KUALA LUMPUR: Jiankun International Bhd (JKI) memeterai perjanjian usaha sama (JVA) 70:30 dengan Menara Rezeki Sdn Bhd (MRSB) untuk membangunkan semula Flat PKNS Jalan Tun Razak di Kampung Bharu di sini.
Dalam kenyataan pada Khamis, JKI berkata kedua-dua pihak akan menggunakan sebuah syarikat dikenali sebagai Menara Rezeki Properties Sdn Bhd (MRPSB) sebagai syarikat JV untuk projek tersebut.
"Perjanjian itu menjana semula projek pembangunan semula yang telah ditamatkan sebelum ini, mencerminkan prospek pasaran hartanah yang bertambah baik berikutan pembukaan semula ekonomi," menurut JKI.
Merujuk makluman JKI kepada Bursa Malaysia pada Khamis, pemaju hartanah itu berkata pihaknya dan MRSB telah menandatangani perjanjian penjualan saham secara serentak untuk pembelian 70 peratus kepentingan dalam MRPSB dengan nilai RM700,000.
"Matlamat dan perniagaan syarikat JV adalah untuk melaksanakan semua aspek pembangunan projek itu," katanya.
Menurut JKI, di bawah cadangan pelan pembangunan semula, akan terdapat menara pangsapuri 52 tingkat dibina untuk pemilik sedia ada Flat PKNS Jalan Tun Razak. Menara 1, 2 dan 3 merupakan pembangunan bercampur dengan unit kediaman dan runcit.
"Projek ini termasuk menempatkan semula penduduk sedia ada ke unit pangsapuri baharu yang akan dibina oleh MRPSB dan pampasan komprehensif akan ditawarkan kepada semua penduduk sedia ada," katanya.
Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif JKI Edwin Silvester Das berkata lokasi strategik tapak seluas 1.49 hektar di Jalan Tun Razak, Kampung Bharu akan menjadi lokasi utama untuk pembangunan semula.
"Kesalinghubungannya yang amat baik, infrastruktur sedia ada, pengangkutan awam dan berdekatan dengan daerah pusat perniagaan Kuala Lumpur akan menarik pelaburan dan meningkatkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang akan memberi manfaat kepada masyarakat setempat," katanya.
Beliau berkata projek pembangunan semula itu merupakan pencapaian baharu berikutan ia akan menjadi projek pembangunan hartanah terbesar kumpulan yang dijalankan.
"Kami menantikan pembangunan semula projek ini berikutan ia akan membantu memberi nafas baharu kepada kawasan Kampung Bharu.
"Ini berikutan pembangunan semula itu akan menggalakkan pelaburan, menambah baik infrastruktur tempatan dan memberikan kesan berganda tambahan yang memberi manfaat kepada masyarakat setempat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 17 2022

Akan terdapat menara pangsapuri 52 tingkat dibina untuk pemilik sedia ada Flat PKNS Jalan Tun Razak. - Foto fail/BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Aktiviti beli saham murah dorong Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.55 mata kepada 1.581.22 daripada 1,577.67 ketika ditutup pada Khamis.

Bursa Malaysia ditutup rendah ketika sentimen serantau berhati-hati
Bursa Malaysia ditutup rendah untuk hari kedua berturut-turut pada Khamis, dipengaruhi oleh penyusutan beberapa saham wajaran tinggi.

Untung bersih tahun kewangan 2024 Maxis naik 40.6 peratus kepada RM1.4 bilion
Maxis Bhd mencatat peningkatan keuntungan bersih 40.6 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 kepada RM1.4 bilion berbanding RM993 juta pada tahun sebelumnya.

MAHB nyahsenarai dari Bursa Malaysia, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif letak jawatan
Semua Pengarah Bebas Bukan Eksekutif (INED) MAHB telah mengemukan peletakan jawatan mereka.

Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan aktiviti pengambilan untung berterusan
Pada pukul 9.05 pagi, FBM KLCI turun 5.42 mata atau 0.34 peratus kepada 1,577.34 daripada 1,582.76 ketika ditutup semalam.

Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan jualan oleh dana asing
Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin berikutan penjualan oleh dana asing yang berterusan, meskipun kebanyakan pasaran serantau merekodkan prestasi lebih baik.

Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit tetapi rendah kemudiannya
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 2.62 mata kepada 1,588.98 daripada 1,591.60 pada Jumaat lepas.

Belian lewat saham perbankan bantu Bursa Malaysia hadkan penurunan
Belian lewat dalam saham perbankan selepas jualan besar-besaran dalam Celcomdigi pada awal dagangan membantu menghadkan penurunan Bursa Malaysia di tengah-tengah sentimen pasaran yang agak lemah.

Bursa Malaysia meningkat semula dalam dagangan awal
Pada 9.09 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.55 mata kepada 1,593.83 daripada 1,592.28 semasa ditutup semalam.

Bursa Malaysia susut 0.43 mata pada awal dagangan
Pada 9.05 pagi, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.43 mata kepada 1,602.62.