JOHOR BAHRU: Johor dijangka beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) seawal minggu depan selepas memenuhi nilai ambang yang ditetapkan kerajaan bagi peralihan fasa tersebut.
Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad berkata ketika ini, Johor sudah mencapai nilai ambang indikator utama seperti liputan vaksin lengkap melebihi 10 peratus daripada 3.78 juta rakyat di negeri itu.
"Dengan penambahan 300,000 dos vaksin minggu ini serta keupayaan untuk menyuntik 50,000 sehari di pusat pemberian vaksin seluruh Johor, kita yakin akan masuk fasa kedua PPN minggu depan," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan tiga mesin ventilator kepada Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Datuk Dr Aman Rabu di Hospital Sultanah Aminah hari ini.
Beliau turut mengesahkan kerajaan negeri sudah menerima perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah baru-baru ini untuk mengadakan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 12 Ogos.
Katanya oleh itu, kerajaan negeri akan membuat persiapan dan perancangan rapi agar persidangan DUN dapat berjalan dengan lancar.
"Kita telah mendapat surat rasmi daripada kebawah Duli Yang di-Pertuan Agong untuk mengadakan persidangan pada 12 Ogos dan ia akan berjalan sebagaimana kehendak peraturan persidangan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor," katanya.
Pada 23 Jun lepas, Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar turut berkenan agar persidangan DUN Johor diadakan pada tarikh itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 07 2021

Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad berkata ketika ini, Johor sudah mencapai nilai ambang indikator utama seperti liputan vaksin lengkap melebihi 10 peratus daripada 3.78 juta rakyat di negeri itu. - Gambar fail/BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Johor komited bangunkan industri nanas
Kerajaan negeri akan terus memperkasa kegemilangan Johor sebagai pengeluar utama nanas di peringkat nasional dan antarabangsa.

Polis Marin rampas barangan e-waste tidak sah bernilai lebih RM71 juta
Polis Marin Wilayah Dua berjaya merampas barang-barang berjadual e-waste yang dibawa dari luar negara secara tidak sah bernilai lebih RM71 juta.

JS-SEZ beri impak positif, bantu tingkat jualan hartanah di Johor - Exco
Impak positif penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) telah membantu meningkatkan penjualan hartanah di Johor.

Johor rancang bangun sukan padel, pickleball - Exco
Johor merancang untuk membangunkan sukan padel dan pickelball sekali gus menjadi tarikan pelancongan sukan di negeri itu.

Banjir di Johor beransur pulih, Pahang tidak catat perubahan ketara, Perak kekal
Di Johor, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 1,860 orang setakat 4 petang ini berbanding 2,498 orang yang direkodkan pagi tadi.

Banjir: Mangsa di Pahang meningkat, Johor berkurang
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Pahang mencatatkan sedikit peningkatan manakala di Johor, Sarawak dan Perak tidak jauh berubah.

Hujan berterusan dijangka landa Johor sepanjang hari ini
Kawasan terlibat ialah Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Perjanjian JS-SEZ bawa limpahan manfaat besar kepada Johor - Menteri Besar
Perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang dimeterai hari ini akan membawa limpahan manfaat yang besar terutamanya kepada Johor dan rakyatnya.

Rakyat Johor manfaat cuti hujung minggu baharu luang masa bersama keluarga
Rakyat Johor memanfaatkan cuti hujung minggu baharu pada Sabtu dan Ahad dengan meluangkan masa beriadah dan mengunjungi tempat menarik bersama keluarga.