PUTRAJAYA: Lembaga Tabung Haji (TH) setakat ini tidak menerima laporan rasmi berhubung kejadian rakyat Malaysia terkandas di Makkah dan Madinah akibat terpedaya dengan pakej haji menggunakan visa pelancong.
Justeru Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar meminta mereka yang merasakan diri diperdaya untuk membuat aduan kepada TH, Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah, Arab Saudi atau Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk siasatan lanjut.
"Dalam hal ini, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) melalui TH sentiasa memberi peringatan saban tahun kepada umat Islam negara ini supaya lebih berhati-hati dengan sebarang tawaran pakej murah yang ditawarkan segelintir agensi pelancongan yang tidak dilesenkan TH," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya mana-mana individu atau agensi pelancongan yang menawarkan perkhidmatan pakej haji tanpa kelulusan daripada TH adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535).
Beliau turut menasihati mana-mana pihak yang berada di Tanah Suci untuk pulang ke tanah air sekiranya tidak mempunyai visa haji yang sah.
Sebelum ini TH telah diarah untuk menyiasat kejadian 300 bakal jemaah haji yang dilapor terkandas di Makkah selepas terpedaya dengan pakej haji murah ditawarkan agensi pelancongan tidak bertanggungjawab.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 14 2024
![Jemaah haji terkandas: TH tidak terima laporan rasmi setakat ini Jemaah haji terkandas: TH tidak terima laporan rasmi setakat ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714481430_TBNAIM.jpg)
Datuk Mohd Na'im Mokhtar meminta mereka yang merasakan diri diperdaya untuk membuat aduan kepada TH, Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah, Arab Saudi atau Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk siasatan lanjut. - Gambar fail/BERNAMA
PGA tumpaskan sindiket dadah, temui 393 pil yaba di Kelantan
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menumpaskan kegiatan pengedaran dadah dalam op taring wawasan Kelantan selepas menyerbu sebuah rumah di Pulau Belanga, Kota Bharu pada Isnin.
Wanita warga Belanda cedera ketika mendaki gunung jasar
Penolong pengarah operasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa dalam kenyataan pada Selasa berkata, mangsa berusia 51 tahun yang mendaki secara berkumpulan itu mengalami kecederaan pada bahagian lutut.
Mayat kedua remaja lemas di Sungai Perak ditemui
Mayat seorang lagi pelajar sekolah yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh dalam sungai perak dekat Kampung Tepus, Tanjung Belanja di parit pada Isnin ditemui pada Selasa.
![Zelenskyy tangguh lawatan ke Arab Saudi untuk elak beri ‘legitimasi’ kepada Mesyuarat AS-Rusia Zelenskyy tangguh lawatan ke Arab Saudi untuk elak beri ‘legitimasi’ kepada Mesyuarat AS-Rusia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739914081_TBVolodymyrZelenski.jpg)
Zelenskyy tangguh lawatan ke Arab Saudi untuk elak beri ‘legitimasi’ kepada Mesyuarat AS-Rusia
Ukraine enggan orang lain buat keputusan di belakang mereka, tiada keputusan boleh dibuat tanpa Ukraine mengenai bagaimana untuk menamatkan perang di Ukraine.
Israel berdegil enggan undur tentera dari selatan Lubnan
Tentera Israel masih mengekalkan pasukannya di lima pos tentera di selatan Lubnan, walaupun melepasi tarikh akhir pengunduran yang ditetapkan dalam perjanjian gencatan senjata pada Selasa.
Mesir anjur sidang kemuncak tergempar arab pada 4 Mac
Mesir pada selasa mengesahkan akan menjadi tuan rumah sidang kemuncak tergempar arab pada 4 Mac bagi membincangkan pelan pemulihan semenanjung Gaza tanpa memindahkan penduduk Palestin.
![WHO desak perjanjian pandemik baharu selepas AS tarik diri WHO desak perjanjian pandemik baharu selepas AS tarik diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81712654529_TedrosAdhanomGhebr.jpg)
WHO desak perjanjian pandemik baharu selepas AS tarik diri
Tiada negara boleh melindungi diri sendiri daripada pandemik yang akan datang secara bersendirian.
![PM Anwar tiba di Bahrain untuk lawatan rasmi PM Anwar tiba di Bahrain untuk lawatan rasmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739919372_TBAnwarIbrahim.jpg)
PM Anwar tiba di Bahrain untuk lawatan rasmi
Perdana Menteri Anwar tiba Manama untuk lawatan rasmi ke Bahrain atas jemputan Putera Mahkota dan Perdana Menteri Bahrain, Salman Hamad Al Khalifa.
![Israel berdegil, enggan undur tentera dari selatan Lubnan Israel berdegil, enggan undur tentera dari selatan Lubnan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739915570_TBIsraelLebanon.jpg)
Israel berdegil, enggan undur tentera dari selatan Lubnan
IDF akan kekal di pos tersebut untuk memastikan tiada ancaman kepada penduduk Israel.
![Israel siap sedia terima empat mayat tebusan dari Gaza Israel siap sedia terima empat mayat tebusan dari Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739914780_TBIsraelMideastWars.jpg)
Israel siap sedia terima empat mayat tebusan dari Gaza
Israel dijangka menerima mayat empat tebusan dari Gaza dan sedang berusaha membawa pulang enam lagi tebusan yang masih hidup Sabtu ini.
![Polis aktifkan pusat sehenti jemaah haji terkandas di KLIA Polis aktifkan pusat sehenti jemaah haji terkandas di KLIA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717997231_RamliMohamedYoosuf.jpg)
Polis aktifkan pusat sehenti jemaah haji terkandas di KLIA
Sebanyak 40 pegawai dan anggota daripada pasukan khas memulakan tugas selama 11 hari, beroperasi dari 8 pagi hingga 12 tengah malam, 21 Jun.
![Empat individu termasuk wanita Vietnam ditahan terlibat sindiket pinjaman tanpa lesen Empat individu termasuk wanita Vietnam ditahan terlibat sindiket pinjaman tanpa lesen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713531534_TBRamliMohamedYoosu.jpg)
Empat individu termasuk wanita Vietnam ditahan terlibat sindiket pinjaman tanpa lesen
Selain wanita warga asing, turut ditahan tiga lelaki tempatan berusia 22 hingga 34 tahun.
![Jemaah haji terkandas: TH tidak terima laporan rasmi setakat ini Jemaah haji terkandas: TH tidak terima laporan rasmi setakat ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714481430_TBNAIM.jpg)
Jemaah haji terkandas: TH tidak terima laporan rasmi setakat ini
Lembaga Tabung Haji (TH) setakat ini tidak menerima laporan rasmi berhubung kejadian rakyat Malaysia terkandas di Makkah dan Madinah akibat terpedaya dengan pakej haji menggunakan visa pelancong.
![Bakal jemaah terkandas, kerajaan, TH cari jalan penyelesaian terbaik Bakal jemaah terkandas, kerajaan, TH cari jalan penyelesaian terbaik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715669368_PerformHajj.jpg)
Bakal jemaah terkandas, kerajaan, TH cari jalan penyelesaian terbaik
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Lembaga Tabung Haji (TH) masih dalam proses mencari jalan terbaik bagi membantu menyelesaikan isu melibatkan sekumpulan bakal jemaah Malaysia terkandas.
![Penipuan haji: Polis terima 72 laporan libat kerugian hampir RM4 juta Penipuan haji: Polis terima 72 laporan libat kerugian hampir RM4 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/71657631876_JemaahHajisangkut.jpg)
Penipuan haji: Polis terima 72 laporan libat kerugian hampir RM4 juta
Kuala Lumpur mencatatkan bilangan tertinggi iaitu sebanyak 24 laporan membabitkan kerugian berjumlah RM1,244,500 diikuti Selangor dengan 14 laporan melibatkan kerugian RM404,000.
![Tipu pakej haji: Lima direman termasuk pemilik agensi pelancongan Tipu pakej haji: Lima direman termasuk pemilik agensi pelancongan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/61657443873_ArjunaidiMohamed.jpg)
Tipu pakej haji: Lima direman termasuk pemilik agensi pelancongan
Lima individu termasuk pemilik agensi pelancongan swasta direman selama tiga hari bermula hari ini hingga Isnin bagi membantu siasatan kes penipuan pakej menunaikan ibadah haji.
![Kedutaan Arab Saudi kesal jemaah haji terkandas di KLIA Kedutaan Arab Saudi kesal jemaah haji terkandas di KLIA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/61657284432_TBJEMAAHKANDAS.jpg)
Kedutaan Arab Saudi kesal jemaah haji terkandas di KLIA
Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur menyuarakan rasa kesal dengan berita mengenai kira-kira 380 bakal jemaah haji Malaysia terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
![Visa Furada: Ini bukan masa untuk mencari salah - Fuziah Salleh Visa Furada: Ini bukan masa untuk mencari salah - Fuziah Salleh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/51537546529_FuziahSalleh.jpg)
Visa Furada: Ini bukan masa untuk mencari salah - Fuziah Salleh
Ini bukan masa untuk menuding jari mencari salah dalam isu mengerjakan haji dengan visa Furada, sebaliknya jalan perlu dicari untuk memperoleh penyelesaian supaya masalah dihadapi jemaah visa Furada
![Sindiket punca 177 bakal jemaah haji Indonesia ditahan di Filipina Sindiket punca 177 bakal jemaah haji Indonesia ditahan di Filipina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-08/61472547367_JusufKalla.jpg)
Sindiket punca 177 bakal jemaah haji Indonesia ditahan di Filipina
Sindiket itu dikatakan mengenakan bayaran sehingga AS$10,000 (RM40,000) bagi setiap bakal haji dan mereka berlepas dari Sulawesi Selatan pada 19 Ogos lepas.