KUALA LUMPUR: Siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, berhubung dakwaan salah guna kuasa membabitkan seorang pegawai kanan tinggi polis di sebuah negeri akan menjurus kepada perlakuan dan penglibatannya dengan individu mencurigakan.
Pengarah JIPS Bukit Aman Datuk Zamri Yahya berkata, pihaknya akan menyiasat kemungkinan pegawai kanan tinggi polis itu terbabit daripada segi pergaulan dengan orang yang tidak diingini seperti mereka yang terlibat dengan aktiviti perjudian dan penyeludupan.
"Ada banyak aduan yang diterima oleh pihak kami mengenai penglibatan beliau dengan individu dengan latar belakang yang meragukan contohnya penglibatan judi dan sebagainya di negeri itu.
"Setakat ini kami memantau dari jauh disebabkan keadaan negara yang dilanda COVID-19 dan menyerahkan siasatan kepada polis di negeri itu, jika terdapat keperluan kami akan hantar pegawai penyiasat dari Bukit Aman untuk siasatan menyeluruh," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meluangkan masa pada hari pertama Aidilfitri hari ini meninjau anggota yang bertugas di sekatan jalan raya di Plaza Tol Kota Damansara.
Zamri berkata, hasil siasatan akan dikemukakan dahulu kepada Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani untuk arahan lanjut.
"Setakat ini tiada tindakan lagi, bagaimanapun jika terbukti penglibatan beliau dengan dakwaan itu, tindakan tatatertib seperti merehatkan beliau daripada tugasan akan diambil," katanya.
Baru-baru ini, satu perkongsian mengenai pegawai kanan tinggi itu tular menerusi laman Facebook yang mendakwa pegawai berkenaan menjadi pelindung utama sindiket perjudian, penyeludupan dan kongsi gelap di negeri berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 13 2021

Hasil siasatan akan dikemukakan dahulu kepada Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani untuk arahan lanjut. - Gambar hiasan

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.

Ambil tahu aduan didedahkan Edisi Siasat, elak persepsi - JIPS
Pemerhatian terhadap saluran itu mendapati banyak tuduhan dibuat adalah tidak berasas dan telah membina persepsi tidak baik masyarakat terhadap warga polis.

147 pegawai, anggota polis dibuang kerja tahun lepas - Bukit Aman
Sebanyak 147 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibuang kerja pada tahun lepas, kata Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Seri Azri Ahmad.

JIPS siasat anggota pengiring pukul pemandu e-hailing OKU
Anggota polis pengiring yang memukul seorang pemandu e-hailing di lobi hotel baru-baru ini sedang disiasat oleh JIPS dari sudut tatatertib

Sarjan trafik disiasat, miliki wang tunai RM3,753 ketika SJR
Pemeriksaan dijalankan terhadap beberapa anggota trafik yang ketika itu sedang menjalankan tugas Op Alkohol kira-kira jam 2.30 pagi.

Polis Terengganu buka 54 kertas siasatan tatatertib sepanjang 2023
Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu membuka sebanyak 54 kertas siasatan tatatertib sepanjang 2023.

Tahanan wanita mati dalam lokap di Langkawi kerana radang paru-paru
Menurut JIPS, doktor mengesahkan punca kematian wanita itu adalah disebabkan pneumonia dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

JIPS siasat kematian tahanan wanita di Langkawi
Seorang wanita yang ditahan atas kesalahan dadah meninggal dunia di Hospital Sultanah Maliha, Langkawi pagi tadi selepas mengadu tidak sihat semalam.

Jangkitan paru-paru kronik punca lelaki mati dalam lokap di Pahang - Polis
Polis berkata bedah siasat itu turut tidak menemui sebarang kecederaan atau elemen jenayah dan kematian diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

1,571 pegawai, anggota polis dikenakan tindakan tatatertib tahun lepas
Antara kesalahan integriti yang dilakukan adalah tidak mengisytiharkan harta, mengunjungi pusat hiburan dan meminta imbuhan.

JIPS laksana ujian integriti kepada pegawai, anggota bertugas di lapangan
Ujian integriti ialah pemerhatian, pemantauan dan penyamaran yang melibatkan anggota polis menyamar sebagai orang awam.