Satu jawatankuasa teknikal akan ditubuhkan bagi merangka pelan pembangunan semula industri nasyid dalam usaha memperkasa industri berkenaan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata jawatankuasa itu akan melibatkan kerjasama TV Al-Hijrah, Institut Kefahaman Islam Malaysia, Nasyeed.com dan badan bukan kerajaan, Creative Dakwah Club.
"Tiga minggu lagi saya akan meneliti kertas cadangan daripada mereka berhubung hal ini. Saya mahu anugerah berprestij seperti Anugerah Nasyid kembali diadakan.
"Saya tidak ada apa-apa kepentingan. Saya cuma nampak potensi yang amat besar pada mereka bagi turut sama menyumbang kepada dakwah, pendidikan dan keseimbangan psikospiritual masyarakat terutamanya dalam normal baharu yang sedang kita tempuhi bersama.
"Selagi saya masih berkhidmat, saya akan usahakan sehabis baik untuk industri nasyid tanah air," katanya dalam kenyataan di sini.
Menurutnya, awal hari Sabtu beliau mengadakan perbincangan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Nasyeed.com Ahmad Zuwairy Che Ramly, Presiden Majlis Usahawan Nasyid Malaysia Muhammad Razin Che Mud dan wakil daripada Daqmie dan TV Al-Hijrah berkenaan pelbagai isu artis nasyid.
Pada pertemuan itu beliau turut menyampaikan sumbangan kepada Nasyeed.com untuk disalurkan kepada artis nasyid yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Menurut Zulkifli, mereka yang hilang mata pencarian kerana bergantung sepenuh masa pada bidang hiburan juga akan dilantik sebagai bilal rawatib bagi masjid dan surau di Wilayah Persekutuan.
"Pelbagai isu kebajikan artis nasyid dikongsikan untuk perhatian pihak kerajaan. Di sebalik gelak tawa, terselit tangisan dan genangan air mata yang amat saya fahami, menanggung seribu satu beban keperitan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dan PKPB ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 06 2020
ZULKIFLI: Selagi saya masih berkhidmat, saya akan usahakan sehabis baik untuk industri nasyid tanah air. - Facebook Zulkifli Mohamad al-Bakri
Polis Johor lumpuh 25 sindiket edar dadah skala besar tahun lepas
Polis percaya berjaya melumpuhkan 25 sindiket pengedaran dadah berskala besar dengan penahanan 99 anggota sindiket itu dan menyita pelbagai aset bernilai RM17.23 juta, tahun lepas.
Mayat ditemukan selepas lapan jam kereta terbabas
Polis berkata mayat lelaki berusia 32 tahun itu ditemukan di timbunan rumput di tepi tebing parit oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) pada jarak 100 meter dari kawasan kemalangan.
Permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong 2025 dibuka hingga 28 Feb - JPA
Permohonan secara dalam talian bagi Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) 2025 dibuka bermula 3 Feb hingga akhir bulan ini.
Akaun X Tun M digodam, tayang iklan mata wang kripto
Akaun media sosial, aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial telah digodam dan tidak dapat diakses sejak pagi Rabu.
10 Berita Pilihan - (5 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI 7:45 [5/2/2025] – Siasatan Op Sky | Trump mahu Gaza | Pemulihan populasi Harimau Malaya | Laluan haram disekat
- Trump rancang ambil alih Gaza, paksa warga Palestin pindah negara luar
- Sindiket syarikat perundingan kewangan, tiga selebriti ke SPRM esok
- Khazanah untung RM5.1 bilion, jangka 2025 bukan tahun mudah
- Harimau Malaya melawan kepupusan, ada tanda awal pemulihan populasi
- Sindiket syarikat perundingan kewangan, tiga selebriti ke SPRM esok
- Khazanah untung RM5.1 bilion, jangka 2025 bukan tahun mudah
- Harimau Malaya melawan kepupusan, ada tanda awal pemulihan populasi
Thaipusam: 1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa ini.
#AWANI Tonight 5 Feb 2025
#AWANITonight with @cynthiaAWANI
1. Trump says U.S will take over Gaza, permanently resettle all Palestinians
2. Philippine lawmakers vote to impeach VP Sara Duterte
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Trump says U.S will take over Gaza, permanently resettle all Palestinians
2. Philippine lawmakers vote to impeach VP Sara Duterte
#AWANIEnglish #AWANINews
China tolak rancangan Trump untuk "ambil alih" Gaza, pindah jutaan penduduk Palestin
China pada Rabu menolak rancangan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, untuk "mengambil alih" Gaza dengan menyatakan ia menentang pemindahan paksa rakyat Palestin ke negara jiran.
AWANI Tonight: Trump's takeover plan will threaten regional stability
Trump's proposal for the U.S. to take over Gaza would displace millions of Palestinians, heighten tensions, and undermine the peace process, according to Prof. Datuk Dr. Rahmat Mohamad from MyAqsa Foundation.
Op Sky: Syarikat kewangan tawar komisen bawa pelanggan baharu
SPRM mendapati syarikat perunding kewangan yang tumpas dalam Ops Sky, menawarkan komisen kepada pelanggannya yang memperkenalkan pelanggan baharu.
Artis dinasihat semak sebelum terima tawaran, elak dieksploitasi
Freddie Fernandez berkata, langkah itu penting bagi mengelakkan mereka dieksploitasi oleh perniagaan yang menyalahi undang-undang.
Bakar pentas berang artis tak muncul buat persembahan
Penonton ternyata kecewa kerana tiket konsert berkenaan telah mereka beli sejak enam bulan yang lalu.
Artis berstatus suami orang, pelakon wanita dicekup berkhalwat?
Tangkapan dibuat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) berdasarkan maklumat orang awam.
FENIX360 perkasa golongan artis melalui revolusi landskap kreatif
FENIX360 mengubah cara artis berhubung dengan penonton, berkolaborasi dengan rakan sekerja, dan mengekalkan kerjaya kreatif mereka.
#GengSubuhMacamJumaat: Bukan kepentingan peribadi, ini perkara paling asas - Alif Satar
Alif tidak merasakan gerakan itu sebagai miliknya secara peribadi, tetapi ia adalah milik setiap individu yang sedang berusaha ke arah memperbaiki diri menjadi umat Islam yang lebih baik.
Temui figura Islam, artis terkenal di Datum Munajat
DCI menganjurkan himpunan figura Islam seperti Habib Nael Ben Taher, Habib Husein Jafar, Syeikh Muhammad Siddiq dan Anas Abu Jaish.
Atas Angin Festival 2023 mahu lakar sejarah sebagai festival indie terbesar di Malaysia
Bertempat di Rooftop @ 7 Mytown Cheras, festival itu bakal dijayakan 75 artis, berlangsung selama 15 jam dan beraksi di empat pentas.
'Sudah tiada lagi air mata untuk menangis' - Zaiton Sameon kongsi kisah hidup
Apa yang membuatkan Zaiton lebih sedih apabila ada pihak mendakwa dia sudah tidak boleh menyanyi lagi.
Lenjan artis kerja 20 jam...?
PTVM ingin menegur sikap Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) yang bagaikan tidak memahami masalah sebenar industri.