KUCHING: Bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng yang menghembuskan nafas terakhir pada usia 100 tahun semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Semariang di sini kira-kira pukul 2.30 petang.
Terdahulu, jenazah Allahyarham Tun Salahuddin dibawa ke Masjid Jamek Negeri kira-kira pukul 11.30 pagi untuk penghormatan terakhir, dan urusan solat jenazah dipimpin oleh Imam Besar Sarawak, Datuk Mustapha Kamal Abdul Rahman selepas solat fardu Zohor.
Antara barisan tertinggi kepimpinan negeri yang hadir untuk memberi penghormatan terakhir ialah Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta barisan menteri Kabinet negeri selain Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof .
Abang Muhammad Salahuddin yang lahir pada 27 Ogos 1921, menjadi Yang Dipertua Negeri Sarawak dari 1977 hingga 1981, dan dilantik semula memegang jawatan itu pada 2001 hingga 2014.
Allahyarham merupakan individu pertama yang berkhidmat sebagai Yang Dipertua Negeri sebanyak dua kali.
Abang Johari menyifatkan Allahyarham sebagai seorang pejuang dan watak penting ketika Sarawak memutuskan untuk bergabung dengan Tanah Melayu dalam membentuk Malaysia dan merupakan antara pemimpin terpilih untuk ditemu duga oleh Suruhanjaya Cobbold yang membawa ke era kemerdekaan.
"Tun Salahuddin juga telah dilantik menjadi Yang Dipertua Negeri sebanyak dua kali. Ini melambangkan ketokohan Allahyarham sebagai seorang pemimpin yang berjaya menyatukan rakyat berbilang kaum dan bangsa di Sarawak.
"Atas nasihat dan kepimpinan Allahyarham, kita dapat menikmati apa yang kita lihat pada hari ini dan hari ini Sarawak telah kehilangan insan yang besar jasanya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Masjid Jamek Negeri di sini hari ini. - BERNAMA
Bernama
Sat Jan 29 2022
Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng yang menghembuskan nafas terakhir pada usia 100 tahun semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Semariang kira-kira pukul 2.30 petang. - Gambar BERNAMA
Trump mahu hidupkan semula TikTok, minta 50 peratus pemilikan AS
Trump menyatakan beliau akan mengeluarkan perintah eksekutif apabila memegang jawatan presiden pada Isnin untuk membenarkan TikTok kembali beroperasi.
PM Anwar hadir ramah mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Majlis Minum Petang dan Ramah Mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium.
10 Berita Pilihan - (19 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Isnin – 20 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Trak beratur panjang sedia salur bantuan di Gaza
Dalam pada itu, trak-trak bantuan mula memasuki Gaza melalui pintu masuk lintasan sempadan Rafah pada Ahad. Ia sebahagian dari usaha kemanusiaan untuk memperbanyak bantuan seperti yang dipersetujui di bawah perjanjian genjatan senjata antara Hamas dan Israel.
Hati remuk lihat kampung halaman musnah sepenuhnya
Penduduk Palestin yang berpindah ke serata kawasan mula kembali ke tempat asal mereka. Perjalanan kembali mereka mencabar, menelurusi sisa-sisa runtuhan, membawa hati yang berat melihat tempat mereka membesar kini telah runtuh menyembah bumi.
Israel sedia serahkan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan
Israel bersedia menyerahkan senarai dengan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan pada Ahad sebagai pertukaran kepada tiga tebusan wanita warga Israel yang ditahan.
Penduduk Gaza meraikan gencata senjata
Penduduk Gaza dan beberapa pejuang Hamas berkumpul di hadapan Hospital al-Aqsa di Dier Al Balah serta Khan Younis pada Ahad meraikan gencatan senjata yang berkuat kuasa pada 11.15 pagi waktu tempatan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 19 Januari 2025.
Malaysia kukuhkan hubungan serantau di Permukiman AMM Langkawi
Kementerian Luar memaklumkan kedua-dua menteri menegaskan kepentingan kerjasama erat dalam mencapai Visi Komuniti ASEAN 2045.
Jenazah bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak selamat dikebumikan
Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Semariang pukul 2.30 petang.
Jenazah Tun Salahuddin dibawa ke Masjid Jamek Kuching untuk penghormatan terakhir
Upacara penghormatan terakhir ke atas Allahyarham diadakan dengan penuh adat istiadat sementara solat jenazah akan diadakan selepas solat Zohor.
PM Ismail Sabri ucap takziah kepada keluarga bekas TYT Sarawak
Perdana Menteri menyifatkan Tun Salahuddin sebagai seorang tokoh yang banyak berjasa untuk rakyat Sarawak dan pembangunan negeri itu.
Mantan TYT Sarawak Tun Salahuddin meninggal dunia
Mantan Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Pakar Normah pada Jumaat.
Isteri bekas TYT Sarawak meninggal dunia
Toh Puan Norkiah menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 12.02 tengah hari kerana komplikasi, selepas mengalami strok dan pendarahan di bahagian otak pada 3 April lalu.