KUALA LUMPUR : Kementerian Pendidikan (KPM) telah meminta kerajaan tempatan menyediakan laluan alternatif yang lebih selamat untuk murid, ibu bapa dan guru ke sekolah susulan insiden jeti runtuh di Pulau Pababag, Sabah sehingga mengakibatkan lebih 20 murid terjatuh ke dalam laut.
KPM dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, pihaknya juga akan mengadakan sesi libat urus bersama semua pihak berkaitan bagi menyiasat kejadian berkenaan.
Katanya, ia termasuk untuk membincangkan cadangan penambahbaikan infrastruktur di jeti sedia ada di pulau berkenaan bagi memastikan kejadian seperti itu tidak berulang.
"KPM memandang serius insiden tersebut dan akan memastikan aspek keselamatan ditingkatkan dengan mewajibkan pemakaian jaket keselamatan dan keadaan struktur jeti yang selamat digunakan," katanya.
Terdahulu tular rakaman video yang memaparkan beberapa guru turun menyelamatkan lebih 20 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Pababag, Semporna daripada lemas apabila jeti di Kampung Pulau Pababag, runtuh pagi Isnin.
Rakaman itu turut memaparkan murid lengkap berseragam sekolah terjatuh ke dalam laut.
Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Semporna mendapati insiden tersebut berlaku semasa murid sedang berada jeti di kampung itu untuk ke sekolah.
Kata KPM, insiden itu melibatkan kira-kira 25 orang murid dan dua guru Sekolah Kebangsaan Pulau Pababag pada pukul 6.45 pagi.
Akibat daripada runtuhan itu, dua murid cedera ringan, manakala mangsa lain dilaporkan selamat.
Nickyson Nyambar
Mon Jan 30 2023

Insiden itu melibatkan kira-kira 25 orang murid dan dua guru Sekolah Kebangsaan Pulau Pababag pada pukul 6.45 pagi Isnin. - Gambar/ Media sosial

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Sijil Alternatif Sekolah Menengah dikeluarkan 26 Feb ini
Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah (PASM) tahun 2024 bagi MBPK telah selesai dilaksanakan pada 7 Jan lepas.

Peperiksaan SPM 2024 berjalan lancar - KPM
Kementerian turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon peperiksaan SPM 2024.

KPM tidak pernah benar syarikat, sindiket tawaran pinjaman masuk ke sekolah - Fadhlina
KPM tidak pernah membenarkan mana-mana syarikat swasta atau sindiket tawaran pinjaman oleh syarikat perunding kewangan masuk ke sekolah-sekolah.

Kadar keciciran pelajar sekolah rendah dan menengah menurun - KPM
2,873 pelajar merangkumi 883 murid sekolah rendah dan 1,990 murid sekolah menengah telah dikembalikan ke sekolah pada tahun lepas.

Peperiksaan STAM 2024 bermula 3 Feb - KPM
STAM akan dijalankan di 132 pusat peperiksaan di seluruh negara, dengan 926 petugas peperiksaan telah dilantik.

KPM pertimbang perluas inisiatif Baucar Buku MADANI kepada guru
Kementerian Pendidikan (KPM) mempertimbangkan untuk memperluas inisiatif Baucar Buku MADANI kepada guru pada masa akan datang.

KPM beri jaminan tiada pemotongan Bantuan Awal Persekolahan
Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan tidak akan berlaku sebarang pemotongan Bantuan Awal Persekolahan (BAP).

Pengetua, pihak sekolah diingatkan tidak sembunyi sebarang kejadian buli - Fadhlina
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengingatkan pengurusan sekolah khususnya pengetua, guru besar dan guru pentadbir, agar tidak menyembunyikan kejadian buli dalam kalangan pelajar.

GISB: KPM selaras semula keperluan pendidikan anak-anak
KPM sedang menyelaraskan semula keperluan pendidikan anak-anak yang dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISB).

KPM tetap teruskan peperiksaan SPM, sedia hadapi gelombang kedua banjir
KPM telah bersedia sepenuhnya untuk meneruskan peperiksaan SPM sekiranya berlaku gelombang kedua banjir, dengan persediaan itu dilakukan sejak Oktober lepas.