Jenazah Allahyarhamah Puan Sri Azizah Hamdi, isteri Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, disembahyangkan di Surau Khalid Al-Walid, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, kira-kira 10 malam ini.
Terdahulu, jenazah Allahyarhamah Azizah yang tiba dari Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM), Petaling Jaya, kira-kira 8.30 malam dimandi dan dikafankan di surau berkenaan.
Antara orang kenamaan yang hadir memberi penghormatan terakhir adalah Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff, Ketua Penolong Pengarah Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dan Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor.
Dalam ucapan ringkas selepas solat jenazah, Mohamad Fuzi berkata beliau redha walaupun berasa berat hati dengan pemergian Azizah yang melalui proses rawatan panjang sejak disahkan menghidap kanser pada 2002.
"Terima kasih kepada semua atas ucapan takziah dan yang telah mendoakan isteri saya. Kalau ada salah silap arwah, mohon dimaafkan...mohon halalkan makan dan minumnya.
"Arwah juga minta dikebumikan di Ipoh, Perak bersebelahan kubur arwah anak lelaki tunggal kami yang meninggal dunia pada 2007," katanya.
Jenazah Allahyarhamah Azizah kemudian dibawa ke kampung halamannya di Rapat Jaya, Ipoh, untuk dikebumikan kira-kira 9 pagi esok.
Azizah, 58, meninggal dunia di PPUM pada 7.02 petang tadi, selepas 15 tahun bertarung dengan penyakit kanser.
Beliau yang mengambil alih jawatan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia pada 4 Sept lalu, meninggalkan tiga anak. -- Bernama
Bernama
Fri Dec 15 2017

Mohamad Fuzi berkata beliau redha walaupun berasa berat hati dengan pemergian Azizah yang melalui proses rawatan panjang sejak disahkan menghidap kanser pada 2002.

Cukai perkhidmatan bagi perkhidmatan kesihatan bersekutu hanya dikenakan jika disediakan di luar premis yang diluluskan
Cukai perkhidmatan hanya dikenakan sekiranya perkhidmatan kesihatan bersekutu disediakan di luar premis yang telah diluluskan pengecualian cukai, menurut Kementerian Kewangan (MOF).

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 4 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Mesir kemukakan pelan pembinaan semula Gaza, seru pembentukan pentadbiran peralihan
Pembinaan semula Gaza perlukan pembentukan pentadbiran dan keselamatan peralihan bagi memastikan prospek penyelesaian dua negara dipertahankan.

Nor Farah kini pemain boling padang nombor satu dunia
Berdasarkan kemas kini ranking dunia wanita di World Bowls Series, Nor Farah kini menduduki kedudukan teratas dengan mengumpul 723 mata.
Tumpuan Rabu – 5 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Singapura sahkan terdapat 187 kes keracunan makanan dalam program latihan nasional
Insiden keracunan makanan itu pertama kali dilaporkan di Sekolah Seni Singapura, apabila 20 pelajar mengalami simptom gastroenteritis.

Sekolah antarabangsa tawar pendidikan percuma kepada 66 anak Palestin
Sebuah sekolah antarabangsa persendirian bersetuju menyediakan pendidikan secara percuma kepada 66 kanak-kanak dan remaja Palestin yang berada di Malaysia.

Ukraine mampu bertahan enam bulan tanpa sokongan AS
Ukraine masih bergantung kepada AS bagi beberapa jenis senjata tertentu, termasuk sistem pertahanan udara dan sistem pelancar roket pelbagai jarak jauh.

Malaysia gesa pelaksanaan segera perjanjian gencatan senjata
Malaysia menggesa pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata di Gaza, termasuk pertukaran tawanan dan tahanan seperti yang dipersetujui oleh semua pihak.

KPN rakam ucapan penghargaan, terima kasih
Tan Sri Mohamad Fuzi Harun merakamkan ucapan penghargaan kepada seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam melancarkan proses pengebumian isterinya, Allahyarhamah Puan Sri Azizah Hamdi.

Jenazah isteri Ketua Polis Negara disemadi bersebelahan kubur anak lelaki
Jenazah isteri kepada Ketua Polis Negara, Allahyarham Puan Sri Azizah Hamdi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam sekitar 10.20 pagi di Kampung Rapat Jaya,pagi ini.

PM Najib ucap takziah kepada Ketua Polis Negara
Datuk Seri Najib Tun Razak menzahirkan ucapan takziah kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun atas kematian isterinya.

Jenazah isteri KPN disembahyang di surau IPK Selangor
Jenazah Allahyarhamah Puan Sri Azizah Hamdi kemudian dibawa ke kampung halamannya di Rapat Jaya, Ipoh, untuk dikebumikan pagi esok.

TPM ucap takziah atas pemergian isteri KPN
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan takziah kepada keluarga Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun atas pemergian isterinya.

Isteri KPN meninggal dunia
Isteri Ketua Polis Negara, Puan Sri Azizah Hamdi disahkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di Petaling Jaya, Selangor sekitar jam 7.02 malam tadi.