KLUANG: Johor telah mencapai sasaran pemberian vaksinasi dos penggalak COVID-19 sebanyak 70 peratus setakat ini, yang diyakini memberi perlindungan kepada pengundi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata ia merupakan sasaran yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM) PRN Johor pada 12 Mac ini.
"Ini memberi perlindungan yang baik kepada pengundi-pengundi terutamanya warga emas, mempunyai komplikasi kesihatan supaya terlindung, lagi-lagi dengan kegiatan kempen yang sedang berlangsung.
"Semua perancangan telah kita buat. Prosedur operasi standard (SOP) PRN Johor dilonggarkan berbanding Melaka. Maklumat yang ada pada KKM, walaupun kes meningkat tetapi kesan tidak serius seperti beberapa bulan lepas," katanya pada sidang media di Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) Klinik Kesihatan Simpang Renggam di sini, hari ini.
Beliau juga memaklumkan vaksinasi kepada kanak-kanak pula telah mencapai 25 peratus atau lebih 103,000 kanak-kanak melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) di Johor.
JOHOR-KHAIRY (DOS) 2 (AKHIR) KLUANG
Katanya peratusan itu melebihi peratusan di peringkat nasional iaitu 23 peratus.
Bagi mengawasi SOP PRN Johor, Khairy berkata KKM ada mewujudkan pasukan di bawah Unit Kesihatan Awam bagi memantau SOP PRN dan mengeluarkan kompaun kepada sesiapa sahaja yang melanggar SOP tanpa mengira parti atau individu.
"Saya telah minta, pertama berikan teguran jangan kerumuni pemimpin, kedua kita minta supaya jaga penjarakan ketika jalankan jelajah mesra, kita minta penguatkuasa guna budi bicara," katanya.
Mengulas mengenai petugas media yang dikompaun RM1,000 kerana didakwa melanggar SOP COVID-19 semalam, Khairy berkata kompaun tersebut telah dibatalkan.
"Saya telah minta kompaun itu dibatalkan sebab saya tengok balik laporan itu, ia bukan salah beliau (wartawan).
"Saya beritahu kepada pemguatkuasa kalau wartawan buat kerja, bagi amaran dan teguran dulu. Jika ia bukan kesalahan dia, dia memang nak mencari interview dan sebagainya, tidak perlu kompaun," katanya.
Semalam, seorang petugas media yang membuat liputan proses penamaan calon bagi PRN Johor dikompaun RM1,000 kerana didakwa melanggar SOP COVID-19, di Pusat Penamaan Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin di sini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 27 2022

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengadakan sidang media selepas membuat lawatan kerja di Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) Klinik Kesihatan Simpang Renggam hari ini. - Foto BERNAMA
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Johor komited bangunkan industri nanas
Kerajaan negeri akan terus memperkasa kegemilangan Johor sebagai pengeluar utama nanas di peringkat nasional dan antarabangsa.

Polis Marin rampas barangan e-waste tidak sah bernilai lebih RM71 juta
Polis Marin Wilayah Dua berjaya merampas barang-barang berjadual e-waste yang dibawa dari luar negara secara tidak sah bernilai lebih RM71 juta.

JS-SEZ beri impak positif, bantu tingkat jualan hartanah di Johor - Exco
Impak positif penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) telah membantu meningkatkan penjualan hartanah di Johor.

Johor rancang bangun sukan padel, pickleball - Exco
Johor merancang untuk membangunkan sukan padel dan pickelball sekali gus menjadi tarikan pelancongan sukan di negeri itu.

Banjir di Johor beransur pulih, Pahang tidak catat perubahan ketara, Perak kekal
Di Johor, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 1,860 orang setakat 4 petang ini berbanding 2,498 orang yang direkodkan pagi tadi.

Banjir: Mangsa di Pahang meningkat, Johor berkurang
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Pahang mencatatkan sedikit peningkatan manakala di Johor, Sarawak dan Perak tidak jauh berubah.

Hujan berterusan dijangka landa Johor sepanjang hari ini
Kawasan terlibat ialah Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Perjanjian JS-SEZ bawa limpahan manfaat besar kepada Johor - Menteri Besar
Perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang dimeterai hari ini akan membawa limpahan manfaat yang besar terutamanya kepada Johor dan rakyatnya.

Rakyat Johor manfaat cuti hujung minggu baharu luang masa bersama keluarga
Rakyat Johor memanfaatkan cuti hujung minggu baharu pada Sabtu dan Ahad dengan meluangkan masa beriadah dan mengunjungi tempat menarik bersama keluarga.

PPS terakhir ditutup, banjir di Johor pulih sepenuhnya
Seramai 27 mangsa daripada lima keluarga yang ditempatkan di PPS Balai Raya Kampung Perpat sejak dibuka Selasa lepas dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing hari ini.