MEKAH: Jemaah haji lelaki dinasihatkan supaya tidak melakukan taktik memakai ihram semata-mata untuk melakukan tawaf sunat di Mataf iaitu persekitaran Kaabah.
Pembimbing Ibadah Haji Tanah Suci Lembaga Tabung Haji (TH), Ustaz Suhaimi Samad berkata, walaupun dari segi hukum ibadah itu sah, namun ia tetap salah dari segi adab kerana menipu untuk beribadah.
"Saya banyak terima persoalan apakah hukum kalau jemaah tidak buat umrah, tetapi pakai ihram untuk membolehkan dia tawaf di Mataf. Memang tidak boleh sebab pihak berkuasa Arab Saudi telah menetapkan tawaf di Mataf hanya dibolehkan untuk mereka yang berniat umrah.
"Memang dari segi hukum ia sah tetapi dari segi adab, dia telah menipu dengan berpakaian ihram semata-mata untuk tawaf sunat di Mataf. Kalau nak buat ibadah, saya nasihatkan jemaah ikut saja peraturan ditetapkan oleh pihak berkuasa.
"Mudah-mudahan kita dapat pahala dan ibadah kita diterima," katanya kepada petugas media di Ibu Pejabat Lembaga Tabung Haji (TH) di sini baru-baru ini.
Bagaimanapun, katanya, terdapat kelonggaran bagi jemaah lelaki untuk berbuat demikian melibatkan beberapa situasi termasuk dalam kes suami mahu menemani isterinya menyempurnakan tawaf umrah yang sebelum ini tidak dapat dilakukan kerana haid.
Pada masa sama, beliau menasihati jemaah haji yang ingin menunaikan tawaf sunat supaya melakukannya di tingkat satu Masjidil Haram bagi mengelakkan kesesakan di Mataf susulan keadaan umat Islam dari seluruh negara telah mula membanjiri masjid itu ketika ini.
"Kalau tidak ada kemampuan hendak berjalan, kita boleh menggunakan perkhidmatan skuter elektrik yang disediakan oleh pihak Masjidil Haram. Harus diingat setiap riyal dibelanjakan akan diberi ganjaran seratus ribu kali ganda," katanya.
Sementara itu, beliau turut menegur sikap segelintir jemaah haji yang lebih gemar menyelesaikan persoalan isu agama dihadapi mereka berpandukan media sosial serta teman sebilik berbanding berjumpa dengan guru agama bertauliah termasuk pembimbing ibadah haji di tanah suci.
"TH sentiasa membawa pembimbing ibadat haji untuk membantu jemaah semasa di Tanah Suci... kalau ada isu kemusykilan ibadah haji kena rujuk kepada pakar dan guru agama TH.
"Kami sendiri pun kalau ada soalan kritikal, akan dirujuk kepada pakar dan tidak boleh sewenang-wenangnya mengeluarkan hukum atau permasalahan. Hal ini bagi memastikan ibadah itu dapat dilakukan sempurna mengikut tuntutan syariat Islam," katanya. - BERNAMA
Bernama
Wed Jun 12 2024

Jemaah haji lelaki dinasihatkan supaya tidak melakukan taktik memakai ihram semata-mata untuk melakukan tawaf sunat di Mataf iaitu persekitaran Kaabah. - Gambar fail REUTERS

PM Anwar hadir program Ihya Ramadan di PETRA
Program bertujuan menyantuni warga PETRA dan memanfaatkan bulan Ramadan dengan amalan kerohanian.

Dua remaja maut dilanggar: Pemilik rakaman 'dashcam' belum tampil - Polis
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, kerjasama mereka amat penting bagi memudahkan proses siasatan dilakukan.
Vietnam sasar bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua pada 2035
Vietnam merancang untuk menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dalam sistem pendidikan negara pada 2035. Inisiatif ini akan melibatkan semua peringkat pendidikan, dengan penekanan terhadap latihan guru, pembangunan infrastruktur, dan penggunaan teknologi untuk merapatkan jurang wilayah.
Korea Selatan mohon maaf tidak sengaja jatuhkan bom ketika latihan
Ketua Tentera Udara Korea Selatan, Lee Young-su memohon maaf atas insiden kemalangan melibatkan dua jet secara tidak sengaja menjatuhkan bom dia sebuah perkampungan ketika menjalani latihan tahunan Freedom Shield.
Malaysia bakal punyai syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways
Malaysia bakal menyaksikan kemunculan syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways Malaysia, yang dijangka memulakan operasi menjelang akhir 2025 dengan enam pesawat Boeing. #AWANInews
Permohonan lesen insurans, takaful digital dapat sambutan - BNM
Tempoh permohonan lesen Penanggung Insurans dan Pengendali Takaful Digital (DITO) akan dibuka sehingga 31 Disember 2026.
LHDN tumpu pelaksanaan e-invois, pembesaran asas cukai
LHDN akan memperkenalkan Tekad HASiL 2026-2030 iaitu pernyataan awal aspirasi dan komitmen pengurusan atasan untuk memastikan LHDN terus relevan.
Tangan wanita melecur 'power bank' meletup dalam MRT
Alat pengecas telefon bimbit atau 'power bank' meletup sebelum terbakar dalam Transit Aliran Massa (MRT) di Singapura hingga menyebabkan tangan seorang wanita melecur. #AWANInews
Polis terima laporan warga asing curah anjing dengan air panas
Polis mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian seorang lelaki menganiaya seekor anjing di Menglembu, Ipoh seperti yang tular di media sosial baru-baru ini. #AWANInews
Syarat luar biasa, PN ada alasan untuk tidak setuju
Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan pihaknya mempunyai alasan munasabah dan asas, untuk tidak bersetuju dengan syarat ditetapkan kerajaan dalam isu peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang.

Tetamu saat akhir, Elfira Loy tunai ibadah haji
BAGAI bulan jatuh ke riba. Begitulah yang mungkin dirasai oleh pelakon dan pengacara, Elfira Loy apabila mendapat jemputan menunaikan ibadah haji.

Johan hampir terlepas pesawat tunai haji
Johan Raja Lawak hampir terlepas pesawat untuk tunai haji selepas wujud isu tentang status visa haji beliau gara-gara kekeliruan nama pada visa miliknya.

Agong berkenan santuni 'Duyufurrahman' negara
Yang di-Pertuan Agong berkenan mengucapkan selamat jalan kepada bakal jemaah haji Malaysia, yang akan berlepas ke Tanah Suci hari ini.

Malaysia antara negara terawal terima, TH edar kad haji Nusuk
Malaysia antara negara terawal terima, TH edar kad haji Nusuk

Haji: Seramai 5,790 jemaah Malaysia telah tiba di Tanah Suci
Sehingga semalam, 5,790 orang daripada 31,600 jemaah haji Malaysia yang dapat tawaran selamat tiba di Mekah dan Madinah.

TH lakukan persiapan akhir, sedia sambut ketibaan jemaah haji
Berbaki empat hari lagi untuk penerbangan pertama jemaah Malaysia, petugas Tabung Haji (TH) semakin giat melakukan persiapan akhir.

Musim haji: Perayu haji sudah terima panggilan - Mohd Na'im
Mereka yang layak selepas membuat rayuan sudah menerima panggilan, dengan penerbangan pertama ke Tanah Suci dijadualkan pada 9 Mei ini.

Bertugas di Tanah Suci, 2 pengarang wanita Astro AWANI sedia bawa laporan terbaik
Dua pengarang Astro AWANI, Dr Azlinariah Abdullah dan Azlinda Md Salim antara 14 petugas media yang bakal terbang ke Tanah Suci untuk membuat liputan musim haji dan menunaikan ibadah berkenaan.

Bakal jemaah haji OKU syukur dipilih jadi tetamu Allah
Abdul Samad MM Abdul Aziz, 53, yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan bersyukur dan teruja apabila dipilih seorang daripada 31,600 jemaah haji dari Malaysia tahun ini.

Jemaah haji dilengkapi IPS, mudahkan pemberian rawatan
Jemaah haji tahun ini akan dilengkapi dengan International Patient Summary (IPS) melalui aplikasi MySejahtera.