KUALA TERENGGANU: Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) masih menyiasat dakwaan enam sahabat mengalami keracunan makanan semasa bercuti di Pulau Perhentian Kecil yang dipercayai akibat pencemaran sisa kumbahan yang tidak dirawat baru-baru ini.
Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu Datuk Dr Kasemani Embong berkata siasatan terperinci dilakukan bagi mengenal pasti punca sebenar berkaitan kejadian keracunan makanan yang dikatakan berpunca daripada air tercemar di pulau pelancongan tersebut.
"Sehingga ke hari ini, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Besut tidak menerima sebarang notifikasi berkenaan kes ini.
Setelah disemak data kejadian keracunan makanan bagi tahun 2021 dan 2022 (setakat semalam) juga tidak menerima apa-apa notifikasi kes keracunan makanan yang berlaku di Pulau Perhentian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Semalam sebuah portal berita melaporkan enam sekawan mendakwa mereka mengalami keracunan makanan selepas berenang di perairan yang dipercayai tercemar dengan sisa kumbahan yang tidak dirawat di Pulau Perhentian Kecil di Terengganu.
Kesemua mereka mendakwa mula muntah-muntah pada malam terakhir ketika meluangkan masa bercuti selama dua malam di lokasi tarikan pelancong itu.
Menurut Kasemani, PKD Besut telah bekerjasama dengan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan jabatan dan Pejabat Daerah Besut dalam Operasi Pemeriksaan Premis Makanan dan Bekalan Air yang telah diadakan di Pulau Perhentian pada 1 hingga 3 Jun lepas.
"Ia bertujuan memastikan tahap kebersihan premis penyediaan makanan, keselamatan makanan serta bekalan air berada pada tahap yang terbaik.
"Sebanyak 49 premis makanan telah diperiksa dan hasil daripada pemeriksaan yang dilakukan, sebanyak 17 premis diberikan Gred A, manakala 32 premis diberikan Gred B," katanya.
Katanya memandangkan isu tersebut melibatkan pelbagai agensi, perkara itu juga telah dibincangkan bersama dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Bencana peringkat Daerah Besut yang melibatkan antaranya Pejabat Daerah dan Tanah Besut, Majlis Daerah Besut, PKD Besut, Syarikat Air Terengganu, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, Indah Water Konsortium.
"Satu tindakan penambahbaikan akan dilaksanakan dalam masa terdekat. Pihak jabatan memandang serius mengenai kes keracunan makanan dan menasihati pengendali makanan supaya sentiasa menitik berat aspek kebersihan serta keselamatan makanan dan minuman yang dijual," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 05 2022

Sehingga ke hari ini, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Besut tidak menerima sebarang notifikasi berkenaan kes ini. - Gambar hiasan/Facebook Kampung Nelayan Pulau Perhentian Kecil

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

13 murid alami keracunan makanan
Seramai 13 murid Sekolah Rendah Agama Bersepadu Muar keracunan selepas makan makanan yang disediakan di kantin sekolah itu.

34 jatuh sakit dalam penerbangan dari Guam ke Jepun, disyaki akibat keracunan makanan
Seramai 34 penumpang dalam dua penerbangan yang membawa sekumpulan pelajar sekolah menengah dari Guam ke Jepun mengalami gejala disyaki akibat keracunan makanan, lapor Agensi Berita Kyodo.

22 pelajar SMK Guntong sakit perut, muntah-muntah selepas bersarapan
Sebanyak 22 pelajar SMK Guntong, Setiu sakit perut dan muntah-muntah selepas bersarapan di sebuah resort di Setiu.

Lebih 100 pelanggan alami keracunan makanan selepas makan di restoran
Laporan berkaitan kejadian itu diterima oleh PKD Kota Bharu daripada klinik swasta dan hospital kerajaan yang merawat pesakit terbabit.

Keracunan makanan: Pengusaha kantin SK Chepor akan didakwa - Exco
Pengusaha kantin Sekolah Kebangsaan (SK) Chepor bakal dikenakan tindakan perundangan susulan kejadian keracunan makanan 25 Sept lepas.

'MRSM Terendak paling daif, uzur' - Asyraf Wajdi lulus peruntukan RM400,000 untuk baik pulih
MRSM Terendak yang mempunyai 663 pelajar itu adalah yang paling teruk pernah dilawatinya, sehingga terdapat najis tikus di dapur masak Dewan Selera sekolah berkenaan.

Lagi kes pelajar keracunan makanan, Asyraf Wajdi terjah MRSM Terendak
Kes keracunan makanan di MRSM Terendak melibatkan 48 orang pelajar, dengan enam daripadanya terpaksa masuk ke wad kecemasan.

Keracunan makanan: Kantin SK Chepor diarah tutup dua minggu
Arahan itu dikeluarkan apabila pemeriksaan semalam mendapati penilaian premis makanan berasaskan risiko adalah tidak memuaskan.

86 murid SK Chepor keracunan makanan
Difahamkan, kesemua mangsa mengalami gejala sakit perut, muntah, cirit birit dan sakit kepala selepas makan beberapa jenis makanan ketika waktu rehat.

JKNT rekod 33 episod keracunan makanan setakat Ogos lepas
Sebanyak 33 episod keracunan makanan direkodkan di Terengganu sejak Januari hingga Ogos lepas.