JOHOR BAHRU:Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor akan melaksanakan operasi sanitasi awam secara berkala di tiga pintu masuk negeri bermula esok (28 Januari), menurut pengarahnya Datuk Yahaya Madis.
Beliau berkata proses sanitasi itu melibatkan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS).
Katanya, operasi itu dilaksanakan selaras dengan permintaan Menteri Besar Johor Datuk Ir Hasni Mohammad yang mahu pihaknya melaksanakan sanitasi melibatkan laluan pintu masuk negeri berkenaan.
"Sebanyak 20 hingga 50 anggota bomba terlibat dalam proses sanitasi berkenaan. Operasi ini dilaksanakan berkala, sekurang-kurangnya seminggu sekali tetapi jika ada keperluan ia akan dibuat dengan lebih kerap.
"Lebih-lebih lagi kita lihat sekarang pihak Singapura minta pemandu lori jalani ujian calitan, jadi kawasan mereka lalui ini kita sanitasi terutama laluan lori keluar masuk," katanya kepada pemberita selepas meninjau proses sanitasi awam di Pasar Borong Pandan, di sini hari ini.
Yahaya berkata proses sanitasi itu bermula di LTAS esok, diikuti KSAB pada 29 Jan manakala CIQ pada minggu hadapan.
Pada 21 Jan lepas, Singapura mengumumkan semua pemandu lori kargo dan pengiringnya yang memasuki republik itu diwajibkan menjalani Ujian Rapid Antigen (ART) di pusat pemeriksaan Tuas dan Woodlands.
Sementara itu, Yahaya memaklumkan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac tahun lepas sehingga semalam, pihaknya telah melaksanakan sebanyak 2,575 sanitasi awam.
Katanya, sejak PKP fasa pertama hingga kini, tiada jangkitan COVID-19 melibatkan anggota atau pegawainya direkodkan ketika proses sanitasi awam dilakukan mahupun jangkitan di tempat kerja.
Berhubung banjir, beliau berkata JBPM Johor akan membuat permohonan kepada ibu pejabat JBPM untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 32 bot ringan untuk kegunaan anggotanya semasa bertugas menghadapi bencana alam itu.
"Pada masa ini, bomba hanya ada 34 bot alumunium saiz besar yang boleh memuatkan lapan orang. Bot ini hanya sesuai untuk meredah arus deras banjir di kawasan luas.
"Namun, kita masih tidak mempunyai bot-bot kecil dan ringan untuk digunakan contohnya semasa banjir kilat baru-baru ini. Bot-bot kecil dan ringan jenis fiber ini perlu untuk digunakan di kawasan taman perumahan dan kampung yang dilanda banjir kilat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 27 2021

Proses sanitasi melibatkan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS). - Gambar fail/Astro AWANI

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Tourism Perak sertai pameran pelancongan untuk tarik pelancong Indonesia
Pameran pelancongan itu berfungsi sebagai platform bagi agensi promosi pelancongan negeri untuk mempamerkan tawarannya yang pelbagai.
Konflik Gaza: Pelan Trump bukan usir rakyat Palestin - Utusan A.S ke Asia Barat
Utusan Amerika Syarikat ke Asia Barat pada Khamis menegaskan bahawa rancangan Presiden Donald Trump untuk Gaza bukan bertujuan mengusir rakyat Palestin.

Lebih 400,000 pengunjung meriahkan Pesta Perarakan Chingay Johor Bahru
Pesta perarakan yang dihiasi lebih 85 kenderaan berhias itu mengelilingi bandar raya di sini sejauh kira-kira 7.8 kilometer.

Dua beranak maut: Pengawal keselamatan terkilan tak jenguk kereta mangsa
Seorang pengawal keselamatan meluahkan rasa terkilan tidak menjenguk kereta BMW di mana dua beranak ditemukan maut pada Khamis.

Tender projek LRT Johor Bahru belum dibuka - Loke
Tender untuk projek transit aliran ringan (LRT) Johor Baharu masih belum dibuka lagi.

Polis tahan dua lelaki tempatan dalam insiden kejar-mengejar di Johor
Polis Johor menahan dua lelaki tempatan dalam insiden kejar-mengejar dari jalan Harmonium hingga ke susur keluar pekan Ulu Tiram malam tadi.

Puspakom jalankan siasatan dalaman isu video tular petugas ditampar
Puspakom telah menjalankan siasatan dalaman bagi mengetahui punca kejadian seorang pelanggan menampar petugas pemeriksa kenderaan.

Pasangan 'kekasih gelap' berdepan tali gantung
Pasangan kekasih gelap berdepan hukuman mati di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat bagi enam pertuduhan mengedar dan memiliki dadah, bulan lalu.

Lelaki maut dengan empat kesan tembakan
Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar berkata, satu pasukan khas dari Jabatan Siasatan Jenayah telah ditubuhkan untuk siasatan secara menyeluruh.

Taktik bungkus dadah guna plastik menyerupai wang kertas tumpas
Polis berjaya menumpaskan sebuah sindiket pengedaran dadah yang menggunakan pembungkus plastik menyerupai wang kertas untuk mengelirukan pihak berkuasa.

Mangsa banjir di Johor kekal 36 orang petang ini
Kesemua mangsa masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) Balai Raya Kampung Batu Badak di Segamat.

Pembantu stor mengaku tidak bersalah lakukan amang seksual
Seorang pembantu stor mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun.