JERLUN: Jenazah ulama terkenal Kedah, Allahyarham Tuan Guru Abdul Hamid Ismail atau ‘Pak Su Mid Kuala Pai’, 96 selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid An-Najjah Ayer Hitam pada jam 12 tengah hari tadi.
Terdahulu, jenazah tiba di masjid itu pada jam 11 pagi dan disolatkan.
Lebih 3,000 orang terdiri daripada ulama, pelajar tahfiz dan kenamaan hadir memenuhi kawasan tanah perkuburan tersebut untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham.
Antara pemimpin yang kelihatan hadir memberikan penghormatan adalah pemimpin tempatan termasuk Tun Mahathir Mohamad, penyandang Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hitam, Azhar Ibrahim.
Allahyarham meninggal dunia pada jam 6.30 petang pada Jumaat di Putra Medical Centre (PMC), Alor Setar akibat sakit tua.
Allahyarham Paksu Mid yang dilahirkan pada 1926 dan terkenal dengan kata-kata hikmahnya yang sering menjadi rujukan pelbagai pihak termasuk pemimpin dan masyarakat di negara ini.
BACA: Jangan tinggal al-Quran, pesanan terakhir Allahyarham Pak Su Mid
Antara kata-kata hikmah yang ditinggalkan oleh tokoh ulama ini adalah sering mengingatkan orang ramai termasuk keluarganya agar tidak meninggalkan al-Quran sebagai pegangan hidup.
Allahyarham Pak Su Mid meninggalkan seorang balu, Inche Ollah Arshat, tiga anak dan 10 orang cucu.
Antara amalan Allahyarham adalah tidak pernah meninggalkan puasa sunat sejak 30 tahun lalu dan sering berwudhu.
Kitab yang menjadi rujukan Pak Su Mid adalah Hilyatul Auliyak, Futuhat Makkiyah Ibn Arabi dan Khozinatul Asror.
Adie Sufian Zulkefli
Sat Nov 12 2022
Lebih 3,000 orang memenuhi kawasan perkuburan di Tanah Perkuburan Islam Masjid An-Najjah Ayer Hitam untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham. - Foto Astro AWANI
Banjir Sarawak: Jumlah mangsa di PPS Saratok kekal 90
Keadaan banjir yang memasuki hari keempat di daerah Saratoktidak menampakkan perubahan dengan 90 penduduk terjejas masih berlindung di PPS.
AWANI Pagi: Industri Rel Negara: UMPSA lahir graduan perintis
Ikuti diskusi bersama Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Profesor Datuk Dr. Ahmad Ziad Sulaiman dan Zaidah Nor Arsyu Ramli, pelajar Ijazah Dual UMPSA -BJTU, berkongsi mengenai kejayaan memperkasa ekosistem pendidikan yang dilakar UMPSA di mana ia melahirkan graduan perintis untuk ditempatkan di dalam industri rel negara.
ASEAN's Economic Strategy in a Trump 2.0 Era
As the world anticipates a potential return of Donald Trump to the White House, ASEAN faces critical economic challenges and opportunities. This discussion explores how ASEAN can uphold its centrality and neutrality while navigating global trade shifts, geopolitical tensions, and economic diplomacy to maintain growth and stability.
Penggunaan AI dalam penjagaan kesihatan tingkat kecekapan, kurangkan pembaziran - PM Anwar
Beliau berkata, sejak menerajui kerajaan, dua keutamaan beliau ialah pendidikan dan penjagaan kesihatan.
WEF 2025: Anwar bertemu enam MNC di Davos
Anwar meluangkan masa selama setengah jam dalam setiap pertemuan dengan pemimpin perniagaan, bermula dengan Ketua Pegawai Strategi AstraZeneca Marc Dunoyer, diikuti pertemuan bersama Pengerusi Eksekutif dan Pengasas Fortescue, Minderoo Foundation dan Tattarang Dr Andrew Forrest AO.
Mercedes-Benz dan MAG sediakan kenderaan mewah antara terminal di KLIA
Mercedes-Benz Malaysia dan Malaysia Aviation Group, telah memperkenalkan perkhidmatan pemindahan terminal peribadi yang eksklusif, bagi meningkatkan pengalaman perjalanan mewah bagi pelanggan elit.
#AWANIRingkas 22 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 22 Januari 2025
1️⃣ Teroka potensi tenaga solar
2️⃣ Pengguna perlu ubah sikap
3️⃣ Angka korban meningkat ke 76 orang
#awaniringkas
1️⃣ Teroka potensi tenaga solar
2️⃣ Pengguna perlu ubah sikap
3️⃣ Angka korban meningkat ke 76 orang
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Teroka potensi tenaga solar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Persiapkan graduan dengan format realiti dunia - Pengerusi Eksekutif QI Group
Vijay berkata, format silibus pendidikan di universiti tidak boleh bergantung kepada format dan pendekatan yang ketinggalan zaman.
Hamas beri 'cenderahati' kepada tawanan dibebaskan
Ketika menerima 'kejutan' itu, mereka turut tersenyum dan sempat mengambil gambar terakhir sebelum pulang.
Jenazah ulama Pak Su Mid selamat dikebumikan
Jenazah ulama terkenal Kedah, Allahyarham Tuan Guru Abdul Hamid Ismail atau Pak Su Mid Kuala Pai selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid An-Najjah di sini pada jam 12 tengah hari Sabtu.