BUKIT MERTAJAM: Sejumlah lebih 200 jemaah kebanyakannya warga asing yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) apabila mengadakan solat sunat Aidiladha di luar surau Taman Pelangi, Juru di sini, didakwa bukan penduduk setempat sebaliknya datang dari kawasan berhampiran.
Seorang penduduk Taman Pelangi yang mahu di kenali sebagai Zam, 40-an, berkata beliau sendiri tidak dibenarkan masuk ke surau kerana sampai lambat dan jumlah jemaah telah mencukupi lalu memutuskan untuk balik ke rumah.
Katanya beliau dan penduduk di Taman Pelangi berasa terkilan kerana tindakan warga asing menunaikan solat sunat Aidiladha di kawasan terbuka dan tepi jalan raya di luar surau telah memburukkan nama kawasan tersebut seolah-olah penduduk ingkar SOP yang ditetapkan.
"Kebanyakan warga asing yang pergi ke surau semalam datang dari kawasan berhampiran kerana ramai jiran warga asing yang tinggal di taman ini tidak pergi solat sunat Aidiladha kerana tahu hanya 100 jemaah sahaja dibenarkan mengikut SOP.
"Warga asing yang datang ke surau semalam mungkin salah faham dan ingat sudah boleh solat sunat Aidiladha itu yang datang ramai-ramai," katanya ketika ditemui di sini semalam.
BACA: Ingkar SOP solat Aidiladha: Polis tahan reman 49 lelaki bantu siasatan
BACA: Langgar SOP solat Aidiladha: 49 lelaki sudah ditahan - Polis
Pada Selasa, Polis Pulau Pinang telah menahan 49 lelaki termasuk seorang warga emas tempatan berikutan tular video ratusan individu kebanyakannya warga asing melanggar SOP dengan mengadakan solat sunat Aidiladha di kawasan lapang di situ.
Seorang lagi jemaah surau, Mohd Ali Abdul Rahman, 69, berkata beliau datang awal ke surau pada jam 8 pagi kerana bimbang surau penuh dan tidak dibenarkan masuk.
"Waktu pakcik sampai pagi semalam, memang tak ramai orang...di luar surau pun tak dak orang lagi, pakcik terus masuk (surau) daftar dan ambil suhu, ikut SOP.
"Surau di sini hanya benarkan mereka yang sudah terima suntikan vaksin COVID-19 dan warga tempatan sahaja untuk solat berjemaah, memang tiada warga asing dalam surau semalam.
"Tetapi ketika hampir waktu solat kira-kira pukul 8.30 pagi tiba-tiba ramai warga asing berada di luar surau. Saya dengar pengurusan surau arahkan mereka balik sebab tak boleh masuk dan ada juga warga tempatan tidak dibenarkan masuk kerana surau dah penuh," katanya.
Mohd Ali, yang tinggal di Taman Pelangi itu sejak 20 tahun lepas, berkata sebelum ini surau tersebut memang selalu menjadi tumpuan warga asing terutama ketika solat Jumaat, namun sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tiada warga asing yang datang ke surau kerana perlu patuh SOP.
Tinjauan Bernama mendapati polis masih menjalankan operasi termasuk mengadakan Sekatan Jalan Raya (SJR) dan membuat rondaan di kawasan perumahan Taman Pelangi bagi mengesan warga asing yang telah melanggar SOP pada Selasa.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 21 2021

Anggota polis menahan beberapa warga asing ketika membuat operasi memburu individu yang melanggar SOP menunaikan solat Aidiladha di kawasan lapang berdekatan surau di Taman Pelangi, Juru, 21 Julai, 2021. - Gambar fail/BERNAMA
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

PAC syor bangunkan pelan induk projek Bekalan Air Luar Bandar
PAC mengesyorkan KKDW dan kerajaan negeri supaya membangunkan pelan induk projek BALB bagi memastikan penduduk mendapat bekalan air yang berkualiti dan selamat.

KDN tambah baik SOP permohonan warganegara selaras pindaan Perlembagaan Persekutuan
Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam perancangan untuk menambah baik SOP di bawah Perkara 15(2), pada tahun ini.

Malaysia hantar dua kapal TLDM ke Bali, perkukuh kerjasama maritim bersama 39 negara
Malaysia mengerahkan dua kapal TLDM ke Latihan Tentera Laut Pelbagai Hala Komodo (MNEK) 2025 di Bali untuk memperkukuh hubungan dan kerjasama pertahanan maritim di peringkat antarabangsa.

Jom kita kurang 'mengular' dalam Tahun Ular - Lee Chong Wei
Chong Wei antara yang bersuara agar BWF memperhalusi standard prosedur operasi (SOP) mengenai proses rawatan pemain di atas gelanggang.

Kertas SPM didakwa bocor: KPM ada SOP pengurusan peperiksaan
Pihak KPM komited memastikan SOP berkenaan dipatuhi semua pihak terlibat sepanjang peperiksaan berlangsung.

EAIC terima aduan kecuaian JIM lulus permohonan COM tanpa pengetahuan pengarah syarikat
EAIC mengesahkan menerima aduan terhadap Jabatan Imigresen (JIM) berhubung kelulusan Permohonan Memo Periksa Keluar (COM) tanpa pengetahuan atau kehadiran pengarah syarikat terlibat.

Tiada syarat tambahan pembaharuan lesen memandu bagi warga emas - KP JPJ
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan pengenaan sebarang syarat tambahan kepada golongan warga emas yang ingin memperbaharui Lesen Memandu Malaysia (LMM).

KPM akan guna SOP baharu bagi sekolah berisiko dilanda banjir tahun depan
Kementerian Pendidikan (KPM) akan menggunakan prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi pengurusan sekolah yang berisiko dilanda banjir bermula tahun depan.

Kerugian banjir menurun kepada RM755 juta tahun lepas - Ahmad Zahid
Nilai kerugian akibat banjir di seluruh negara berjaya dikurangkan kepada RM755 juta tahun lepas berbanding RM1.03 bilion pada 2022.

Perkeso diarah rombak semula SOP tuntutan faedah - Steven Sim
Arahan itu susulan isu kartel penipuan tuntutan palsu antaranya melibatkan tiga pengamal perubatan yang dikesan beroperasi di sebuah hospital di Pulau Pinang sejak beberapa tahun lepas.