KUALA LUMPUR: Johor, Melaka dan Negeri Sembilan terus mencatatkan peningkatan jumlah mangsa banjir, manakala tiga lagi negeri mencatatkan penurunan jumlah mangsa setakat petang ini.
Di JOHOR, mangsa banjir meningkat kepada 1,080 orang daripada 271 keluarga setakat 4 petang ini berbanding 658 orang daripada 192 keluarga tengah hari tadi, dengan Tangkak menjadi daerah terbaharu terjejas bencana itu.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor R. Vidyananthan dalam kenyataan berkata semua mangsa kini ditempatkan di 19 pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah, iaitu Segamat dan Tangkak.
"Terdapat pertambahan 10 PPS lagi dengan sembilan di Segamat manakala satu lagi di Tangkak. PPS yang baharu dibuka di Segamat ialah Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Tah Kang, Balai Raya Kampung Awat, Balai Raya Taman Bukit Lentang, Balai Raya Kampung Jabi 1, Balai Raya Jalan Pemuda, Balai Raya Tungku Tiga, Balai Raya Kampung Sekijang, Sekolah Agama Mukim Jabi dan Sekolah Agama Gemereh.
"Di Tangkak pula, PPS yang dibuka ialah Sekolah Agama Bandar Tangkak yang menempatkan seramai 17 mangsa," katanya.
Vidyananthan berkata tiga sungai telah melepasi paras bahaya iaitu Sungai Segamat di Bandar Segamat dengan paras air direkodkan pada 9.64 meter (m), Sungai Muar di Kampung Awat, Segamat, di paras 20.95m dan Sungai Tangkak di Kampung Seri Makmur di paras 4.32m, setakat 3.15 petang ini.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] 17 daerah di enam negeri terjejas banjir
Di MELAKA, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 507 mangsa membabitkan 134 keluarga pada 4 petang ini, berbanding 382 mangsa daripada 100 keluarga pada 12 tengah hari tadi.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka Lt Kol (PA) Cuthbert John Martin Quadra dalam satu kenyataan berkata semua mangsa kini ditempatkan di lapan PPS, iaitu di Balai Raya Gadek, Sekolah Rendah Agama (SRA) Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Jelatang, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Pengkalan, Surau Kampung Jeram, SMK Lubok China, Sekolah Kebangsaan (SK) Belimbing Dalam, SK Alor Gajah 1 dan SK Krubong.
Di NEGERI SEMBILAN, data terkini menerusi aplikasi InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat menunjukkan jumlah mangsa banjir di 11 PPS meningkat kepada 1,437 individu daripada 353 keluarga setakat 4 petang ini.
Di TERENGGANU, situasi banjir semakin baik petang ini dengan penurunan jumlah mangsa kepada 165 orang daripada 49 keluarga, berbanding 451 orang daripada 128 keluarga, tengah hari tadi.
Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Leftenan Kolonel (PA) Mohd Rosman Abdullah berkata jumlah PPS masih kekal di empat lokasi iaitu tiga di Dungun dan satu di Kemaman.
"Jumlah mangsa di Dungun berkurangan kepada 155 orang daripada 47 keluarga iaitu di Dewan Orang Ramai Kampung Shukor (68 orang, 20 keluarga), Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja, Dungun (69 orang, 22 keluarga) dan Dewan Orang Ramai Kampung Minda (18 orang, lima keluarga).
"Jumlah mangsa di Kemaman iaitu di surau Kampung Ban Ho juga berkurang kepada 10 orang daripada dua keluarga petang ini. Bagaimanapun, penduduk dinasihatkan terus berwaspada dengan perubahan cuaca serta patuh arahan pihak berkuasa untuk berpindah," katanya.
Jabatan Pengairan dan Saliran melalui portal rasmi https://publicinfobanjir.water.gov.my memaklumkan, stesen bacaan tiga sungai di tiga daerah masih melepasi paras amaran iaitu Sungai Dungun di Kuala Jengai, Dungun; Sungai Nerus di Kampung Langkap, Setiu dan Sungai Besut di Jambatan Keruak, Besut.
Di PAHANG, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri melaporkan jumlah mangsa banjir menurun sedikit petang ini kepada 2,026 berbanding 2,161 orang tengah hari tadi.
Kesemua mangsa banjir ditempatkan di 40 PPS di daerah Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Rompin, Bera, Pekan dan Maran, manakala PPS di Kuantan telah ditutup hari ini.
Laman web publicinfobanjir.water.gov.my pula melaporkan paras air empat sungai telah melepasi tahap bahaya iaitu Sungai Dong di Kampung Peruas di Raub, Sungai Serting di Jambatan Padang Gudang (Bera), Sungai Luit di Kampung Subuh (Maran) dan Sungai Kechau di Kampung Dusun (Lipis).
Selain itu, aras air di beberapa stesen telah melebihi paras amaran antaranya di Jerantut melibatkan Kuala Tahan, Paya Gintong, Sungai Pahang di Sungai Yap, Sungai Tembeling di Kuala Tahan selain Kuala Medang dan Sungai Lipis di Benta, Lipis.
Turut melepasi tahap amaran, Sungai Pahang di Kuala Krau (Temerloh), Sungai Lepar di Jambatan Gelugor (Kuantan) dan Sungai Lipis di Batu Malim (Raub).
Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir mencatatkan penurunan setakat 5 petang ini, apabila seramai 331 orang daripada 115 keluarga berbanding 482 orang daripada 154 keluarga, tengah hari tadi.
Menurut aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) memaklumkan sebanyak lima PPS dibuka melibatkan dua jajahan iaitu empat di Kuala Krai dan satu di Jeli.
Sementara itu, portal rasmi info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melalui https://publicinfobanjir.water.gov.my, melaporkan tiada sungai utama di Kelantan berada pada paras bahaya, yang mana empat sungai sahaja merekodkan bacaan paras amaran iaitu Sungai Kelantan di Kuala Krai, Sungai Kelantan di Rantau Panjang, Pasir Mas, Sungai Kelantan di Kusial, Tanah Merah dan Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas.
Di SABAH, lapan kampung di Kota Marudu disahkan terjejas manakala mangsa banjir kekal 504 mangsa daripada 167 keluarga petang ini.
Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memberitahu kampung terjejas itu ialah Kampung Asin-Asin; Kampung Beliajung; Kampung Tingkalanon; Kampung Tongkungon; Kampung Taritipan; Kampung Morion; Kampung Tandek; dan Kampung Popok laut.
Menurut sekretariat itu PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tandek menempatkan 253 mangsa daripada 97 keluarga, manakala PPS Sekolah Kebangsaan Teritipan menempatkan 251 mangsa daripada 70 keluarga.
"Pasukan pemantau masih membuat pemantauan di kampung-kampung yang telah dinaiki air, tinjauan mendapati keadaan paras air mula surut dan masih dalam kawalan," katanya.
Sementara itu di SELANGOR, polis memaklumkan setakat 4.30 petang tadi, laluan di Jambatan FT 31 Dengkil-Banting dan Jalan Genting Peras-Kuala Klawang masih ditutup bagi laluan kenderaan ekoran dinaiki air serta jambatan jalan menghala ke Lapang Sasar, Subang rosak akibat banjir.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 01 2022

Pemandangan udara menunjukkan kawasan perumahan di Taman Pinggiran Sungai Kelamah, Tampin ditenggelami banjir ekoran hujan lebat sejak pukul 5 pagi tadi, Sabtu. - Foto BERNAMA
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Situasi banjir di Negeri Sembilan, Pahang tidak berubah pagi ini
Di Negeri Sembilan, jumlah mangsa banjir di Jelebu kekal 84 orang daripada 27 keluarga yang ditempatkan di PPS Dewan D'Sury.

Mangsa banjir di Pahang meningkat, Negeri Sembilan menurun pagi ini
Di Pahang, mangsa banjir terus meningkat kepada 178 orang daripada 54 keluarga berbanding 121 orang daripada 33 keluarga malam tadi.

Banjir besar, musim sejuk melampau landa beberapa negeri AS
Kentucky menghadapi kemusnahan meluas dengan 12 kematian selepas taburan hujan dalam masa 24 jam yang menyamai taburan sebulan hujan.

PPS dibuka di Bentong tempatkan 111 mangsa banjir
Hujan lebat berterusan sejak semalam mengakibatkan kawasan Karak, Bentong dilanda banjir dengan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan mangsa yang terjejas hari ini.

Sekurang-kurangnya 9 maut dalam banjir di AS
Gabenor Kentucky Andy Beshear berkata seramai lapan orang disahkan meninggal dunia di negeri tenggara AS itu.

Angka korban akibat hujan lebat di Bolivia meningkat kepada 28 orang
Hujan lebat itu menjejaskan lapan daripada sembilan bahagian di negara berkenaan.

Banjir di Sarawak pulih, jumlah mangsa di Sabah semakin menurun
Banjir di Sarawak pulih sepenuhnya apabila dua pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Bahagian Miri ditutup manakala jumlah mangsa banjir di Sabah terus merekodkan penurunan.

Situasi banjir di Sabah, Sarawak tidak berubah pagi ini
Mangsa banjir di Kinabatangan kekal 107 orang daripada 29 keluarga sejak 8 malam tadi, manakala di Miri, 202 orang masih berlindung di dua PPS.

Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak
TEKUN Nasional menyediakan moratorium hingga tiga bulan sebagai kelonggaran kewangan membayar balik pembiayaan kepada usahawan di Sabah dan Sarawak yang terkesan dengan bencana banjir.

Peperiksaan SPM 2024 berjalan lancar - KPM
Kementerian turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon peperiksaan SPM 2024.