ALOR SETAR:Jemaah di Masjid Zahir di sini dihadkan mulai Rabu susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Menurut pengerusi masjid, Mohamad Jasni Abdullah, hanya 11 jemaah terdiri daripada jawatankuasa dan pegawai masjid dibenarkan menunaikan solat fardu dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
Manakala hanya 40 jemaah dibenarkan untuk menunaikan solat Jumaat dengan membawa sejadah sendiri serta mengamalkan penjarakan fizikal yang ditetapkan.
Malah hanya jemaah yang mempunyai kad identiti anak kariah sahaja yang dibenarkan masuk ke dalam masjid.
Beliau berkata langkah kawalan di Masjid Zahir dilakukan selepas mendapat pengesahan daripada Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar yang memaklumkan masjid itu berada dalam Zon Merah.
Ahli Jawatankuasa Masjid turut diingatkan supaya memastikan SOP dipatuhi, mewujudkan kaunter di pintu masuk untuk memeriksa suhu badan, sanitasi dan merekod kehadiran jemaah.
"Orang luar tidak dibenarkan cuma hari Jumaat ini, seramai 40 orang.
"Kita gunakan kad khariah yang di Masjid Zahir sahaja. Kita gunakan kad seramai 40 orang. Kita akan tutup selepas cukup 40 orang," kata Mohamad Jasni.
Sehubungan itu, jawatankuasa Masjid Zahir memohon kerjasama semua pihak untuk mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK).
Selain itu, katanya, laungan azan bagi solat fardu lima waktu akan diteruskan seperti biasa, namun semua aktiviti pengimarahan masjid perlu ditangguhkan sementara sehingga arahan baharu dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Isnin lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan enam negeri dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya), Melaka, Johor dan Sabah selama 14 hari berkuat kuasa tengah malam tadi.
Manakala enam negeri lagi, Pahang, Perak, Kedah, Terengganu, Negeri Sembilan dan Kelantan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berikutan penularan kes COVID-19.
Dua negeri lagi iaitu Perlis dan Sarawak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Adie Sufian Zulkefli
Tue Jan 12 2021
![Jemaah Masjid Zahir dihadkan sepanjang PKPB Jemaah Masjid Zahir dihadkan sepanjang PKPB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/51610490803_MasjidZahir.jpg)
Hanya 11 jemaah terdiri daripada jawatankuasa dan pegawai masjid dibenarkan menunaikan solat fardu manakala hanya 40 pada solat Jumaat. -Astro AWANI
![Anna Jenkins: Mahkamah Tinggi tetapkan 28 April putuskan semakan semula keputusan terbuka Anna Jenkins: Mahkamah Tinggi tetapkan 28 April putuskan semakan semula keputusan terbuka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/81635504957_AnnaJenkins.jpg)
Anna Jenkins: Mahkamah Tinggi tetapkan 28 April putuskan semakan semula keputusan terbuka
Mahkamah Tinggi menetapkan 28 April ini untuk memutuskan sama ada akan menyemak semula keputusan terbuka Mahkamah Koroner terhadap kematian warga Australia Annapuranee Jenkins.
Dialog Anak Muda: Interfaith Harmony Week faham, hormat dan terima
Apa cabaran dalam usaha untuk memperkukuh hubungan antara agama, etnik, dan budaya di negara ini? Bagaimana kepelbagaian agama dan budaya boleh digabungkan untuk membina sebuah negara yang benar-benar harmoni? Dialog Anak Muda bersama Hawa Rizwana 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Autoriti kawal selia elektrik kembali ke Sabah
Kuasa kawal selia bekalan elektrik negeri Sabah yang diserahkan Kerajaan Persekutuan secara berfasa memberi ruang kepada Kerajaan Negeri melaksanakan perancangan dan pembangunan pembekalan elektrik di negeri itu.
[TERKINI] Petronas: Langkah penyusunan semula penting untuk masa hadapan
Langkah penyusunan semula Petronas adalah untuk memastikan syarikat minyak nasional itu dapat terus menyumbang kepada pembangunan negara.
LBS rai Tahun Baharu Cina, umum pelan strategik RM8 Bilion
Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan berangkat ke majlis sambutan Tahun Baharu Cina anjuran LBS Bina Group Berhad (LBS) di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur, pada Rabu.
11 pekerja asing kilang haram ditahan bersama RM21.83 juta e-waste
Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta, Perak menyerbu sebuah kilang memproses peleraian buangan elektrik dan elektronik (e-waste) haram di Machang Bubok dan merampas e-waste bernilai RM21.83 juta.
Jenayah penipuan pelaburan (setakat 2 Februari 2025)
Sejumlah 765 kes penipuan pelaburan telah dicatatkan setakat 2 Februari 2025. Statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) turut menyatakan jenayah penipuan pelaburan mencatatkan jumlah kerugian tertinggi lebih RM125.7 juta.
2,000 ditahan kerana dadah dalam 37 hari
Lebih 2,000 orang ditahan kerana pelbagai kesalahan dadah di Perak dalam tempoh 37 hari tahun ini, dari Januari hingga Khamis.
Isu beras, harga lantai padi diumum minggu depan
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu akan menyampaikan kenyataan menteri di Parlimen pada 13 Februari ini mengenai isu beras, khususnya berhubung harga lantai bagi padi.
Bedah siasat mangsa nahas helikopter selesai
Bedah siasat ke atas jurutera warga Indonesia yang maut dalam insiden helikopter jenis Bell 206L4 terbakar ketika mendarat untuk mengisi minyak di Bentong pagi Khamis, telah selesai.
![Jemaah wanita meninggal dunia sebaik selesai baca Yasin di Masjid Zahir Jemaah wanita meninggal dunia sebaik selesai baca Yasin di Masjid Zahir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715914231_meninggaldunia.jpg)
Jemaah wanita meninggal dunia sebaik selesai baca Yasin di Masjid Zahir
Allahyarham hadir ke masjid bersama suami terlebih dulu berbuka puasa sebelum menunaikan solat serta membaca surah Yasin.
![Lebih 3,000 jemaah solat sunat Aidilfitri di Masjid Zahir Lebih 3,000 jemaah solat sunat Aidilfitri di Masjid Zahir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71712716170_sultankedahsolat.jpg)
Lebih 3,000 jemaah solat sunat Aidilfitri di Masjid Zahir
Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah turut berkenan berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri.
![Dua ditahan cuba halang penjawat awam bertugas depan Masjid Zahir Dua ditahan cuba halang penjawat awam bertugas depan Masjid Zahir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710552003_Gaduh.jpg)
Dua ditahan cuba halang penjawat awam bertugas depan Masjid Zahir
Dua individu itu menjerit-jerit terhadap anggota penguatkuasa dan mencabar mereka untuk membuka uniform selain mengeluarkan perkataan kesat.
![Lebih 2,000 jemaah tunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Zahir Lebih 2,000 jemaah tunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Zahir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/51682142586_SultanKedahMasjid.jpg)
Lebih 2,000 jemaah tunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Zahir
Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah pagi ini turut menunaikan solat sunat Aidilfitri yang bermula pada jam 9 pagi bersama jemaah lain.
![Semua konsert terbuka di Kedah dihentikan sementara Semua konsert terbuka di Kedah dihentikan sementara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/71632389701_MohdFirdausAhmad.jpg)
Semua konsert terbuka di Kedah dihentikan sementara
Semua konsert terbuka di Kedah dihentikan sementara sehingga satu prosedur operasi standard (SOP) yang baharu, ditetapkan dalam masa terdekat.
![Konsert depan Masjid Zahir, kerajaan Kedah panggil penganjur, gesa siasatan terperinci Konsert depan Masjid Zahir, kerajaan Kedah panggil penganjur, gesa siasatan terperinci](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/41664774151_KonsertMasjid.jpg)
Konsert depan Masjid Zahir, kerajaan Kedah panggil penganjur, gesa siasatan terperinci
"Kerajaan negeri tidak halang konsert diadakan tetapi kandungan itu dianggap tidak bermoral dengan muda-mudi dengan gaya yang melampau."
![3,000 jemaah tunai solat sunat Aidilfitri di Masjid Zahir 3,000 jemaah tunai solat sunat Aidilfitri di Masjid Zahir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/61651466427_solatsunatAidilfit.jpg)
3,000 jemaah tunai solat sunat Aidilfitri di Masjid Zahir
Sultan dan Sultanah Kedah bersama kerabat diraja turut berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Zahir.
![Jangan lafaz cerai melalui laman sosial - Mufti Kedah Jangan lafaz cerai melalui laman sosial - Mufti Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/51650060337_LafazCerai.jpg)
Jangan lafaz cerai melalui laman sosial - Mufti Kedah
Fadzil berkata pasangan terlibat yang ingin bercerai seelok-eloknya melakukanya secara bersemuka di mahkamah syariah.
![100 jemaah tunai solat sunat Aidiladha di Masjid Zahir 100 jemaah tunai solat sunat Aidiladha di Masjid Zahir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/41626761453_MasjidZahir.jpg)
100 jemaah tunai solat sunat Aidiladha di Masjid Zahir
Jumlah jemaah yang dibenarkan itu sebagai tanda pematuhan terhadap ketetapan yang diputuskan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah.
![Jemaah Masjid Zahir dihadkan sepanjang PKPB Jemaah Masjid Zahir dihadkan sepanjang PKPB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/51610490803_MasjidZahir.jpg)
Jemaah Masjid Zahir dihadkan sepanjang PKPB
Masjid Zahir ditutup kepada orang ramai mulai Rabu berikutan Kota Setar berada dalam Zon Merah serta perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri itu.