Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah (JKKMAR) secara prinsip bersetuju dengan syor Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), supaya semua kementerian atau agensi yang bertanggungjawab mengeluarkan permit dan lesen, menerbitkan Garis Panduan Permohonan Lesen yang akan dipaparkan secara dalam talian, untuk makluman umum.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah itu yang dicapai pada Mesyuarat JKKMAR Siri 12 Bilangan 2 Tahun 2020, bertujuan mewujudkan mekanisme lebih telus dalam proses pengurusan permit dan lesen, meningkatkan integriti serta mengelak berlakunya rasuah.
Selain itu, bagi memantapkan proses tatatertib dalam perkhidmatan awam Muhyiddin berkata, mesyuarat secara prinsip bersetuju satu kajian komprehensif dilaksana bagi menambah baik pematuhan Laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Laporan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP).
"Menyedari keperluan mewujudkan dasar bagi menjamin integriti persekitaran digital, mesyuarat secara prinsipnya juga bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan oleh Cyber Security Malaysia, supaya satu kajian dilaksana bagi mendapatkan bukti empirikal keperluan dasar anti-rasuah digital, serta mengenal pasti keperluan perundangan berkaitan," katanya dalam kenyataan dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri, pada Khamis.
Terdahulu Muhyiddin berkata, mesyuarat yang beliau pengerusikan itu diadakan secara sidang video, selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Sementara itu Perdana Menteri berkata, mesyuarat juga bersetuju meneruskan keputusan dasar yang dicapai dalam mesyuarat JKKMAR sebelum ini, antaranya mengadakan mesyuarat JKKMAR dan Jawatankuasa Anti-Rasuah (JAR) Kebangsaan secara berkala selaras dengan Arahan YAB Perdana Menteri No. 1 Tahun 2018.
Selain itu, memperkukuhkan akauntabiliti dan integriti ahli Parlimen melalui dasar pengisytiharan harta dan penerimaan hadiah; melaksanakan Pelan Anti-Rasuah Organisasi (OACP) dan Penilaian Risiko Rasuah (CRM) di semua kementerian atau sektor awam untuk kawalan pencegahan rasuah yang efektif.
"Memantapkan lagi sistem pencegahan rasuah di sektor swasta melalui 'Beneficiary Ownership' dan entiti perniagaan mengikut Garis Panduan Tatacara Mencukupi; dan meningkatkan keberkesanan dan ketelusan perolehan awam, bagi mengelak ketirisan dana awam dan menumpukan kepada isu-isu ekonomi terutamanya kos sara hidup rakyat," katanya.
Muhyiddin berkata JKKMAR turut dimaklumkan mengenai Status Perisytiharan Harta Anggota Pentadbiran dan Ahli Parlimen, seperti yang dinyatakan dalam Kod Etika Anggota Pentadbiran untuk setiap anggota pentadbiran membuat perisytiharan harta dalam tempoh tiga bulan dari tarikh mengangkat sumpah.
Katanya, kerajaan akan meneruskan usaha meningkatkan tadbir urus dan integriti melalui pelaksanaan Pelan Anti Rasuah Nasional (NACP) 2019-2023, bagi memastikan hasrat meningkatkan ekonomi dan kesejahteraan rakyat dapat dilaksanakan secara telus dan berkesan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 25 2020

Muhyiddin berkata, mesyuarat secara prinsip bersetuju satu kajian komprehensif dilaksana bagi menambah baik pematuhan Laporan SPRM dan Laporan SIAP. - Gambar fail

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

JKKMAR setuju garis panduan permohonan lesen dipapar secara dalam talian
Langkah itu bertujuan mewujudkan mekanisme lebih telus dalam proses pengurusan permit dan lesen.