PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menyediakan ruang dan peluang kepada graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang berkelayakan untuk berkhidmat dalam sektor awam melalui syarat lantikan lebih luas serta fleksibel.
Menurut kenyataan JPA di sini hari ini, perkara berkenaan selaras keputusan kerajaan meneruskan usaha memperkasakan TVET di bawah Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).
Antara inisiatif yang dilaksanakan adalah memperluas kelayakan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam syarat lantikan Gred 19 dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) atau Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) dalam syarat lantikan Gred 29.
Pelaksanaan inisiatif itu bakal diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam masa terdekat.
"Menerusi SSPA, JPA menyediakan ruang dan peluang kepada graduan berkelayakan TVET untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam melalui syarat lantikan lebih luas serta fleksibel.
"JPA sentiasa bekerjasama dengan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Jabatan Kemahiran Malaysia, Kementerian Sumber Manusia untuk memperuntukkan kelayakan TVET yang diiktiraf MQA dalam kelayakan masuk skim perkhidmatan yang bersesuaian dalam perkhidmatan awam," menurut kenyataan itu.
Penetapan kelayakan TVET dalam syarat lantikan ke perkhidmatan awam bergantung kepada kesesuaian bidang kemahiran tertentu di dalam skop dan huraian tugas sesuatu skim perkhidmatan serta dilaksanakan susulan perbincangan dengan ketua perkhidmatan yang berkaitan.
"Sebagai contoh, peruntukan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) bidang pengangkutan diletakkan sebagai syarat lantikan ke skim perkhidmatan Pemeriksa Kereta Motor Gred AB19 kerana bidang itu bersesuaian dengan skim berkenaan berbanding skim perkhidmatan Pembantu Perikanan Gred G19 yang menetapkan syarat SKM dalam bidang pertanian dan asas tani," menurut JPA.
Sementara itu, JPA memaklumkan pihaknya sentiasa cakna dengan keperluan industri negara dalam penyediaan modal insan berkemahiran bagi mendepani Revolusi Industri 4.0.
"Kerajaan terus mempergiat TVET dengan memperuntukkan kelayakan SKM dalam 66 skim perkhidmatan di Gred 19 melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2011 dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016.
"Bagi memastikan perkhidmatan awam sentiasa bergerak seiring keperluan negara, kelayakan DKM dan DLKM juga diperuntukkan dalam syarat lantikan bagi dua skim perkhidmatan di Gred 29 iaitu skim perkhidmatan Penolong Pegawai Latihan Vokasional Gred DV29 dan Penolong Pegawai Latihan Gred E29," menurut JPA.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 24 2024

Menurut kenyataan JPA, perkara berkenaan selaras keputusan kerajaan meneruskan usaha memperkasakan TVET di bawah Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA). - Gambar hiasan

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.

1,020 pegawai perkhidmatan awam terlibat pusingan kerja sejak Ogos lepas
Seramai 1,020 pegawai perkhidmatan awam terlibat pelaksanaan inisiatif pusingan kerja sejak Ogos tahun lepas.

Permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong 2025 dibuka hingga 28 Feb - JPA
Permohonan secara dalam talian bagi Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) 2025 dibuka bermula 3 Feb hingga akhir bulan ini.

Titah Diraja: JPA tumpu lima inisiatif utama perkukuh perkhidmatan
JPA menumpukan lima inisiatif utama bagi memperkukuh perkhidmatan awam sebagai tunjang utama pentadbiran negara selaras Titah Diraja Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Pencen dan pelarasan gaji dijamin, perkembangan karier lebih baik dengan SSPA
Seiring penambahbaikan sistem saraan itu, pegawai awam diharap dapat mempertingkat mutu kerja dan kecekapan perkhidmatan.

JPA laksana penyeragaman dan penggelaran semula jawatan
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melaksanakan penyeragaman dan penggelaran semula gred jawatan antara skim perkhidmatan di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) secara menyeluruh.

Lupus polisi, pekeliling lapuk selaras Aspirasi H.E.M.A.T - KPPA
Jabatan Perkhidmatan Awam terus memperkukuh reformasi perkhidmatan serta kesediaan melakukan perubahan termasuk melupuskan polisi dan pekeliling lapuk.

JPA sedia ruang, peluang graduan TVET berkhidmat dalam sektor awam
Perkara berkenaan selaras keputusan kerajaan meneruskan usaha memperkasakan TVET di bawah Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

JPA perlu beri fleksibiliti kepada jabatan, agensi nilai prestasi penjawat awam - Pakar
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) perlu memberi fleksibiliti kepada jabatan-jabatan dan agensi-agensi Kerajaan di semua peringkat untuk menilai prestasi penjawat awam.

Cadangan jawatan fleksi untuk pembantu perubatan sedang diteliti JPA - Lukanisman
Cadangan KKM untuk mewujudkan jawatan fleksi bagi pembantu perubatan terlatih supaya kekal berkhidmat sedang diteliti JPA.

Skim pencen: JPA di peringkat akhir kajian, belum ada keputusan - KSN
Pada 20 Jan lepas, JPA berkata Laporan Interim 1 Kajian Semula SSPA telah diserahkan kepada perdana menteri pada 19 Jan.