HARI ini perhatian seluruh negara tertumpu kepada istiadat pertabalan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 yang berlangsung dalam satu majlis penuh adat istiadat diraja di Balairung Seri, Istana Negara di ibu negara pada 30 Julai lalu.
Istiadat yang penuh gilang-gemilang itu kaya dengan adat resam, tradisi dan simbolisme turun-temurun Kesultanan Melayu.
Jika sebelum ini kita dapat mengenali putera-putera raja Pahang, kali ini kita kenali pula puteri-puteri raja negeri itu yang cantik dan anggun.
Cantik dan bijak
Tengku Puteri Iman Afzan adalah yang sulung antara tiga puteri selain Tengku Ilisha Ameera dan Tengku Ilyana, iaitu hasil perkahwinan Yang di-Pertuan Agong dengan seorang aktres tahun 80-an, Cik Puan Julia Rais.
Sehingga tahun 2013, Tengku Iman Afzan dan Tengku Ilisha Ameera telah menuntut di University of Nottingham manakala Tengku Ilyana pula belajar di Down House School yang juga terletak di England.
Tengku Puteri Iman Afzan telah melangsungkan perkahwinan pada 4 Ogos 2018 dengan pasangannya, dari kerabat Pahang, Tengku Abu Bakar Ahmad Tengku Arif Bendahara Tengku Abdullah dalam satu majlis yang penuh gilang-gemilang.
Seumpama diatur dengan penuh keberkatan, pasangan yang digelar bagai pinang dibelah dua itu telah dikurniakan Ilahi cahaya mata sulung mereka iaitu seorang putera, pada Selasa lalu (23 Julai).
Ternyata, kehadiran cucunda itu begitu istimewa, kerana ia suatu kurniaan kebahagiaan buat nenda-nenda, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah Aminah Maimunah, apatah lagi menjelang hari Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16.
Malah, berita kehadiran cucunda itu telah dikongsikan oleh Tunku Permaisuri Agong menerusi laman Twitternya.
BACA: Kenali putera-putera raja Pahang yang tampan
Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah Al-Sultan Abdullah pula merupakan puteri keempat Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Beliau merupakan pasangan kembar kepada Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah, yang juga merupakan putera kepada Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Seorang lagi puteri, ialah Tengku Puteri Jihan Azizah 'Athiyatullah Al-Sultan Abdullah.
Beliau merupakan puteri bongsu kepada Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah.
Beliau berjaya menarik perhatian ramai ketika berangkat ke Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 di Istana Negara apabila mengenakan persalinan yang yang pernah dikenakan bondanya Tunku Azizah semasa istiadat pertabalan nenda beliau Almarhum Sultan Iskandar sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan pada November 1984.
Diputerikan pada 27 April 2002, Tengku Jihan sering dilhat bersama bondanya, terutama sekali ketika mengiringi bonda beliau untuk ke majlis-majlis bersama rakyat.
Paling diingati ialah ketika Tunku Azizah berkenan berangkat untuk menyediakan juadah kepada mangsa-mangsa banjir di Pahang tidak lama dahulu.
Astro Awani
Tue Jul 30 2019
Keanggunan puteri-puteri raja Pahang. - Foto Instagram Tengku Puteri Iman Afzan
Muafakat antara Indonesia dan Malaysia perlu melangkaui kerjasama ekonomi
Indonesia dan Malaysia juga perlu memperkukuh keselamatan siber yang dipertingkatkan, usaha memerangi keganasan dan keselamatan maritim di rantau Indo-Pasifik.
Dasar agresif Trump dibentuk oleh naratif kemerosotan penguasaan AS
Johan berkata, idea yang menjadi teras kepada kempen 'Make America Great Again' Trump menunjukkan Amerika telah hilang penguasaan globalnya.
Dasar luar aktif, inklusif dan adaptif kunci Malaysia hadapi cabaran Trump 2.0 - IKMAS
Profesor Dr Kuik Cheng Chwee berkata dasar tidak memihak yang pasif tidak akan berkesan di bawah pentadbiran Trump.
AirAsia bawa 63 juta penumpang dengan faktor beban 89 peratus pada tahun kewangan 2024
Angka itu berbanding 56.99 juta penumpang yang dibawa AirAsia semasa tahun kewangan 2023.
48,000 murid Tahun Satu kini mampu membaca hasil Program Intervensi KPM
Menerusi program intervensi itu, guru-guru membantu murid Tahun Satu yang masih belum boleh membaca sehingga mereka mampu membaca, menulis dan mengira.
Bot nelayan musnah terbakar dekat pelantar ikan Hutan Melintang
Kejadian tersebut berlaku sekitar jam 5.35 petang, bagaimanapun tiada mangsa dilaporkan terlibat.
Selangor pantau 244 bazar Ramadan, elak peniaga haram
Kerajaan negeri akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang berniaga secara haram di 244 bazar Ramadan di Selangor.
MASIS sasar tingkatkan keahlian untuk perkukuh rangkaian rakyat Malaysia di Singapura
MASIS menyasarkan peningkatan jumlah keahlian tahun ini bagi membina rangkaian rakyat Malaysia yang lebih kukuh dan pelbagai di Singapura.
MATA perkenal platform inovatif IVT, ubah landskap pelancongan Malaysia
MATA memperkenalkan IVT, platform inovatif perintis yang mengubah cara ejen pelancongan dan pelanggan berinteraksi dalam masa nyata.
Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak
TEKUN Nasional menyediakan moratorium hingga tiga bulan sebagai kelonggaran kewangan membayar balik pembiayaan kepada usahawan di Sabah dan Sarawak yang terkesan dengan bencana banjir.
Jelita dan bijak, ini puteri-puteri raja Pahang
Tengku Puteri Iman Afzan adalah yang sulung antara tiga puteri selain Tengku Ilisha Ameera dan Tengku Ilyana.
#AgongKita: Al-Sultan Abdullah bukan seperti anak raja ketika di sekolah - Rakan
Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bukan seperti anak raja di sekolah dan sentiasa merendah diri semasa bergaul dengan rakan-rakan.