KULIM: Jenazah tiga beranak yang lemas selepas kenderaan dinaiki mereka terjunam ke dalam sungai di Jambatan Syed Omar, Jalan Sungai Petani-Baling, petang Sabtu dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Zaiton, Kampung Lengkuas, Alor Setar pada petang Ahad.
Adik mangsa, Mohamad Asyraf Ibrahim, 34, berkata, ketika ini mayat kakaknya, Masyitoh Ibrahim, 37, bersama dua anaknya, Muhammad Ziyad Zikri Sharudin, 7, dan Muhammad Ziyad Haziq, 5, masih berada di Hospital Kulim untuk proses bedah siasat.
Katanya, mereka sedang menanti proses bedah siasat selesai termasuk keputusan COVID-19 untuk membawa pulang ketiga-tiga jenazah ke kampung di Alor Setar.
"Insya-ALLAH mungkin semua urusan di hospital akan selesai petang ini dan kita akan membawa pulang ketiga-tiga jenazah untuk dikebumikan di Alor Setar," katanya ketika dihubungi di sini.
Mohamad Asyraf berkata, kakaknya Masyitoh merupakan anak ketujuh daripada sembilan beradik dan mempunyai hubungan yang rapat dengan ahli keluarga.
"Kami sembilan beradik memang sangat rapat, kakak pula seorang yang mengambil berat perihal adik-beradik yang lain.
"Saya agak terkejut terima berita sedih ini daripada salah seorang abang dan terus bergegas ke lokasi kejadian dari Ipoh," katanya.
Menurutnya, dia tiba di lokasi kejadian pada jam 11.30 malam dan turut menanti sehingga operasi menyelamat selesai kira-kira jam 3.30 pagi.
"Semasa saya tengok kereta kakak ditarik keluar daripada sungai, saya cuma berharap kesemua mereka ada bersama dalam kereta dan tidak ada yang hanyut," katanya yang kali terakhir bertemu dengan Allahyarham pada sambutan Aidilfitri lalu.
Katanya, ketika kejadian dua anak saudaranya itu mengikut ibu mereka bergotong-royong di Sekolah Kebangsaan Kampung Selarong, manakala abang sulung mereka, Muhammad Ziyad Hadif, 10, pula tidak ikut bersama.
"Kakak sebelum ini tinggal di Pekan Kuala Ketil dan baru sahaja berpindah ke Amanjaya di Sungai Petani. Walau apapun kami reda dengan kejadian ini dan berharap semua urusan berjalan lancar," katanya.
Dalam kejadian pada jam 6.42 petang Sabtu, mangsa yang memandu kereta jenis Proton Persona dikatakan terbabas ketika melalui Jambatan Datuk Syed Omar yang merupakan sempadan daerah Kuala Muda dan Baling.
Kenderaan mangsa berjaya ditarik naik pada jam 3.30 pagi dan ketiga-tiga mangsa ditemukan dalam keadaan seakan-akan berpelukan di bahagian belakang kereta.
*Artikel asal disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jun 26 2022

Masyitoh bersama dua anaknya ditemukan lemas selepas kereta dinaiki terjunam ke dalam sungai di Jambatan Datuk Syed Omar. - Sinar Harian

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.

Jenazah tiga beranak lemas berpelukan selamat dikebumi dalam satu liang
Jenazah tiga beranak yang lemas di Sungai Muda berhampiran Jambatan Syed Omar, Jalan Sungai Petani-Baling selamat dikebumikan petang tadi.

Jenazah tiga beranak lemas berpelukan akan dikebumi di Alor Setar
Ahli keluarga sedang menanti proses bedah siasat selesai termasuk keputusan COVID-19 untuk membawa pulang ketiga-tiga jenazah ke kampung di Alor Setar.