KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) memandang serius dan tdak akan bertoleransi berhubung isu seorang guru lelaki yang didakwa membuat jenaka mengenai jenayah rogol, baru-baru ini.
Menterinya, Datuk Radzi Mohd Jidin berkata, tiada KPM masih meneliti dan perkara berkenaan masih dalam siasatan pihak polis.
"Kita ambil serius dan sedang melihat secara mendalam dan jika didapati ada kes, tindakan sewajarnya dan tegas akan diambil," katanya dalam sidang media khas, di sini hari ini.
Jumaat lalu, seorang pelajar perempuan sebuah sekolah di Kuala Selangor mendakwa, seorang guru lelaki membuat jenaka mengenai rogol ketika dalam kelas.
Menurut pelajar berkenaan, guru terbabit bercakap mengenai jenayah rogol ketika membincangkan tentang gangguan seksual semasa kelas Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di sekolahnya.
Pelajar berkenaan mendedahkan perkara itu menerusi satu klip video di platform media sosial TikTok, yang kemudiannya diciap di Twitter dan menjadi tular.
Hasimi Muhamad
Wed Apr 28 2021

Menurut Radzi, Kementerian Pendidikan sedang meneliti dan perkara itu masih dalam siasatan polis. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Kes rogol, bunuh, curi kereta di Kelantan meningkat
Indeks jenayah rogol, bunuh dan curi kereta di Kelantan meningkat dalam tempoh Januari hingga Oktober tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu.

Jenaka rogol? Tiada toleransi! - Radzi Jidin
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) memandang serius dan tdak akan bertoleransi berhubung isu seorang guru lelaki yang didakwa membuat jenaka mengenai jenayah rogol, baru-baru ini.

Senator cadang wujudkan akta gangguan seksual untuk lelaki
Dewan Negara pada Rabu mendengar cadangan agar undang-undang gangguan seksual untuk melindungi lelaki daripada tergoda dan terjebak dengan jenayah seperti rogol diperkenalkan.