RIYADH: Jemputan peribadi daripada Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Arab Saudi Mohammed bin Salman kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF) di Riyadh membuktikan keakraban kedua-dua pemimpin.
Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi,. Datuk Wan Zaidi Wan Abdullah berkata, ini adalah perubahan ketara dalam hubungan Malaysia dengan Arab Saudi dan kedua-dua pemimpin.
"Putera Mohammed bin Salman sendiri menghubungi Perdana Menteri dan mengundang beliau untuk hadir ke Mesyuarat Khas WEF," katanya pada taklimat media pada Sabtu menjelang lawatan Anwar ke Arab Saudi.
Beliau berkata, Perdana Menteri dijangka tiba di Riyadh pada 10 malam Sabtu waktu tempatan (3 pagi waktu Malaysia) dengan diiringi Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan serta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Wan Zaidi berkata, ini adalah lawatan keempat Anwar ke Arab Saudi sejak dilantik sebagai Perdana Menteri.
"Kita melihat bahawa kepentingan lawatan Perdana Menteri ke Arab Saudi kali ini dijangka dapat membantu mengukuhkan hubungan sedia ada yang lama terjalin rapat antara kedua-dua negara dan perkukuhkan hubungan peribadi dengan pemimpin Arab Saudi dan pemimpin lain yang turut hadir," katanya.
Beliau berkata, Mohamad juga mendapat jemputan peribadi daripada rakan sejawatnya iaitu Menteri Luar Arab Saudi, Faisal bin Farhan Al Saud untuk hadir ke Mesyuarat Khas WEF.
Mesyuarat itu, yang berlangsung selama dua hari di Pusat Konvensyen Raja Abdul Aziz bermula hari ini, adalah bertemakan 'Kerjasama Global, Pertumbuhan dan Tenaga untuk Pembangunan' dan dijangka dihadiri oleh ketua-ketua negara serta kerajaan selain pemimpin industri.
Wan Zaidi berkata, Perdana Menteri dijadualkan menyertai Sesi Panel bertemakan 'Wawasan Baharu untuk Pembangunan Global' bersama pemimpin negara lain semasa Pembukaan Mesyuarat Khas itu.
Selain itu, Anwar dijadualkan menyertai Dialog Strategi Serantau Bersama mengenai ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) yang diadakan khusus untuk mengetengahkan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025 dan Perdana Menteri akan menyampaikan ucaptama dalam sesi ini.
Wan Zaidi berkata, Perdana Menteri juga akan menghadiri program Dialog Strategi Negara dan beliau dijangka berinteraksi dengan pemimpin industri dunia bagi mengetengahkan peluang ekonomi yang boleh dimanfaatkan di Malaysia.
Beliau berkata, sesi itu diadakan khas bagi membolehkan Malaysia mengetengahkan keutamaan strategik dan inisiatif negara termasuk pertumbuhan ekonomi dan fiskal selain peluang perdagangan serta pelaburan.
"Kita lihat bahawa Mesyuarat Khas WEF ini dapat membantu usaha Malaysia untuk terus mengetengahkan peluang pelaburan yang ada di Malaysia kepada pemimpin perniagaan dunia dan syarikat antarabangsa," katanya.
Wan Zaidi berkata, semasa kerja lawatan itu, Anwar juga akan bertemu dengan ketua-ketua negara dan kerajaan bagi mengukuhkan lagi hubungan serta kerjasama dua hala selain bertukar-tukar pandangan mengenai hal ehwal serantau dan antarabangsa.
Beliau berkata, Mesyuarat Khas WEF penting bagi mendapatkan kerjasama global dalam memastikan pembangunan mampan untuk masa akan datang dan persediaan mendepani keadaan apabila sumber tenaga tradisional tidak lagi menjadi sumber utama.
"Kerjasama ke arah mewujudkan sumber tenaga utama selain hidrokarbon perlu dilakukan sekarang dan mencari jalan terbaik melibatkan kerjasama antarabangsa dan bagi Malaysia, perkara ini merupakan satu peluang kerjasama yang baik," katanya.
Wan Zaid juga berharap dan percaya Perdana Menteri akan turut menggunakan platform itu untuk mengetengahkan kepentingan Malaysia dan menyuarakan pendirian negara dalam memperjuang isu berkaitan geopolitik. - BERNAMA
Bernama
Sat Apr 27 2024

Pesawat khas yang membawa Perdana Menteri Anwar mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid pada kira-kira 10.25 malam Sabtu waktu tempatan atau 2.29 pagi Ahad waktu Malaysia. - Gambar Pejabat Perdana Menteri
Keterlanjuran, salah guna kuasa menyukarkan usaha kerajaan
Perdana Menteri menegaskan bahawa sebarang keterlanjuran salah guna kuasa, rasuah, dan pengkhianatan akan menyukarkan usaha Kerajaan MADANI untuk merealisasikan impian menjadi sebuah negara maju dan berdaya saing di pentas dunia.
Pemandu maut, penumpang cedera lori jatuh gaung di Kuala Krai
Seorang lelaki maut manakala seorang wanita cedera selepas lori yang mereka naiki terbabas ke dalam gaung di kilometer 79 Jalan Kota Bharu-Gua Musang (Bukit Ah Kim), Kuala Krai pada Sabtu.
Ahmad Zahid, Fahmi ucap takziah kepada keluarga Ishsam Shahruddin
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dan beberapa menteri lain hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin yang meninggal dunia pada petang Sabtu.

OIC kecam pencerobohan Netanyahu dan Katz ke khemah pelarian Tulkarm
OIC menyifatkan tindakan itu sebagai lanjutan kepada serangan berterusan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

Jemputan peribadi ke Mesyuarat Khas WEF bukti keakraban Putera Mahkota Mohammed, PM
Ini merupakan lawatan keempat Anwar ke Arab Saudi sejak dilantik sebagai Perdana Menteri.