KUALA LUMPUR: Jenazah pelakon Benjy Ibrahim akan dikebumikan esok di Tanah Perkuburan Tanjung Gusta, Medan, Indonesia sebelum Zohor.
Dalam satu kenyataan, Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) memaklumkan, ketika ini jenazah sudah selepas selesai menjalani prosedur pemeriksaan dan dibawa ke Rumah Sakit Bhyangkara Brimob, di mana pengurusan jenazah akan dilakukan.
"Jenazah arwah Benjy akan diuruskan oleh pihak Konsulat General Malaysia dan pihak Penjara Tanjung Gusta dan segala kos akan ditanggung oleh pihak waris.
"Seniman akan cuba bantu mana-mana bahagian selagi kami mampu untuk memudahkan urusan arwah Benjy di Medan," kata Setiausaha Agungnya, Mohd Hafiz Mohd Nafiah.
BACA: "Tukar lampin, suap makan kami, Benjy tidak lalui kehidupan normal" - Adik
Terdahulu, Astro AWANI melaporkan keluarga Benjy bersetuju untuk mengebumikannya di Medan, sebagai menghormati wasiat Allahyarham.
Seniman sebelum ini pernah dua kali melawat Benjy yang dihukum penjara 11 tahun 8 bulan di Medan, atas kesalahan memiliki 4.5 gram dadah jenis Methamphetamine.
Benjy, 43, meninggal dunia jam 11 pagi tadi akibat penyakit asma.
BACA: Benjy meninggal dunia di Medan
Astro Awani
Sun Jul 11 2021

Jenazah Allahyarham Benjy sudah selepas selesai menjalani prosedur pemeriksaan serta dibawa ke Rumah Sakit Bhyangkara Brimob, Medan, Indonesia dan akan dikebumikan esok.

Aset pelaburan KWSP cecah RM1.25 trilion, 63 peratus dilaburkan dalam pasaran domestik
Aset pelaburan KWSP mencapai RM1.25 trilion setakat 31 Dis, 2024, dengan 63 peratus daripadanya dilaburkan dalam pasaran domestik.
AWANI Ringkas: Jumlah dividen KWSP lebih tinggi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Dividen yang kukuh bukti daya tahan KWSP - Amir Hamzah
Pencapaian dividen yang kukuh dan berdaya saing oleh KWSP pada 2024 membuktikan daya tahan serta komitmennya dalam memastikan masa depan persaraan ahli terjamin.

Murid cedera dilanggar SUV ketika melintas jalan
Seorang murid cedera selepas dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) ketika sedang melintas berhampiran kawasan sekolah di Subang Bestari.

Ahmad Khairuddin dilantik Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Industri Khas) LHDN
Ahmad Khairuddin Abdullah dilantik sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Industri Khas) LHDN yang baharu.

Mawar merah 'terakhir' buat Akiko Okimura
Jenazah isteri usahawan dan pempengaruh, Ridzuan Ridzokumura iaitu Allahyarham Akiko Okimura selamat dikebumikan kira-kira jam 9 pagi Sabtu.

PM Anwar laksana program Ihya' Ramadan, santuni penjawat awam, rakyat
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melaksanakan Program Ihya' Ramadan di pelbagai kementerian sepanjang bulan Ramadan ini.

Skim Jaminan SJPP, SJKP beri akses pembiayaan inklusif kepada sektor gig - Amir Hamzah
SJPP dan SJKP elah memudahkan jumlah pembiayaan PKS sebanyak RM102 bilion, memberi manfaat kepada 75,000 pemilik perniagaan kecil.
Amirudin tidak bertanding Timbalan Presiden PKR
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, mengesahkan akan mempertahankan jawatan Naib Presiden PKR pada pemilihan parti Mei depan dan tidak akan bertanding jawatan Timbalan Presiden yang kini disandang Datuk Seri Rafizi Ramli.
Keputusan ini sekali gus menamatkan spekulasi mengenai kemungkinan beliau mencabar kedudukan tersebut.
Keputusan ini sekali gus menamatkan spekulasi mengenai kemungkinan beliau mencabar kedudukan tersebut.

SPRM tahan reman wartawan disyaki minta dan terima rasuah kira-kira RM20,000
SPRM menahan reman seorang wartawan sebuah portal berita kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM20,000 sebagai balasan untuk menurunkan artikel.

Jenazah Benjy dikebumi di Medan sebelum Zohor esok
Jenazah sudah selepas selesai menjalani prosedur pemeriksaan dan dibawa ke Rumah Sakit Bhyangkara Brimob, di mana pengurusan jenazah akan dilakukan.

Enggan susahkan sesiapa, keluarga penuhi wasiat Benjy minta kebumi di Medan
Inessa Irdayanty berkata, abangnya tidak mahu ahli keluarga atau mana-mana individu berdepan kesulitan untuk membawa jenazahnya pulang ke tanah air.

Keluarga izinkan jenazah Benjy dikebumi di Medan
Benjy yang berusia 43 tahun tenat dilaporkan tenat dan sukar bernafas akibat diserang penyakit Asma sebelum menghembuskan nafas terakhir.