KUALA LUMPUR: Jemaah haji tahun ini akan dilengkapi dengan International Patient Summary (IPS) melalui aplikasi MySejahtera, yang dapat memudahkan rawatan jika berlaku sebarang insiden semasa mengerjakan ibadah itu, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Beliau berkata IPS yang merupakan satu transformasi digital Kementerian Kesihatan (KKM), membolehkan pengamal perubatan di Tanah Suci mengakses maklumat perubatan asas yang kritikal jemaah haji, dengan hanya mengimbas kod QR.
"Menerusi IPS, segala info termasuklah sejarah kesihatan dan perubatan serta alahan jemaah haji dapat diakses oleh kerajaan Saudi, membolehkan rawatan langsung dapat dilakukan oleh pakar perubatan bertugas kepada mereka yang memerlukan," katanya.
Dr Dzulkefly berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Pengurusan Tertinggi KKM bersama Rombongan Petugas Haji (Perubatan) KKM ke Tanah Suci bagi Musim Haji 1445H/2024 di Putrajaya semalam.
Untuk tahun ini, seramai 279 petugas haji (perubatan) KKM dan tiga petugas haji (kebajikan), akan bertugas di Tanah Suci bermula 30 April ini, dan Dr Dzulkefly mengingatkan mereka untuk berkhidmat dengan penuh dedikasi supaya jemaah haji dapat menunaikan ibadah dengan baik.
Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji (TH), Syed Hamadah Syed Othman, berkata rombongan pertugas perubatan KKM, yang terdiri daripada pelbagai disiplin seperti perubatan am, perubatan keluarga dan perubatan kecemasan dan trauma, merupakan pasukan yang amat penting pada operasi haji setiap tahun.
"Pengurusan kesihatan jemaah haji bukan tugas yang mudah, ditambah dengan profil umur jemaah haji yang hampir 36 peratus melebihi 60 tahun. Namun anggota perubatan KKM yang bertugas setiap hari, telah menunjukkan komitmen yang amat tinggi dalam memberikan perkhidmatan terbaik setiap tahun," katanya.
Syed Hamadah berkata pengurusan TH amat berpuas hati dengan kualiti perkhidmatan KKM, dengan kerjasama di semua peringkat yang bermula dari perancangan dan persediaan di tanah air, sehingga semasa berada di Tanah Suci ketika operasi haji berjalan, adalah sangat baik.
Beliau berkata TH juga melaksanakan soal selidik untuk mengukur tahap kepuasan jemaah terhadap perkhidmatan haji, meliputi pelbagai aspek setiap tahun dengan penilaian musim lepas, mendapati jemaah amat berpuas hati dengan perkhidmatan perubatan KKM. - BERNAMA
Bernama
Fri Apr 26 2024
![Jemaah haji dilengkapi IPS, mudahkan pemberian rawatan Jemaah haji dilengkapi IPS, mudahkan pemberian rawatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41714125523_DzulkeflyAhmad.jpg)
Dr Dzulkefly (lima, kiri) pada Majlis Perjumpaan Pengurusan Tertinggi KKM Bersama Rombongan Petugas Haji (Perubatan) KKM Ke Tanah Suci Bagi Musim Haji 1445H/2024M. - Bernama
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Tetamu saat akhir, Elfira Loy tunai ibadah haji Tetamu saat akhir, Elfira Loy tunai ibadah haji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718017106_ElfiraLoy.jpg)
Tetamu saat akhir, Elfira Loy tunai ibadah haji
BAGAI bulan jatuh ke riba. Begitulah yang mungkin dirasai oleh pelakon dan pengacara, Elfira Loy apabila mendapat jemputan menunaikan ibadah haji.
![Johan hampir terlepas pesawat tunai haji Johan hampir terlepas pesawat tunai haji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717939484_JohanRajaLawak.jpg)
Johan hampir terlepas pesawat tunai haji
Johan Raja Lawak hampir terlepas pesawat untuk tunai haji selepas wujud isu tentang status visa haji beliau gara-gara kekeliruan nama pada visa miliknya.
![Agong berkenan santuni 'Duyufurrahman' negara Agong berkenan santuni 'Duyufurrahman' negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716695900_Agong.jpg)
Agong berkenan santuni 'Duyufurrahman' negara
Yang di-Pertuan Agong berkenan mengucapkan selamat jalan kepada bakal jemaah haji Malaysia, yang akan berlepas ke Tanah Suci hari ini.
![Malaysia antara negara terawal terima, TH edar kad haji Nusuk Malaysia antara negara terawal terima, TH edar kad haji Nusuk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716103839_Hajikadhajinusuk.jpg)
Malaysia antara negara terawal terima, TH edar kad haji Nusuk
Malaysia antara negara terawal terima, TH edar kad haji Nusuk
![Haji: Seramai 5,790 jemaah Malaysia telah tiba di Tanah Suci Haji: Seramai 5,790 jemaah Malaysia telah tiba di Tanah Suci](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715738176_JemaahHaji.jpg)
Haji: Seramai 5,790 jemaah Malaysia telah tiba di Tanah Suci
Sehingga semalam, 5,790 orang daripada 31,600 jemaah haji Malaysia yang dapat tawaran selamat tiba di Mekah dan Madinah.
![TH lakukan persiapan akhir, sedia sambut ketibaan jemaah haji TH lakukan persiapan akhir, sedia sambut ketibaan jemaah haji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71714882868_tbjemaahhajisidan.jpg)
TH lakukan persiapan akhir, sedia sambut ketibaan jemaah haji
Berbaki empat hari lagi untuk penerbangan pertama jemaah Malaysia, petugas Tabung Haji (TH) semakin giat melakukan persiapan akhir.
![Musim haji: Perayu haji sudah terima panggilan - Mohd Na'im Musim haji: Perayu haji sudah terima panggilan - Mohd Na'im](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51713592666_tbKursusHajiPerdan.jpg)
Musim haji: Perayu haji sudah terima panggilan - Mohd Na'im
Mereka yang layak selepas membuat rayuan sudah menerima panggilan, dengan penerbangan pertama ke Tanah Suci dijadualkan pada 9 Mei ini.
![Bertugas di Tanah Suci, 2 pengarang wanita Astro AWANI sedia bawa laporan terbaik Bertugas di Tanah Suci, 2 pengarang wanita Astro AWANI sedia bawa laporan terbaik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41714628006_TBMekna.jpg)
Bertugas di Tanah Suci, 2 pengarang wanita Astro AWANI sedia bawa laporan terbaik
Dua pengarang Astro AWANI, Dr Azlinariah Abdullah dan Azlinda Md Salim antara 14 petugas media yang bakal terbang ke Tanah Suci untuk membuat liputan musim haji dan menunaikan ibadah berkenaan.
![Bakal jemaah haji OKU syukur dipilih jadi tetamu Allah Bakal jemaah haji OKU syukur dipilih jadi tetamu Allah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41714451525_GrandMosque.jpg)
Bakal jemaah haji OKU syukur dipilih jadi tetamu Allah
Abdul Samad MM Abdul Aziz, 53, yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan bersyukur dan teruja apabila dipilih seorang daripada 31,600 jemaah haji dari Malaysia tahun ini.
![Jemaah haji dilengkapi IPS, mudahkan pemberian rawatan Jemaah haji dilengkapi IPS, mudahkan pemberian rawatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41714125523_DzulkeflyAhmad.jpg)
Jemaah haji dilengkapi IPS, mudahkan pemberian rawatan
Jemaah haji tahun ini akan dilengkapi dengan International Patient Summary (IPS) melalui aplikasi MySejahtera.