JOHOR BAHRU: Johor akan mempatenkan motif tumbuhan gambir dan lada hitam (pepper plant) yang diabadikan dalam beberapa lambang Diraja Johor dan Jata, sebagai hak eksklusif negeri itu.
Dalam hantaran terbaharu di laman sosial Facebook The Royal Johor, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli berkata, langkah itu sebagai usaha untuk mengiktiraf serta mengekalkan peranannya dalam kemajuan ekonomi dan pembangunan Johor.
"Paten itu akan diserapkan di dalam Enakmen Lambang, Gelaran dan Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Johor 2017 bagi memastikan tiada pihak menyalahgunakan motif berkenaan.
"Gambir dan lada adalah sinonim dengan perkembangan sosio-ekonomi awal Johor," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran buku Perkembangan Penanaman Gambir Di Johor terbitan Persekutuan Tiong-Hua Johor Bahru hari ini.
Buku itu yang diterbitkan di dalam bahasa Melayu dan Cina itu mengisahkan pengenalan dua komoditi berkenaan di Johor sejak pemerintahan Temenggong Daing Ibrahim pada 1885.
Buku terbabit turut menulis peranan penting yang dimainkan oleh masyarakat Cina dalam meletakkan Johor sebagai peneraju dunia dalam pengeluaran gambir dan lada hitam.
Dalam majlis itu, Abdul Rahim turut memberi penghormatan kepada usaha pemimpin masyarakat Cina di zaman awal seperti Mejar Cina Datuk Tan Hiok Nee dan Kapitan Cina Seah Thye Heng yang memainkan peranan utama dalam meningkatkan ekonomi Johor melalui penanaman gambir dan lada hitam secara meluas.
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pu Sze di Skudai, turut melancarkan tapak semaian tumbuhan di mana, murid-murid menanam kedua-dua pokok tersebut dan mempelajari bagaimana gambir dan lada berkait rapat dengan pertumbuhan dan kemajuan Johor sejak dahulu lagi.
Siti Nur Aqilla Omar
Sun Dec 04 2022

Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli berkata, langkah itu sebagai usaha untuk mengiktiraf serta mengekalkan dua komoditi itu dalam kemajuan ekonomi dan pembangunan Johor. - Foto The Royal Johor
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Melaka paten jambu melaka sebagai ikon produk buah-buahan
Jambu berkenaan dipilih memandangkan ia semakin popular dalam kalangan penggemar buah-buahan segar di negeri ini dan luar Melaka.

Johor akan paten motif tumbuhan gambir dan lada hitam sebagai hak eksklusif
Johor akan mempatenkan motif tumbuhan gambir dan lada hitam yang diabadikan dalam beberapa lambang Diraja Johor dan Jata, sebagai hak eksklusif negeri itu.

Produk inovasi Maryam akan dipatenkan elak diciplak
Proses mempatenkan hasil inovasi itu akan dilakukan secepat mungkin dan ia memberikan pengiktirafan hak milik kreativiti kepada Maryam.

Vaksin COVID-19: AS cari jalan penyelesaian perkongsian paten
Menurut Penasihat Keselamatan White House, Jake Sullivan, langkah itu adalah bagi memastikan setiap orang divaksin.

Apa beza paten dan cap dagangan? Ini perbezaannya menurut MyIPO
Sejak beberapa hari ini, isu patern dan cap dagangan produk kerap dibangkitkan terutama di media sosial.

MyIPO tawar pengecualian fi enam bulan bagi cap dagangan dan paten
Ketua Pengarah MyIPO Datuk Mohd Roslan Mahayudin berkata pengecualian bagi tempoh enam bulan itu diberikan kepada syarikat dan individu yang terkesan akibat COVID-19.

Saintis UMT hasilkan serum kecantikan daripada pokok cucur atap
Hasil penyelidikannya selama tiga tahun itu akhirnya dapat menghasilkan serum kecantikan yang setaraf jenama produk antarabangsa.

Apple tak bayar hutang Qualcomm ASD7 bilion
Qualcomm pula mendakwa Apple melanggar hak paten cip, sekaligus menyaksikan kedua syarikat melalui beberapa fasa tindakan perundangan.

5 frasa kata ini akan dipatenkan Taylor Swift tidak lama lagi
Jika berjaya, lima frasa ini tidak boleh lagi digunakan orang lain selain dirinya.

Paten dan harga ubat-ubatan digariskan dalam TPPA
Di bawah paten dan perbincangan harga ubat, terdapat empat soalan dijawab berkaitan bagaimana TPPA boleh memberi manfaat kepada negara.