Katanya, program anjuran Astro ini bukan sekadar peluang untuk bertemu peminat, tetapi juga menghidupkan kembali budaya lama yang semakin dilupakan.
“Sekarang zaman media sosial, tradisi moreh makin jarang dibuat.
“Jadi, kita nak hidupkan semula,” katanya ketika ditemu bual Astro AWANI di Masjid Al-Sultan Ismail Petra di Kubang Kerian, di sini pada Jumaat.
Bagi pelakon, pelawak dan pengacara itu, pengalaman menyertai aktiviti memasak dalam program jelajah kali ini membangkitkan nostalgia ketika zaman mudanya.
“Dulu kalau ada majlis kahwin, sayalah yang sibuk bergelak ketawa dengan makcik-makcik di dapur.
“Bila buat program macam ni, rasa rindu,” ujarnya.
Tambahnya, semangat kebersamaan dalam aktiviti memasak bukan sekadar mengeratkan silaturahim tetapi juga membangkitkan kenangan.
“Saya rasa ini satu perkara yang baik.
“Dulu kita rapat, sekarang masing-masing sibuk dengan media sosial. Jadi, kita kembalikan suasana itu,” katanya.
Siri Jelajah Assalamualaikum RaRa 2025 yang bertemakan ‘Indahnya Lain Macam’ menjadikan masjid sebagai pusat aktiviti komuniti.
Bagi edisi tahun ini, program berkenaan menyasarkan pelbagai lapisan masyarakat untuk mengimarahkan masjid sebagai pusat komuniti.
Pengunjung juga boleh mengambil peluang bertemu barisan selebriti terkenal seperti Zizan Razak, Qasrina Karim, Fitri Farok, Jay Iskandar, Razin Qidran, Azri Safix, Jay Iskandar, Aiman Ameer dan Keanu.
Ia juga turut disertai para asatizah menerusi rakaman program Tazkirah Malam Jumaat atau TMJ Kelantan bersama Amin Idris, Ustaz Harryanto Rizal Rokman, Ustazah Asmak Husin dan Ustazah Isfadiah.
![](https://img.astroawani.com/2024-10/51729493751_freesize.jpg)