KOTA KINABALU: Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin semalam menasihati jemaah haji terutama dari Sabah supaya bersedia dalam semua aspek terutamanya kesihatan mental, fizikal serta kerohanian sepanjang mengerjakan ibadah.
Beliau berkata ini kerana keadaan di Tanah Suci pastinya akan sesak dan mencabar, justeru setiap jemaah diharap dapat bersabar, bertoleransi, berkasih-sayang sesama saudara Islam tanpa mengira warna kulit, bahasa, adat resam dan budaya.
Katanya jemputan menunaikan haji adalah sesuatu yang sangat istimewa dan tidak patut disia-siakan dengan perkara yang tidak berfaedah atau yang boleh menjejaskan ibadah masing-masing ketika berada di Tanah Suci.
"Saya berharap jemaah haji dapat bersungguh-sungguh dalam melaksanakan kesemua rukun dan wajib haji seperti yang telah dipelajari semasa kursus-kursus anjuran Tabung Haji.
"Saya mendoakan semua jemaah haji negeri Sabah diberikan kemudahan oleh Allah Subhanahu Wata'ala agar dapat mengerjakan ibadat haji dengan sempurna dan kembali dengan haji yang mabrur," katanya ketika berucap meraikan keberangkatan kumpulan pertama 134 jemaah haji negeri Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Kota Kinabalu di sini, malam tadi.
Kumpulan itu merupakan sebahagian daripada keseluruhan 940 jemaah dari Sabah yang akan menunaikan haji bagi Musim Haji 1445H/2024M.
Juhar berkata umat Islam di negeri Sabah harus bersyukur kerana Tabung Haji sentiasa mengambil berat akan kebajikan jemaah haji dengan penganjuran pelbagai kursus serta penyediaan perkhidmatan dan kemudahan infrastruktur yang cukup baik bermula di tanah air sehinggalah ke Tanah Suci.
"Para bakal haji tidak perlu bimbang dan hanya perlu mempunyai niat yang ikhlas dan hati yang lapang untuk melaksanakan ibadat haji dengan sempurna, selain mematuhi semua nasihat dan arahan Tabung Haji," katanya.
Beliau berkata jemaah juga perlu menggunakan peluang yang diberikan sebagai tetamu Allah atau duyufurrahman dengan memperbanyakkan amalan wajib dan sunat sebagai tanda kesyukuran atas segala nikmat yang telah dikurniakan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 31 2024

Juhar dan isteri (tengah) hadir pada majlis meraikan keberangkatan kumpulan pertama 134 jemaah haji negeri Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Kota Kinabalu malam tadi. - Foto BERNAMA
Tiga pemain ski dikhuatiri maut dalam insiden runtuhan salji
Menurut jurucakap untuk Alaska State Troopers pada Khamis, setakat ini, usaha mencari mangsa yang tertimbus terpaksa ditangguhkan susulan keadaan cuaca yang buruk.

Malaysia-Thailand terus berusaha capai kejayaan bersama - PM Anwar
Malaysia dan Thailand akan terus berusaha mencapai kejayaan bersama-sama dan juga rantau ASEAN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bom jatuh, penduduk gesa penghentian latihan tembakan segera
Menurut wakil penduduk Pocheon, Kang Tae-il, dia juga menyeru pelaksanaan langkah yang konkrit bagi mencegah insiden sedemikian berulang pada masa hadapan.
15 cedera bom mendarat di luar kawasan sasaran
Menurut Angkatan Udara Korea Selatan, daripada jumlah tersebut, dua dilaporkan mengalami kecederaan serius.
AirAsia pindahkan perkhidmatan domestik di LTSAAS ke KLIA T2 berkuat kuasa 7 April
AirAsia akan memindahkan perkhidmatan domestiknya dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (Lapangan Terbang Subang) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA T2) berkuat kuasa 7 April.
NGO anjur perhimpunan aman Hari Al-Quds
MAPIM menyeru semua yang mempunyai nilai kemanusiaan untuk menyertai perhimpunan Hari Al-Quds Antarabangsa di depan kedutaan Amerika Syarikat pada 28 Mac.
Audit penerima dana USAID, pastikan tiada campur tangan asing
Kerajaan digesa memastikan tiada campur tangan asing dalam urusan politik dan pentadbiran negara menerusi bantuan dana yang disalurkan oleh Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat.
10 Berita Pilihan - (6 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hanya 27 peratus responden tahu sepenuhnya hak kewangan
Tahap kesedaran rakyat mengenai hak kewangan yang boleh dituntut di mahkamah masih rendah, dengan hanya 27 peratus yang mendakwa mereka mengetahui secara menyeluruh mengenai perkara tersebut.
Mahkamah sekat akses akaun bank luar negara, saham berkaitan 1MDB
Sekatan itu melibatkan wang berjumlah AS$4.5 juta yang didakwa berada di dalam akaun bank Putera Faisal di Riyad Bank, Arab Saudi dan 12 juta unit saham milik Stadlen yang kini dipegang syarikat pengurASan aset di United Kingdom (UK).

Remaja perempuan dua kali ganda berisiko murung - Noraini
Golongan remaja perempuan Malaysia berdepan dengan risiko menghidap masalah kesihatan berkaitan mental termasuk kemurungan, dua kali ganda lebih tinggi berbanding remaja lelaki.

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

KKM lancar kempen 'Perangi Stigma', hapus diskriminasi terhadap pesakit mental
Kementerian Kesihatan melancarkan kempen 'Perangi Stigma'bagi membanteras stigma dan diskriminasi terhadap individu alami kesihatan mental.

Singapura saksikan peningkatan 30 peratus penagih dadah baharu bawah 20 tahun pada 2024 - CNB
Jumlah penagih dadah baharu berusia bawah 20 tahun yang ditahan di Singapura meningkat 30 peratus pada 2024.

3,000 rakyat Malaysia terima manfaat PSSS bergerak tahun lepas - Nancy
Sejumlah 3,000 individu telah menerima manfaat menerusi program Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) bergerak pada tahun lepas.

Tindakan lebih tegas perlu untuk perangi vape, ketagihan dadah dalam kalangan pelajar - Lee
Peningkatan gejala vape dan kes ketagihan dadah dalam kalangan pelajar sekolah telah menimbulkan kebimbangan yang serius, sekali gus menuntut tindakan segera bagi melindungi generasi masa depan.

Satu juta kanak-kanak di Gaza perlu sokongan kesihatan mental untuk tangani tekanan, kebimbangan - PBB
Anggaran menunjukkan lebih 17,000 kanak-kanak kini tanpa keluarga di Gaza.

Rujukan kesihatan mental kanak-kanak di England meningkat
Bilangan kanak-kanak yang dirujuk kepada perkhidmatan kesihatan mental kecemasan di England telah meningkat secara mendadak.

Henti stigma, cakna isu kesihatan mental tanggungjawab bersama
Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023, angka itu merupakan peningkatan dua kali ganda berbanding dapatan 2019.

Perikatan Komuniti Selamat seru tindakan segera tangani isu kesihatan mental di sekolah
Perikatan Komuniti Selamat gesa Kementerian Pendidikan ambil tindakan segera tangani isu kesihatan mental dalam kalangan pelajar sekolah menengah.