Skip to main content

Malaysia

Jerebu: Serian catat IPU sangat tidak sihat

Serian mencatatkan bacaan IPU pada tahap sangat tidak sihat iaitu 258 setakat 9 pagi ini. - Gambar fail/BERNAMA
Serian mencatatkan bacaan IPU pada tahap sangat tidak sihat iaitu 258 setakat 9 pagi ini. - Gambar fail/BERNAMA

Advertisement

KUALA LUMPUR: Serian mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap sangat tidak sihat iaitu 258, manakala lapan  kawasan lain di Sarawak merekodkan bacaan pada tahap tidak sihat setakat 9 pagi ini. 

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), lapan kawasan berkenaan ialah Sri Aman (197), Samarahan (195), Kuching (191), Bintulu (152), Sarikei (151), Samalaju (148), Mukah (118) dan Sibu (108).

Secara keseluruhan, sebanyak 44 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana, manakala 14 kawasan lagi mencatatkan bacaan pada tahap baik.

Bacaan IPU antara sifar sehingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 301 dan ke atas (berbahaya).

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement