KUALA KANGSAR: Polis Perak minta campur tangan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) untuk menyiasat dakwaan rasuah membabitkan ketua polis di sebuah daerah bagi melindungi kegiatan judi yang tular di media sosial.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, siasatan dijalankan bagi mengesahkan kesahihan dakwaan itu sama ada benar atau sebaliknya.
Menurutnya, mereka dimaklumkan mengenai dakwaan tersebut dimuat naik di Twitter pada Khamis selain mengesahkan dakwaan sama berulang kali tular di media sosial.
"Memang dah tular di media sosial tetapi kita tidak tahu sejauh mana kesahihannya betul ke tidak.
"Kalau betul maklumat itu, maka saya buka kepada pihak JIPS menyiasat dakwaan yang tular di media sosial itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Program High Profile Policing (HPP) Solat Jumaat Polis Perak bersama penduduk Lubuk Merbau di Masjid Jamek Al-Marbawi di sini, pada Jumaat.
Perkongsian yang dimuat naik di Twitter itu mendakwa bahawa mana-mana tauke yang mahu membuka premis perjudian boleh menghubungi ketua polis daerah terbabit untuk berunding bayaran bulanan.
Mior Faridalathrash berkata, kemungkinan dakwaan dibuat itu ada kaitan dengan penguatkuasaan tegas yang diambil oleh ketua polis terbabit dalam membanteras kegiatan haram di daerah itu.
Katanya, daerah berkenaan sehingga kini telah mengambil tindakan tegas terhadap aktiviti perjudian di kawasan itu termasuklah pelacuran, kongsi gelap dan terbaru kegiatan bitcoin.
"Ramai pegawai dan anggota polis yang ditularkan dengan maklumat sebegitu. Kita tidak tahu kesahihannya.
"Setakat ini saya boleh sahkan daerah tersebut telah mengambil tindakan tegas terhadap aktiviti haram di kawasan itu.
"Kita tahu tindakan diambil ketua polis daerah itu berkesan bermakna dia 'all out against' kegiatan judi haram di situ," katanya.
Sempena program HPP itu, Mior Faridalathrash menyampaikan khutbah Jumaat disediakan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) bertajuk 'Berwaspada dengan sindiket Penipuan'.
Beliau turut menyampaikan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) tanpa istiadat kepada lima penerima kalangan pesara polis, bekas polis dan petugas era darurat Kontinjen Perak.
Mereka yang menerima PJPN ialah Sub Inspektor (B) Mohammad Azraii Alias, Sarjan Mejar (B) Mohd Daud Ahmad, Sarjan (B) Abu Mat Sarif Pandak Karim, Koperal (B) Mustapha Kamil Abu Johor dan Koperal (B) Abdul Jalil Mohd Said masing-masing telah berkhidmat dalam polis antara 34 hingga 40 tahun.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Jan 21 2022

Mior Faridalathrash (tiga, kanan) bersama penerima PJPN yang disampaikan sempena Program High Profile Policing (HPP) Solat Jumaat Polis Perak bersama penduduk Lubuk Merbau di Masjid Jamek Al-Marbawi di Kuala Kangsar, pada Jumaat. -Foto Sinar Harian
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Ambil tahu aduan didedahkan Edisi Siasat, elak persepsi - JIPS
Pemerhatian terhadap saluran itu mendapati banyak tuduhan dibuat adalah tidak berasas dan telah membina persepsi tidak baik masyarakat terhadap warga polis.

147 pegawai, anggota polis dibuang kerja tahun lepas - Bukit Aman
Sebanyak 147 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibuang kerja pada tahun lepas, kata Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Seri Azri Ahmad.

JIPS siasat anggota pengiring pukul pemandu e-hailing OKU
Anggota polis pengiring yang memukul seorang pemandu e-hailing di lobi hotel baru-baru ini sedang disiasat oleh JIPS dari sudut tatatertib

Sarjan trafik disiasat, miliki wang tunai RM3,753 ketika SJR
Pemeriksaan dijalankan terhadap beberapa anggota trafik yang ketika itu sedang menjalankan tugas Op Alkohol kira-kira jam 2.30 pagi.

Polis Terengganu buka 54 kertas siasatan tatatertib sepanjang 2023
Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu membuka sebanyak 54 kertas siasatan tatatertib sepanjang 2023.

Tahanan wanita mati dalam lokap di Langkawi kerana radang paru-paru
Menurut JIPS, doktor mengesahkan punca kematian wanita itu adalah disebabkan pneumonia dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

JIPS siasat kematian tahanan wanita di Langkawi
Seorang wanita yang ditahan atas kesalahan dadah meninggal dunia di Hospital Sultanah Maliha, Langkawi pagi tadi selepas mengadu tidak sihat semalam.

Jangkitan paru-paru kronik punca lelaki mati dalam lokap di Pahang - Polis
Polis berkata bedah siasat itu turut tidak menemui sebarang kecederaan atau elemen jenayah dan kematian diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

1,571 pegawai, anggota polis dikenakan tindakan tatatertib tahun lepas
Antara kesalahan integriti yang dilakukan adalah tidak mengisytiharkan harta, mengunjungi pusat hiburan dan meminta imbuhan.

JIPS laksana ujian integriti kepada pegawai, anggota bertugas di lapangan
Ujian integriti ialah pemerhatian, pemantauan dan penyamaran yang melibatkan anggota polis menyamar sebagai orang awam.