula klinik kesihatan di Sarawak
Kementerian Kesihatan (KKM) telah menubuhkan satu jawatankuasa bagi merangka mekanisme bagi pembangunan semula klinik-klinik kesihatan di Sarawak, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Malaysia dipilih semula sebagai Ahli Jawatankuasa APCERT bagi penggal 2023-2025
Anugerah APCERT 2023 merupakan pengiktirafan terhadap usaha, kesungguhan dan komitmen negara, dalam menangani ancaman siber di rantau Asia Pasifik.

NRECC tubuh jawatankuasa kaji isu jerebu rentas sempadan
NRECC akan menubuhkan satu jawatankuasa bagi mengkaji isu berkaitan jerebu rentas sempadan termasuk penggubalan Akta Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan (THA).

Jawatankuasa ditubuh untuk putuskan isu pentadbiran Pelabuhan Bintulu - Fadillah
Kerajaan pusat telah menerima surat daripada Sarawak berhubung permintaan negeri itu untuk mengambil alih Pelabuhan Bintulu.

KPM perincikan syor Jawatankuasa Antigangguan Seksual dan Buli
Fadhlina yakin saranan dan cadangan yang dikemukakan jawatankuasa berkenaan mampu meningkatkan keselamatan ekosistem sekolah.

Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri seluruh negara telah diaktifkan - PM
Ismail Sabri berkata, fokus gerak kerja di peringkat negeri dan daerah telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.