KOTA KINABALU: Satu siasatan terperinci dilakukan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) berhubung insiden kematian seorang bayi yang baru lahir di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak, Likas Kota Kinabalu.
Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr Rose Nani Mudin berkata JKNS mengambil perhatian serius mengenai kejadian itu dan siasatan telus sedang dijalankan.
"JKNS mengesahkan mengenai insiden yang berlaku di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas pada 19 Jun 2022.
"Adalah dimaklumkan bahawa ibu kepada bayi berkenaan berada dalam keadaan stabil dan dia sedang diberi rawatan lanjut serta kaunseling oleh pihak hospital pada masa ini," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Dr Rose Nani bagi pihak JKNS merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga bayi berkenaan.
Menurutnya, siasatan menyeluruh juga dilakukan terhadap semua maklum balas yang diterima bagi tujuan menambah baik mutu perkhidmatan JKNS.
Terdahulu, satu hantaran Facebook tular daripada seorang pemilik akaun media sosial itu mendakwa bayi yang dilahirkan oleh adiknya meninggal akibat kecuaian pihak Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas.
Pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama Vivian Viv itu turut memohon tindakan sewajarnya daripada Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin berhubung perkara berkenaan.
Abdul Hafiz Mustadi
Wed Jun 22 2022

Dr Rose Nani berkata JKNS mengambil perhatian serius mengenai kejadian itu dan siasatan telus sedang dijalankan. - Foto BERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

JKNS siasat kematian bayi di Hospital Likas
Ibu kepada bayi berkenaan berada dalam keadaan stabil dan dia sedang diberi rawatan lanjut serta kaunseling oleh pihak hospital pada masa ini.