PONTIAN: Kerajaan Negeri Johor bersetuju memberi diskaun sebanyak 80 peratus bagi pembayaran premium tanah, yang bernilai RM1.6 juta, melibatkan perpindahan penduduk Kampung Sri Tanjung dan Kampung Nelayan Benut ke Kampung Parit Makuaseng, Benut di sini.
Perkara itu diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), ketika berucap di Majlis Rumah Terbuka UMNO Bahagian Pontian di Benut hari ini.
"Saya sempat 'berbisik' dari jauh dengan Menteri Besar (MB) Johor tentang premium tanah tadi untuk diskaun 80 peratus yang nilainya RM1.6 juta. Atas baik hatinya MB, kerajaan negeri akan beri diskaun 80 peratus," katanya.
Terdahulu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Seri Ahmad Maslan dalam ucapannya menyampaikan permintaan untuk mengurangkan pembayaran premium tanah yang turut dimohon oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Benut Datuk Seri Hasni Mohammad.
"Premiumnya RM2 juta, tetapi orang kampung nelayan tidak ada duit untuk bayar... maka Datuk Seri Hasni ada sebut jika boleh, kurangkan 80 peratus jadi 20 peratus sahaja orang kampung bayar iaitu RM400,000... Projek itu di bawah KKDW, jadi apalah kiranya Menteri KKDW berikan satu lagi peruntukan, jadi boleh segera pindahkan rakyat ke situ," katanya.
Ahli Parlimen Pontian itu turut memohon peruntukan RM1.5 juta bagi pembinaan masjid baharu di Parit Haji Ariff yang segera diluluskan oleh Ahmad Zahid.
Timbalan Perdana Menteri turut meninjau Projek Pemajuan Kawasan Kampung Parit Makuaseng dan mendengar taklimat berhubung projek itu daripada Ketua Penolong Setiausaha KKDW Tengku Muhammad Fariza Engku Muhammad Din.
Sebanyak 170 unit rumah dibina bagi projek penempatan semula mangsa banjir, air pasang dan setinggan nelayan di Sungai Benut dan Sungai Pinggan serta golongan miskin tegar sekitar Benut.
Projek pembangunan di tanah kerajaan negeri milik Perbadanan Setiausaha Kerajaan Johor berkeluasan 30 ekar itu telah bermula pada 16 Mei 2017 dan siap dalam bulan Ogos 2022.
Projek itu, yang bernilai kira-kira RM41.5 juta, melibatkan pembangunan rumah berkembar dengan infrastruktur asas termasuk jalan, bekalan air, bekalan elektrik dan sistem rawatan kumbahan selain kemudahan seperti dewan, surau, tadika serta gerai.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 28 2023
![Johor setuju beri diskaun 80 peratus pembayaran premium tanah - Zahid Johor setuju beri diskaun 80 peratus pembayaran premium tanah - Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61682691888_ZahidHamidi.jpg)
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Majlis Rumah Terbuka UMNO Bahagian Pontian di Benut hari ini. - Foto BERNAMA
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Johor kenal pasti tindakan untuk kurangkan kesan pembinaan lorong tambahan lebuh raya PLUS Johor kenal pasti tindakan untuk kurangkan kesan pembinaan lorong tambahan lebuh raya PLUS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61732425604_FazliMohamad.jpg)
Johor kenal pasti tindakan untuk kurangkan kesan pembinaan lorong tambahan lebuh raya PLUS
Kerajaan negeri Johor mengenal pasti beberapa tindakan bagi mengurangkan kesan penutupan berperingkat lorong kecemasan bagi memberi laluan kepada projek pembinaan lorong tambahan di lebuh raya PLUS.
![Hari bekerja 4.5 hari inovatif dan berhemat - CMI Hari bekerja 4.5 hari inovatif dan berhemat - CMI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61732343235_CharteredManagement.jpg)
Hari bekerja 4.5 hari inovatif dan berhemat - CMI
Institut Pengurusan Bertauliah (CMI) menyambut baik cadangan Johor berhubung tempoh 4.5 hari seminggu bekerja untuk sektor awamnya.
![Johor peruntuk RM63.5 juta baik pulih PPR, RSK Johor peruntuk RM63.5 juta baik pulih PPR, RSK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61708160797_JafniMdShukor.jpg)
Johor peruntuk RM63.5 juta baik pulih PPR, RSK
Johor memperuntukkan sebanyak RM63.5 juta untuk kerja-kerja membaik pulih PPR dan Rumah Sewa Kerajaan di seluruh negeri.
![Johor sasar selesaikan lima projek sakit, satu terbengkalai bernilai RM682.66 juta tahun depan Johor sasar selesaikan lima projek sakit, satu terbengkalai bernilai RM682.66 juta tahun depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/71668129286_DatukJafniMdSyuko.jpg)
Johor sasar selesaikan lima projek sakit, satu terbengkalai bernilai RM682.66 juta tahun depan
Kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Projek Sakit dan Terbengkalai (JSTP) menyasar untuk menyelesaikan lima projek sakit serta satu projek terbengkalai.
![Johor mohon tempat letak kereta bertingkat di HSA Johor mohon tempat letak kereta bertingkat di HSA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41693286490_hospitalsultanaham.jpg)
Johor mohon tempat letak kereta bertingkat di HSA
Kerajaan Johor akan terus memohon kepada Kerajaan Persekutuan agar tempat meletak kenderaan bertingkat dibina di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini bagi menangani isu kesesakan.
![Johor cadang tapak pelupusan sampah baharu tampung tapak terbakar Johor cadang tapak pelupusan sampah baharu tampung tapak terbakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51691906823_SungaiSkudai.jpg)
Johor cadang tapak pelupusan sampah baharu tampung tapak terbakar
Kerajaan negeri Johor akan meneliti tindakan yang boleh diambil termasuk cadangan untuk menggunakan tapak pelupusan sampah baharu.
![Johor beri amaran, jangan anjur program tidak bermoral Johor beri amaran, jangan anjur program tidak bermoral](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/71671116493_MohdFaredMohdKhal.jpg)
Johor beri amaran, jangan anjur program tidak bermoral
Kerajaan Negeri Johor memberi amaran kepada semua pihak agar tidak menganjurkan sebarang program yang mendorong orang ramai melakukan maksiat dan kegiatan tidak bermoral.
![Johor setuju beri diskaun 80 peratus pembayaran premium tanah - Zahid Johor setuju beri diskaun 80 peratus pembayaran premium tanah - Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61682691888_ZahidHamidi.jpg)
Johor setuju beri diskaun 80 peratus pembayaran premium tanah - Zahid
Kerajaan Negeri Johor bersetuju memberi diskaun sebanyak 80 peratus bagi pembayaran premium tanah, yang bernilai RM1.6 juta.
![Kerajaan negeri akan pastikan peluang pekerjaan untuk anak muda - MB Johor Kerajaan negeri akan pastikan peluang pekerjaan untuk anak muda - MB Johor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71662136182_OnnHafizGhazi.jpg)
Kerajaan negeri akan pastikan peluang pekerjaan untuk anak muda - MB Johor
Selaras dengan sasaran menjadi negeri maju menjelang tahun 2030, kerajaan negeri akan terus memastikan peluang pekerjaan kepada golongan 'anak muda' sentiasa ada di negeri ini.
![10 ADUN angkat sumpah Exco Johor 10 ADUN angkat sumpah Exco Johor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/71648266352_TBsultanibrahim.jpg)
10 ADUN angkat sumpah Exco Johor
Seramai 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengangkat sumpah jawatan Ahli Majlis Mesyuarat (EXCO) kerajaan negeri Johor di hadapan Sultan Ibrahim Iskandar.