Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Kedah, Datuk Johari Abdul melaporkan kepada polis mengenai sebuah manuskrip buku bertajuk 'Mengapa Anwar tidak boleh jadi PM' yang diterimanya daripada seorang penulis bernama Yahaya Ismail.
Johari juga berkata manuskrip berkenaan sarat dengan fitnah dan tohmahan yang keji terhadap Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Saya telah menerima sebuah buku yang dikirim sendiri oleh penulis yang saya tidak kenal pada 10 Jun lepas tetapi saya telah membaca buku berkenaan dan ia menyebut mengenai homoseksualiti, korupsi dan ejen Zionis Israel serta Amerika Syarikat yang dikaitkan dengan Anwar.
"Dalam manuskrip itu juga mempersoalkan tindakan Yang di-Pertuan Agong memberi pengampunan penuh kepada Anwar, tindakan penulis itu umpama memperlekehkan institusi Raja-Raja Melayu.
"Dalam manuskrip itu juga penulis mempromosikan seorang pemimpin yang beliau fikirkan layak untuk menjadi Perdana Menteri.
"Mana-mana pihak pun berhak utarakan pandangan namun tindakan penulis menfitnah Anwar adalah tidak wajar," katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PKR, Damansara, pada Rabu.
Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Sungai Petani itu juga berkata beliau menyokong tindakan mendedahkan pemimpin terlibat dengan salah laku jenayah seperti 1 Malaysia Development Berhad (1MDB), Tabung Haji dan Tabung Angkatan Tentera namun pendedahan itu perlu berlandaskan fakta dan kebenaran.
"Semua pimpinan negara dan seluruh rakyat perlu menolak politik jijik dan keji, penulisan sebegini merupakan politik keji yang tidak berpandukan fakta serta sarat dengan fitnah yang direka.
"Saya difahamkan penulis berumur 70 tahun, bayangkanlah apa terjadi kepada anak muda jika penulisan begini dihidangkan kepada mereka? Maka sebab itulah saya ambil tindakan untuk dedahkan apa yang ditulis dalam manuskrip ini," jelas beliau.
Afiezy Azaman
Wed Jun 19 2019
Johari menunjukkan manuskrip yang dikatakan penuh dengan fitnah dan tohmahan terhadap Anwar Ibrahim. - Astro AWANI/Afiezy Azaman
Penduduk DUN Paloh desak pembinaan balai bomba baru
Lebih 20,000 penduduk DUN Paloh, Kelantan, mohon kerajaan bina balai bomba untuk elak kerugian besar dalam kebakaran dan kecemasan.
PGA rampas kerbau disyaki diseludup dari Thailand
Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata rampasan dilakukan sepasukan anggota Batalion 9 PGA ketika menjalankan Op Taring Wawasan kira-kira 2.30 pagi.
Kes pukul OKU: Peguam tuntut hukuman lebih berat
Peguam Khairul Amin Abdullah gesa suspek kes pukul OKU di Chukai dituduh di bawah seksyen lebih berat demi keadilan mangsa, Ahmad Nor Al Faizan.
Dua lemas ketika mandi di Pantai Bayu Impian
Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Yusof Othman, pihaknya menerima maklumat pada 5.30 petang dan melalui siasatan awal mendapati terdapat lima individu bersaudara ke kawasan pantai untuk mandi sebelum dihanyutkan.
Dua nelayan hilang dekat Pulau Undan ditemukan selamat di Dumai
Dua nelayan yang dilaporkan hilang ketika keluar memukat di perairan Pulau Undan di sini 15 Jan lepas ditemukan selamat di Dumai, Indonesia. P
Pengasuh bayi didakwa menganiaya hingga sebabkan kematian
Chia Muy Hoong, 61 tahun, didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Tinggi atas tuduhan menganiaya bayi 9 bulan sehingga maut di Mersing bulan lalu.
SPRM tahan reman dua anggota pasukan keselamatan disyaki kemuka tuntutan butir matan palsu
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka menahan reman dua anggota lain-lain pangkat pasukan keselamatan yang juga bertugas sebagai jurulatih.
Trafik Tahun Baharu Cina dijangka cecah 2.6 juta sehari
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menjangkakan peningkatan trafik ketara di lebuh raya utama sempena Tahun Baharu Cina 2025, dengan 2.6 juta kenderaan dijangka menggunakan rangkaian lebuh raya setiap hari.
Aliran trafik keluar dari ibu kota diramal memuncak antara 24 hingga 28 Januari, manakala pergerakan pulang dijangka meningkat pada 1 dan 2 Februari.
Aliran trafik keluar dari ibu kota diramal memuncak antara 24 hingga 28 Januari, manakala pergerakan pulang dijangka meningkat pada 1 dan 2 Februari.
Malaysia tidak boleh miliki undang-undang lapuk untuk hadapi cabaran baharu - Anwar
Bercakap pada sesi taklimat media bertajuk “Unlocking ASEAN's Digital Future: Driving Inclusive Growth and Global Competitiveness" di Sidang Kemuncak Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025, perkembangan itu menuntut kerajaan memupuk peluang-peluang besar dalam kerjasama antarabangsa bagi menghadapi cabaran-cabaran berkenaan.
[TERKINI] Fadzaruddin mengaku tidak bersalah tuduhan salah guna dana pelaburan RM8 juta
Mereka didakwa dengan niat bersama telah secara tidak jujur menyalahgunakan harta milik FashionValet Sdn Bhd iaitu dana pelaburan Khazanah dan PNB berjumlah RM8 juta.
Penggunaan AI dalam penjagaan kesihatan tingkat kecekapan, kurangkan pembaziran - PM Anwar
Beliau berkata, sejak menerajui kerajaan, dua keutamaan beliau ialah pendidikan dan penjagaan kesihatan.
Dialog pragmatik, kolaborasi kunci utama kendali hubungan global yang kompleks - PM Anwar
Beliau berkata adalah penting bagi negara untuk melibatkan diri dengan berhati-hati dan konstruktif.
Malaysia tidak boleh masih miliki undang-undang lapuk untuk hadapi cabaran baharu - Anwar
Perkembangan itu menuntut kerajaan memupuk peluang-peluang besar dalam kerjasama antarabangsa bagi menghadapi cabaran-cabaran berkenaan.
Malaysia mahu tambah baik FTA, merangkumi pendigitalan - PM Anwar
Anwar berkata Malaysia juga menimbang pendigitalan sebagai sebahagian daripada "penambahbaikan" perjanjian perdagangan bebas.
Malaysia belum ada keperluan mendesak terima guna tenaga nuklear - PM Anwar
Beliau tidak menolak "kemungkinan" menerima guna tenaga tersebut terutamanya dengan perancangan besar dalam pembinaan pusat data di Malaysia.
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura jalinan kerjasama luar biasa - PM Anwar
Terdapat elemen saling mempercayai untuk bekerjasama dalam program bersama yang akan memberi manfaat kepada antara satu sama lain.
Isu kenaikan elaun 'on call' pegawai perubatan dibincang Jumaat ini - Dr Dzulkefly
Doktor perubatan dijangka mendapat berita baik berhubung pembayaran kenaikan elaun 'on call' dalam masa terdekat.
PM setuju draf Pelan Tindakan Kesihatan Planet Kebangsaan - Jemilah
Perdana Menteri Anwar telah memberi persetujuan kepada draf Pelan Tindakan Kesihatan Planet Kebangsaan sebagai langkah konkrit menangani isu-isu alam sekitar global.
WEF2025: ABCD - The world’s biggest problems
Davos discussions seek to transform economic, geopolitical, and environmental challenges into opportunities.
PM tekankan nilai kemanusiaan, kebersamaan rakyat di perantauan
Anwar menyeru rakyat Malaysia di luar negara agar berganding bahu bersama semua pihak dalam usaha membangun dan memajukan negara.