JASIN: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka akan membuat laporan polis susulan tindakan tidak bertanggungjawab sebuah klinik swasta di negeri itu yang dikesan memalsukan keputusan ujian pantas antigen (RTK Ag) COVID-19 pesakitnya, daripada positif kepada negatif.
Exco Kesihatan dan Anti Dadah Negeri, Dr Muhammad Akmal Saleh berkata, siasatan awal yang dijalankan setakat ini mengesan sekurang-kurangnya enam keputusan ujian saringan diubah oleh seorang doktor yang bertugas di klinik berkenaan dengan menerima ‘upah’ tertentu.
Beliau berkata, kes pertama berkenaan mula dikesan selepas seorang pesakit COVID-19 yang menerima rawatan di Hospital Melaka mengakui ujian saringan awal yang dilakukannya di klinik swasta di kawasan Ayer Keroh itu, didapati positif.
Bagaimanapun, kerana tidak mahu dikuarantin, keputusan itu diubah oleh doktor yang bertugas selepas menerima habuan tertentu.
Susulan itu katanya, pesakit lelaki yang juga pekerja kilang itu kini ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka kerana lewat menerima rawatan.
Rentetan kes itu, siasatan lanjut mendapati, sekurang-kurangnya enam keputusan ujian telah diubah dan pihaknya sedang mengumpulkan bukti sebelum laporan polis dibuat dalam masa terdekat.
“Jabatan Kesihatan Negeri mengambil maklum bahawa terdapat aduan mengenai salah laku yang dilakukan klinik swasta dalam Melaka ini, iaitu ada satu klinik yang terlibat yang memalsukan ujian RTK antigen daripada positif kepada negatif.
“JKN negeri tidak akan bertolak ansur dan akan bertegas dalam hal ini. Ia melibatkan bukan sahaja keselamatan pesakit malah melibatkan keselamatan masyarakat sekeliling.
“JKN negeri sedang mengumpul bukti dan dalam masa terdekat ini kita akan serahkan kepada polis untuk ambil tindakan di bawah Akta 342. Saya ingin menegaskan bahawa JKN tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu atau klinik swasta yang tidak mengamalkan integriti dan menyebabkan salah laku terutamanya melibatkan keselamatan pesakit dan masyarakat sekeliling,” ujar beliau.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di pejabatnya di Merlimau pada Isnin.
Mengulas lanjut ujarnya, laporan polis akan dibuat bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
Dalam perkembangan lain ujarnya, sebanyak 12 kluster dikesan masih aktif di Melaka melibatkan enam kluster industri, empat kluster melibatkan sektor pendidikan dan dua kluster tempat kerja.
Shuhada Abdul Kadir
Mon Dec 13 2021
Dr Muhammad Akmal berkata, siasatan awal mengesan sekurang-kurangnya enam keputusan ujian saringan diubah oleh seorang doktor yang bertugas di klinik berkenaan dengan menerima upah tertentu.
Bekas TKSUS Muhyiddin jumpa wakil Wan Saiful berhubung projek Jana Wibawa
Asmar berkata terdapat juga beberapa individu berjumpa secara terus dengan Muhyiddin berhubung permohonan projek berkenaan sebelum berjumpa dengan beliau.
Gelombang kedua banjir landa Bintulu - Bomba
Kawasan yang terjejas termasuk Kidurong Avenue, Taman Bilangan, Sungai Plan dan Jambatan Sebatang.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin, nyatakan solidariti
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan yang dicadangkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump terhadap rakyat Palestin.
Tumpuan Khamis – 6 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Sewaan 28 helikopter dilakukan secara teratur, ikut keperluan - Mohamed Khaled
Sewaan 28 buah helikopter untuk kegunaan pelbagai agensi keselamatan negara telah dilakukan secara teratur dan bersandarkan keperluan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Turkiye siasat serangan udara Israel yang bunuh tiga rakyatnya
Pendakwa raya Turkiye melancarkan siasatan terhadap serangan udara Israel yang mengorbankan tiga rakyat Turkiye yang cuba menyeberang dari Lubnan ke Israel.
Polis Johor lumpuh 25 sindiket edar dadah skala besar tahun lepas
Polis percaya berjaya melumpuhkan 25 sindiket pengedaran dadah berskala besar dengan penahanan 99 anggota sindiket itu dan menyita pelbagai aset bernilai RM17.23 juta, tahun lepas.
Mayat ditemukan selepas lapan jam kereta terbabas
Polis berkata mayat lelaki berusia 32 tahun itu ditemukan di timbunan rumput di tepi tebing parit oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) pada jarak 100 meter dari kawasan kemalangan.
Permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong 2025 dibuka hingga 28 Feb - JPA
Permohonan secara dalam talian bagi Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) 2025 dibuka bermula 3 Feb hingga akhir bulan ini.
Akaun X Tun M digodam, tayang iklan mata wang kripto
Akaun media sosial, aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial telah digodam dan tidak dapat diakses sejak pagi Rabu.
Waktu operasi kedai makan, stesen minyak, klinik swasta di Sarawak dipendekkan
JPBN Sarawak pada Ahad memutuskan bahawa semua pasar raya, kedai kopi, klinik swasta, restoran, kedai-kedai serbaneka 24 jam dan stesen petrol boleh beroperasi 7 pagi hingga 7 malam.