Skip to main content

Malaysia

Jerebu: Johan Setia masih catat IPU tidak sihat, 58 kawasan sederhana

SERIAN, 11 Ogos -- Pemandangan berjerebu dirakam di bandar Serian yang terletak kira-kira 60 kilometer dari bandaraya Kuching, hari ini.  Kualiti udara di Serian yang berdekatan dengan sempadan Malaysia-Indonesia semakin meningkat dengan indeks pencemaran udara (IPU) kian menghampiri tahap tidak sihat iaitu 190.  -- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
JAS memaklumkan bacaan IPU di Johan Setia berada pada paras 137, manakala lapan kawasan merekodkan kualiti udara baik dan 58 kawasan lagi berada pada tahap sederhana. - Gambar hiasan
Advertisement

KUALA LUMPUR: Kualiti udara di kebanyakan kawasan di negara ini kekal baik hingga sederhana, dengan Johan Setia di Selangor menjadi satu-satunya kawasan mencatat bacaan tidak sihat setakat 1 tengah hari tadi.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) memaklumkan bacaan IPU di Johan Setia berada pada paras 137, manakala lapan kawasan merekodkan kualiti udara baik dan 58 kawasan lagi berada pada tahap sederhana.

Susulan peningkatan bacaan berkenaan, JAS segera memperhebat pemantauan di Johan Setia termasuk rondaan di darat dan udara bagi mengenal pasti kemungkinan wujudnya sumber pencemaran lain.

Menurut JAS, pemantauan menggunakan dron dilaksanakan dalam lingkungan 500 meter dari kawasan rondaan bagi mendapatkan gambaran keadaan sekitar.

"Hasil pemeriksaan dari udara tidak menemukan sebarang aktiviti pembakaran terbuka di kawasan berkenaan,” kata JAS dalam satu kenyataan.

Pemeriksaan pasukan penguat kuasa JAS di darat turut tidak menemui sebarang kegiatan pembakaran terbuka ketika operasi pemantauan dilaksanakan.

Sebagai langkah pencegahan, JAS memasang kain rentang larangan pembakaran terbuka di kawasan berkenaan bagi mengingatkan orang awam supaya tidak melakukan aktiviti yang boleh memburukkan keadaan kualiti udara.

Sementara itu, perkembangan jerebu serantau turut dipantau menerusi laporan ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC) yang berpangkalan di Singapura.

Laporan pada Ahad  merekodkan 323 titik panas di Kalimantan dan 61 di Sumatera berdasarkan imej satelit National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA) 20.

Satu titik panas turut dikesan di Malaysia, iaitu di Pahang.

Peta Jerebu Serantau ASMC pada hari ini juga menunjukkan cuaca kering berlaku di sebahagian besar rantau ASEAN selatan, dengan titik panas bertaburan terutama di Kalimantan.

Keadaan itu turut menghasilkan kepulan asap sederhana hingga padat di beberapa kawasan Kalimantan, manakala asap ringan hingga sederhana dikesan dari titik panas di bahagian tengah Sumatera.

Beberapa stesen pemantauan di Sumatera dan Kalimantan merekodkan kualiti udara pada tahap tidak sihat hingga berbahaya, namun keadaan keseluruhan rantau masih sukar dikenal pasti sepenuhnya berikutan litupan awan.

Must Watch Video

Advertisement